Pembaca Blog Ini...

Tuesday, May 13, 2014

The Journey

Bila boring duduk rumah hari minggu, kita pun beli filem kat Astro First. 

Kali ni decide nak beli The Journey sebab macam best je dengar review kat iklan tu kan. heheh. Filem yang dikatakan mendapt kutipan yang juta juta, walaupun kos pembikinannya tidak berjuta sangat. Filem Cina. tapi best!

Mula-mula, tengok dokumentari pasal the making .... Erk.. bosan! Mungkin sebab tak tengok filem lagi so, macam tak tau apa-apa pasal dokumentari tu. Lepas tengok filem, baru best layan dokumentari dia pulak. 

Tengok dalam 10 minit, cik abang keluar pi cycling. Bestlah boleh layan sorang-sorang sebab rasa macam sedih je cerita ni. Memang sah lah si penyedih ni akan melalak tengok.

Lepas cik abang pi cycling, waaaaaaaaaaaaaaaaaaa tetiba cerita ni memang jadi sedih lah oi. Masa tengok filem ni, hati ni rasa macam dijentik-jentik. Ada babak yang aku nangis teresak-esak. Ada yang buat ketawa terbahak-bahak. ada yang bat air mata menitik-nitik je takde suara. Gila laaaaaa....

Filem ni lain dari yang lain. Fiem kekeluargaan. Tak macam filem lain, asyik cinta kekasih hantu pocong langsuir semua.. bosan kan.. Filem ni watak utama dia seorang pakcik tua. Tengok muka pakcik tu sedih je kesunyian sebab anak dia yang satu-satunya dihantar ke luar negara. Pakcik tu terpaksa demi kebaikan anak dia, Bee.. Lepas isteri dia meninggal dunia masa Bee umur 8 tahun, dia kena kerja keras dan Bee dihantar ke sana untuk dia belajar. 

Bee balik jumpa ayah dia untuk minta restu nak kawin dengan Benji. Mat Salleh yang tak boleh bertolak ansur pada mulanya. Tapi, kerana dia sayangkan Bee dia belajar dan buka hati untuk menerima dan bertolak ansur dengan ayah Bee. Ikut ayah Bee pergi jemput kawan-kawan sekolah dia ke kenduri kahwin diorang nanti.

Sedih lah sangat tengok ekspresi wajah tua ayah Bee. Menginatkan aku pada arwah ayah. Tak banyak cakap. Ego yang tinggi. Belakang belakang dia touching dengan anak dia tapi depan marah-marahlah.. 

Dalam sedih, tetiba kelakar.. Tetiba ayah Bee belikan baju untuk Benji. Sekali baju tu sama dengan corak sofa kat rumah kawan dia. Wahahahahhaha... itulah babak gila kelakar nak mampssss yang tidak disangka-sangka.


Babak sedih yang menyentuh hati lagi.. Masa diorang hantar kad tu naik motor Benji, pastu ayah Bee lenguh. Nak tampal koyok, tapi sebab dia ego dan konon tak suka dengan Benji dia susun koyok atas katil, dan baring. So, koyok tu tertampal sendiri kat badan dia. Aku punya nangis.............. Waaaaaaaaaaaaaa Waaaaaaaaaaa Waaaaaaaaaaaaa... kesiannya pakcik ni! 

Pastu yang ayah dia masakkan meesua untuk Bee. Aku ni dah meleleh dah air mata. Sedih. Tengok pakcik tu kupas telur untuk anak dia pun aku berderai air mata. Gila penyedih aku ni... 

Banyak lagi lah babak yang best. Tapi, malas lah nak taip. Nanti korang tengoklah sendiri. Banyak nilai positif boleh diambil dari filem ni. Negatif pun ada, tapi takyah amiklah negatif tu. Lepas tonton filem ni, korang akan rasa betapa nya ayah tu sayang pada anak2 tapi ramai ayah yang jenis tak tunjuk. Ayah kan macam ego lebih sikit. Ayah kan kena tegas sikit dari mak. Kasih syaang dia mungkin bukan belaian dan perhatian macam mak mak. Lebih-lebih lagi bila anak dah dewasa.



Dua hari tengok filem ni, dua hari lah mood sedih duk dalam jiwa. Sebenarnya duk teringat arwah ayah. Rindu meluap-luap. Sebab tu yang jadi penyedih sangat, Dapat plak cerita ni pasal ayah-ayah kan... Tetiba lah aku rasa banyak benda yang aku tak dapat buat dengan ayah. Even, nak cakap kat ayah yang aku sayang dia pun tak sempat. Teruknya aku ni, hidup dekat 30 tahun selama ayah ada, tak pernah sekali pun aku cakap kat dia aku sayang dia. Atau mungkin ada tapi aku dah lupa sebab tak selalu.

1 comment:

ArELeEz said...

storyline dia dekat sgt dgn hati kite sume. xklise. pelakon pun dari yg lead sampai la ke pokcik2 mokcik2 tu sume, mmg talented! natural art sgt. thumbs up!