Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 14, 2014

TH Hotel & Convention Centre

Masa cuti Hari Wesak, kitorang boring. Sebelum tu dah bincang2.

"Bang, cuti nanti mesti boring kan?"

~dia angguk aje~

"Jom kita g bercuti!"

"Mana?"

"Mana-mana ajelah..."

So, decided to tido hotel satu malam. Tak nak jauh sebab cuti satu hari aje. Tengok dalam agoda.com. Antara Primula atau Felda Residence sebab macam best. Bincang, timbang, fikir semua.. Pilihkah TH. Sebab hotel baru nak cuba. Tapi, sebenarnya Primula dan Felda R pun blom pernah tido. Hahahah.. Poyo lah..
Mana tak poyo. Tido hotel kat Kuala Terengganu je. Mula2 nak g Tok Bali tapi penuh lah on Hari Wesak. Lambat book. Tapi takpelah. Saja gi rehat-rehat. Tido katil selain dari katil kita. Ubah angin....

Siap book kat agoda. Isnin cuti half day petang. Check in kol 2. Smooth je masa nak check in. Tapi nampak.ramai org di lobi. Malam tu baru tau fasal pengesahan MB Terengganu yang letak jawatan. Yang ramai2 kat lobi tu wartawan lah sebab ada VVIP duk bermesyuarat kat TH Hotel tu..
Lepas check in, solat Zuhur dan turun lunch. Tak lah lunch kat hotel tu. Pi makan kat Pantai Teluk Ketapang. Ala ala pelancong gitu. Padahal..... Hahahah... 

Lepas makan, cari jajan sikit dan maggi cup utk dinner. Hahaha.. Malas dah nak turun malam nnti. Naik hotel terus tido. Asar bangun solat. Then, tidooooo dan tido... Kol 10 mlm terus tido sampai pagi.
Dah kata ko nak rehat tido katil lain kan. Ahahaha.. Tido lah sampai puas. Takde sape kacau.
Breakfat buffet esok paginya best. Banyak pilihan. Kitorang lepas solat subuh, tak tido dah sebab nnti kalau turun lambat dah ramai orang. Pening aaaaa.. Hahaha

Khabarnya, ada swimming pool yang indoor punya utk wanita. Macam best tapi, i dtg bukan nak mandi pool. I datang nak tido.. Hahaha. Lepas breakfast, naik bilik.. Sambing tido! Hahahahahaha....Check out kol 12 tepat. On the way balik rumah, tido lagi dlm kereta. Hahahahha.. Laki aku geleng kepala ajelah. 

Bilik yang kitorang pilih ni Superior je. Rate dia RM180. Tapi tambah tax blablblala RM200 lah satu malam termasuk breakfast. Keadaan bilik? Luas, sangatlah ok dan berpuas hati. Bersih! Tiptop.. Peti ais dia sejuk mejuk gigil... 

Kalau korang datang Terengganu, try lah hotel ni....

1 comment:

ArELeEz said...

mmg kdg2 kite perlu sesuatu yg different utk relaxation. w/pon just tempat tido / katil yg different. chill kan.. ;)