Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 11, 2014

Sekarang Mahal

Lauk ni beli kat kedai makan Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Bukan di KL ye... 


Ada satu hari tu, cik abang pi mana tah tak ingat. Saya tak ikut. Cik abang balik tu dia dah kenyang. Saya belum makan. Jadi, cik abang bungkuslah nasi separuh, ikan kembung masak lemak dengan sotong masak masam manis 2 ketul kecik tu. Semua sekali RM8. Cik abang kata mahal supo bedil.

Apa je yang murah sekarang ni, bang? Semuanya mahal. Gaji naik, harga barang pun naik. Saya ada buat bisnes jual dadih sikit-sikit. Dulu (Ramadhan tahun lepas), serbuk dadih RM4.20. Sekarang dah jadi RM5.20. Bekas dadih kecik2 tu dulu RM10.50. Sekarang dah RM11.00. Susu cair dulu paling murah ada RM1.90. Sekarang dah RM2.30. Gula pun dah dikurangkan subsidi katanya.. Itu beli kat kedai borong tu. Harga dadih pun terpaksa dinaikkan sikit. Takde subsidi dah.. Maaflah.. Kalau tidak, memang tak berbaloi. Penat aje kau dapat.

Ntahlah... Anggap je lah semua ni cabaran dan dugaan hidup. Cakap banyak pun tada guna. Barang tak turun harga pun. Mana-mana yang rasa tak cukup belanja, pepandailah berjimat. Makanlah kangkung je hari-hari. Hahahah.. tak.. tak.. Gurau aje. Jangan marah, please...... 

(Promote anak sedara: Iman Akeed 4 bulan ++)
- tapi, untuk ditengok aje. Bukan untuk dijual, ya!
hahahahahaha

Ada dua cara. Pertama: berjimat-cermat. Mana-mana belanja yang boleh skip, kita skip. Beli lauk basah, masak kat rumah. Haaaa.. RM50 boleh makan seminggu. Kalau makan kat luar, boleh makan 3 kali je.. Kalau berdua lah. Kalau ramai, lebih banyaklah belanja. Tak yahlah berpeleseran kat mall seminggu sekali macam dedolu. Tak yah lah asyik mengukur jalan je. Harga petrol pun dah naik. Dulu sehari isi minyak RM15, sekarang dah RM25. Dah tu, takkan nak isi tangki pakai air paip? Hahaha... Air pun kena catu dah.. Gaji besar pun terasa sebab besar periuk, besarlah keraknya...

Kedua: kita jana pendapatan lebih. Berniaga lah apa-apa. Asalkan yang halal. Jangan masuk skim cepat kaya sudahlah. Macam-macam cara sekarang ni nak tambah pendapatan. Buat kek homemade lah, MLM lah, Shaklee lah, bisnes online blablabla.. Semua bagus! Untuk tambah pendapatan keluarga. Kalau jujur dan ikhlas Allah pasti akan tolong.

Itu ajelah yang kita boleh buat. Jangan lupa berdoa. Minta pada Allah agar dimurahkan rezeki dan ditabahkan hati menghadapi dugaan dan cabaran hidup era globalisasi ni.

Sekian sahaja lecture kali ni. Kita sambung lain hari.. hehe

Wallahualam....

No comments: