Pembaca Blog Ini...

Saturday, June 14, 2014

Ayam Asam Pedas

Hari Jumaat, masak asam pedas ayam. Tah kenapa setiap kali nak masak asam pedas mesti rasa cemas. Hahaha.. Sebab mcm susahlah selalu tak dpt rasa yg tepat. Kdg kdg terpedas, terlalu masam, kdg2 tak pedas dan tak cukup masam. Kdg2 boleh plak tak cukup rasa garam. Adui.. Apalah guna masak asam pedas kalau tak de rasa masam dan pedas kan?
Hari tu mengadu kat mak pasal masak asam pedas tak jadi. Mak siap buatkan kelapa kering aka kerisik utk masak asam pedas. Kmalasan anak dia, kan. Mestilah dia tau....
Tadi, masak asam pedas ayam. Letaklah resepi kt sini. Bila bila nak masak boleh rujuk.
Ayam
Halba 1 sudu
Bwg putih 3 ulas
Bwg besar kuning 1 biji
Halia seinci
Kunyit seinci
Tomato ranum sebiji
Cili api 10
Cili kering 10
Belacan 1 inci
Serai 2 btg dititik
Kerisik 2 sudu
Asam jawa adabi dua sudu
Bendi
Tomato
Daun kesum
Bunga kantan
Garam gula secukup rasa
Blend lah apa yg patut, tumis2...
Masuk ayam. Kasi ayam kecut sket.
Masukkan asam jawa atau asam keping.
Masuk air secukupnya.
Masuk daun2.
Garam gula.
Bila ayam dah masak, kuah dah pekat.. Siaplah!
Cik abang makan sampai nasi habis seperiuk.. Saya pun suka. Masak lebih sikit sbb malam boleh makan lagi.


1 comment: