Pembaca Blog Ini...

Thursday, July 17, 2014

Bersyukurlah!!!!

Tahun ni tak dapat bonus bulan-bulan gaji. Separuh pun tak sampai. Lepas tengok akaun online, eleh.... kedek laaaa kau, bos!! Rasa macam tak puas hatilah, nak protes lah... Nak ber piket depan opis bos lah (berangan aje, mcm berani!!)

SMS lah mengadu kat cik abang... 

Cik abang pun jawab.. " takpelah.. rezeki juga tu. Alhamdulillah.."
 
Apa lagi, kan? Teruslah insaf! Apa lah nak marah-marah aku ni. Redho lah. Yang paling penting, bersyukurlah. Orang lain nak raya kena pulas kepala nak fikir nak cari duit mana nak belanja raya. Semalam baru sedih sedih tengok drama pakcik tu kena buang kerja dekat nak raya. Anak cucu nak balik takde duit nak belanja. Beli baju bundle harga RM5 aje. 

Tengok singgah sahur ke apa tah rancangan tv malam-malam tu. tengok orang susah. Sedih sangatlah masa tengok tu. Masa tengok aje lah. Masa tu je amik iktibar.. Pastu, kau lupa plak ek? Asyik nak merungut aje. Nak itu lah... Ini lah... Tak sedar dek untung kau ni.. Hahahha... Marah diri sendiri...

Padahal takde bonus bulan2 gaji pun mampu lagi nak beli baju raya baru. Tak mahal lah tapi ada jugalah yang baru tetiap tahun. Sila muhasabah diri! Tak de pun ko kebulur tak makan. Makan sedap aje sampai dah nak obes.. Huhu.. Jangan kufur nikmatlah.

Ye lah, kita ni manusia kan. Kadangkala asyik fikir apa yang kita takde. Asyiklah duk berkira itu ini yang belum jadi milik kita. Padahal yang tengah merasa, tengah ada depan mata yang ada dalam genggaman... Sikit pun tak diingat. BUkan tak bersyukur. Tapi, lupa nak bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Tamak haloba. Asyik mengata orang, diri sendiri tak nampak kurang.

Muhasabah diri banyak2. Bukan kata kat orang lain ni. Tapi, ingatkan diri sendiri. Kita tambahkan kesyukuran. Lebihkan redho. Doa banyak-banyak agar Allah beri rasa kecukupan dalam hati bila kita dah berusaha. InsyaAllah ... Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang di luar batas kemampuan. 

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita.. 

Amin.....

No comments: