Pembaca Blog Ini...

Friday, August 22, 2014

Serba Tak Kena

Malas juga nak komen perkara ni. Tapi, sebab banyak masa kan. Hahahah

Taklah. Ni pasal jenis manusia yang sibuk asyik nak pertikai sana sini. Semua benda nak buat salah. Buat A, salah! Buat B, salah! Buat ni jadi kafir. Buat ni jadi Kristian. Adui..... Cepat pants dan tuntas dia menjatuhkan hukuman itu ini kat orang. Kalau jadi hakim ni, masuk je pintu mahkamah dah jatuh hukum mati. Erk...

Macam ni ideologi dia. Ada orang kampung tanya, "Kakak kau tu laki dia dah meninggal ye? Haaaaa... itulah balasan Allah lah sebab derhaka pada orang tua!" Ya Allah, kau kenapa? Laki dia mati sebab balasan Allah. Kalau tak derhaka, orang tu takkan mati. Ke macamana kau fikir? Pastu kau pi cakap dia derhaka. Dah lah orang tu tengah sedih kehilangan ahli keluarga. Kau punya komen macam kau tak pernah buat dosa. Macam kau confirm takkan dapat balasan dari Allah sebab kau maksum?

Orang tengah sedih pasal MH17, ada plak anasir pi buat isu.. "Kalau perajurit Lahad Datu mati kena tembak, adakah akan dihargai macam MH17. Mangsa MH17 bukan perajurit. blablabla.. Adoi! Apalah agaknya dah jadi dengan otak kau? Rosak ke? Kot ye pun betul lah perajurit tak dihargai mcm MH17. takyah lah kau cakap sekarang. Orang tengah sedih kot. Tak kena kat batang hidung, memang tak tau lah kan.. Dia pun bidas, " Yelah, laki kau bukan askar. Tak rasalah apa yang kami rasa." Ok, ye.. Memang laki aku keja kuli cabuk je. Bukan keje askar. Bukan perajurit macam laki kau.

Maaflah, bukan nak marah nak emo ke bini perajurit. Tapi, agak-agaklah. Patut ke kau pertikai hal macam tu? Perajurit memang wira negara. Itu tak dinafikan sikit pun. Kalau takde abang askar yang gagah berani, memang habislah negara kita ni apa tah jadi. Tapi, cara berkomentar tu macam kau hebat sangat. Sampai tak ingat dah kau nak jaga hati orang lain.

Mungkin diorang ni bukan perajurit. Bukan pejuang negara. Tapi diorang ada keluarga. Diorang pejuang untuk keluarga diorang lah. Kita ni kalau asik negatif je, aura negatif tu akan rosakkan kita. 

Sama laaaa macam kes berkabung. Memang Islam tak ajar kita bertafakur dan berpakaian hitam ke apa ke masa sambut jenazah. Siapa suruh kau pakai baju hitam? Ada orang tangkap dan saman ke kalau kau tak pakai baju hitam? Ada ke org wajibkan kau berkabung bertafakur berhenti kereta tepi jalan? Ada ke? Kalau kau taknak sedekahkan Al-Fatihah takde sape nak maki kau. Tapi, tak payah lah nak kondem orang buat tu jadi kafir. Buat ni jadi orang sesat. Kau pi ambil cermin tu! Tilik diri tu atas bawah luar dalam baru nak komen macam bagus! 

Huh.... tengah orang sedih kehilangan ahli keluarga, kau sesedap pi cakap pasal tak tutup aurat lah.. Dosa pahala orang hidangkan araklah. Itu semua balasan Allah lah.  Hai.. kau ni memang lah maksum kan? Kot ye pun betul dia tak tutup aurat, itu kan antara dia dengan Allah. Dia dah takde dah. Tak de dah urusan dia kat dunia ni. Kau tu pi komen dia macam-macam tu, tak pasal kang dapat dosa kering. Ye, betul! Kita kena cakap benar walaupun pahit. Ye, betul sayangku! Tapi, sekarang orang tengah sedih kehilangan, kematian. Sekali lagi, kalau bukan keluarga kau yang kena memang kau tak rasa lah kan. Cuba kau yang kehilangan ahli keluarga. Tetiba ada orang pi tepi telinga kau, "Itulah... adik kau ni masa kerja tak tutup aurat. Pakai ketat, hidang arak." Oiiiiiii! Kongajooooo tahap gaban.

Islam ajar macam tu ke, sayang?

Memang dalam Islam kena tegur walaupun pahit. Tapi, beradab lah. Islam ajar cakap yang baik-baik saja pasal jenazah. Janganlah cakap benda tak berapa sedap nak dengar. Simpati pada ahli keluarga. 

Alahai, serba tak kena.... Kau ajelah yang betul.. Biasanya, orang macam ni memang jenis orang perasan bagus. Kurang sensitivity intellegent ni.. Masalah dalaman. Eh, tak bermakna kau bertudung, ustazah pilihan kau confirm masuk syurga. Islam ajar nak berdakwah biarlah berhikmah kan? Ke macamana? Boleh kau sembur je semua orang ikut suka hati kau?

Tolonglah positif sikit. Tolong ada rasa peka dan sensitif sikit dengan keadaan semasa Sel sel otak tu kasi berhubung sikit. Pi minum susu lebih sikit...

Wallahualam...

2 comments:

puanstoberi said...

Hihi.. memacam kan orang ni.. ada je tak kena nya..
pastu, akak punya statement tu ari, di balas balik kat FB. Ah, lantak lah.. orang tak cakap pun pasal politik..dia bebel2 pasal politik pulak. or mungkin dia tak tujukan pada akak kot.. tapi, masih lagi nak menegakkan pendapat dia. oke lah.. bagi je lah ke dia.. pendapat dia je betul..

Sidratul Muntaha said...

mentally retarded la ain
hidayah dan ketaatan pada Allah ni subjective
orang kita biasanya tgk asal nama dan perbuatannya mesti Islam tu dah muslim
bullshit
abis tu ade Daie yg namanya still hindu pun deme chop kafir kah? sedangkan dia hafal hadis dan al quran rilek je
lagi satu..asal ditimpa kesedihan, orang kita mudah kaitkan dengan ni sbb kejahatan kejahatan lampau
and again taik lembu.
titik!