Pembaca Blog Ini...

Tuesday, July 22, 2014

Ramadhan Jangan Pergi

Drama betul alah. Tajuk dia je dah drama. Tapi, ye lah.. Ramadhan kan bulan rahmat dan penuh berkat. Semua pun suka bulan Ramadhan.
Hmm... Drama apa la ni. Apesal lah si Johan ni macam ni. Lemah betul. Sabar ajelah aku.

Dialog dia yang paling tak boleh blah. "Nad, awak nak ke kawin dengam saya. Saya tak de apa-apa, Nad..."

Hai... sebenarnya nak kawin kena ada apa? Langsung takde apa? Hahahah.. tak faham. Asalkan pandai bertanggungjawab, ok lah.. Tak macam Johan ni. Pening..

Dah lah.. Penat lah nak komen pasal drama. Tak memasal..

Saya dan cik abang dah mula kemas rumah sikit-sikit. Sikit lah sangat. Baru kemas almari aje.. hahaha.. Rak tv dah kosong. Rak buku pun dah kosong. Sedih lah nak tinggalkan rumah ni. Rumah yang kami beli secara kebetulan. Gatal-gatal nak beli rumah tak sedar diri. Masa tu, duit downpayment langsung takde satu sen pun. Serius tau. Cuba-cuba je apply.  Masa loan bank appove pun, kitorang duk fikir mana nak cari 10% tu. Tapi, tetiba je dapat duit royalti, tetiba je dapat duit sana sini.. Alhamdulillah.. Oh, Allah maha Pemurah. Kalau niat baik, Allah akan tolong. Itulah apa yang saya pegang kuat! Saya bukan nak show off tau. Saya hanya nak bgtau kebenaran. 

Cik abang nak sewakan aje kat orang. Lepas duit bayar bulan kat bank pun kira ok dah. Mana tau, Allah beri rezeki dapat beli rumah lain kat mana-mana pulak, kan.... Takyah bayar rumah banyak-banyak. Tak mampu lah  pulak. 


Saya belum hantar notis resign lagi. Plan nak hantar minggu ni. Tetiba lah pulak dah kena sakit mata. MC seminggu. Minggu depan adalah cuti raya. Lepas raya lah gamaknya. Harap lepas tolak cuti semua, bolehlah habis awal... Kalau tak, haru la... huhuh

Tapi, dah bgtau bos dah dua minggu lepas. Sebab kasi masa banyak sikit kat bos nak cari ganti. Berdebar-debar lah nak bgtau bos. Bos kata, takpelah.. rezeki Allah ada kat mana-mana. Yelah, bos. Saya suka kerja kat tempat sekarang. Tapi, kalau Allah dah tetapkan sampai sini saja rezeki saya kat sini, saya redho. Usahlah, bos risau. Patah tumbuh hilang berganti.. Hahaahha apakah? siap berdialog dengan bos bagai.  

Saya pun dah lama merantau. Duduk jauh sana sini. Sekali sekali duduk dengan keluarga. Dulu, saya tak rasa sangat. Bukan tak rasa, rasa... Cuma sikit aje. Tapi, sejak dua menjak ni sejak dah meningkat usia ni, saya selalu fikir. Entah sempat ke tidak saya nak habiskan banyak masa dengan keluarga. Nak habiskan masa dengan mak lah terutamanya kan. Masa ayah masih ada, saya tak berapa risaukan mak sebab saya tau of course lah ayah akan jaga mak. Sekarang dah lain. Mestilah mak rasa lain. Tapi, saya rasa mak sedaya upaya menjadi kuat. Atau mungkin mak saja berlagak kuat untuk anak-anak. Dalam hati mak, kita semua tak tau.

Bila kesempatan balik duduk dengan mak ni datang pada saya, alhamdulillah... Saya bersyukur. Saya pernah suarakan hasrat hati nak balik duduk dekat mak. Masa tu ayah masih ada. Masih sihat. Kita tahu apa yang Allah tentukan untuk kita. Tetiba, ayah jatuh sakit dan mengadap Ilahi. Saya terduduk. Tak sempat... Allah beri saya peluang pada saya kali ini. Saya terima dengan redho. 

Cik abang pun siap beli motor nak kerja tempat baru. Company lama cuma kena pi office. Dia doa-doa sebulan je duk opis. Dia kan based kat site. Kalau kena duk opis, lemau lah dia... heheh Kalau naik kereta, nak parking payah. Nak harung jammed lagi. 



Keputusan saya... maksud saya keputusan kami ini dibuat setelah memikirkan macam-macam faktor. Kami berdoa agar Allah permudahkan urusan kehidupan kami selepas ini. Saya yakin kalau niat kita baik, hati kita ikhlas Allah mesti akan bantu.. 

InsyaAllah....

1 comment:

Ida Reen said...

Jadi, Ain keja mana kat Melaka?

Oh..takpe..nati akak tnya kat w.app lah. Hihi :D