Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 14, 2014

Pindah

Malam ni update blog dari Melaka. 1/9/14 kitorang gerak dari Setiu ke Melaka. Bertolak tengahari. Sampai tengah malam. Jalan jem kat merata tempat. Cuti merdeka dah macam cuti raya. Kesian driver lenguh kaki. Saya offer diri nak drive. Memang tak lah dia nak bagi. Manja sangat kan bini dia kan? Hehehe

Sampai je tengah malam. Terus tido lepas borak sepatah dua dengan mak. Takpe, mak! Kita ada dua tahun untuk bersama. Hehehe.. Entah-entah lebih kot.

Rasa happy dapat pindah Melaka. Lepas 28/8/14 last day keje kat Setiu, hati rasa lapang. Semua kerja yang boleh dibereskan, saya dah siapkan sebelum resign. Huhhhh...lega! Entah mengapa, udara yang disedut rasa segar aje lepas last day tu. Hahaha.. Macam teruk sgt je keje kan? Padahal.....

Hampir 7 tahun kerja tmpt sama. Macam dah tak de cabaran sangat kerjanya. Bosan. Boring. Huh..  Tapi, sedih juga nak tinggalkan. Banyak pengalaman. Terlalu banyak saya belajar kat situ. Takkanlah tak sedih. Masa last thumbprint out tu, masuk kereta ada nangis sikitlah. Saya pi round kampus sampai blok asrama lelaki semua. Hehehe takde keje.... Taklah.. Mungkin saya akan rindu juga beberapa perkara kat situ nanti. Setakat hari ni, blom rindu lagilaaa.. Heheh

Takpelah.. Kita duk sini pun dengan mak. Dapat belajar lagi masak-masak dengan mak. Jadi bibik mak sementara mula kerja baru dan start belajar. Untung2 dapat Dr. depan nama. Alhamdulillah lah, kan?

Tengah nak familiarkan jalan Melaka plak. Rasanya, Melaka ni senang je jalan. Cumanya, jalam kecik. Kereta banyak. Kena plak pemandu depan drive syiok sendiri.. Hahaha lepu.lah duk belakang..

Ok, dah malam. Jom tido! Oh ya.... Cik abang handle projek baru kat Putrajaya. Kerja dengan syarikat baru dengan gaji baru. Alhamdulillah... Rezeki Allah. Tapi, bila dah lama kerja... Kita akan faham, kadangkala duit tu bukan faktor utama. Bukan semua boleh beli dengan duit walaupun duit tu memang penting.

Kalau nak buat malas, saya boleh berhenti keje terus.. Dasar pemalas. Hahahaha.. Tapi, sebab dah terlanjur pi belajar tinggi, kenalah kerja juga. Tak nak membazir duit kerajaan bagi biasiswa. Wakakaka... Pulak tu anak pun takde. Kalau ada anak dua tiga, malas lah nak kerja. Hehehe.. Apa salahnya jadi surirumah ada Dr. depan nama? Surirumah pun kerja juga, kan?

Sudah, banyak plak membebel. Nanti bila saya rajin, saya membebel lagi..

Tata....

No comments: