Pembaca Blog Ini...

Monday, September 29, 2014

Vios oh Vios

Dua tiga hari lepas, pi show room Toyota. Cik abang dtg angin dia nak tengok Vios yang terbaru tu. Nak tukar dengan kereta dia lah kot.
Saya mmg dah lama minat Vios ni. Dari first generation lagi. Masa tu arwah ayah nak book Innova. Saya baru lepas grad masa tu takde duit nak beli kereta. Pastu, beli kereta lain tak ingat pasal Vios sbb masa tu dah dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Tapi, ahkak baru je tukar kereta. Tak sampai 2 tahun, sabar lah. Jangan kau nak merepek kerepek. Banyak sangat duit kau sekejap sekejap kau nak tukar kereta bagai. Hahahaha..
Saya ingat cik abang saja saja mengarut. Sekali siap test drive. Mengagumkan betul duduk dalam kereta baru. Hehehe.. Senyap sunyi je enjin kereta baru.. Sedap tido!
Sabar... Sabar... Kalau ada rezeki, InsyaAllah.... Tapi, saya menumpang ajelah kereta baru cik abang...





1 comment:

Lynn Huraiza said...

insyaallah ada rezeki tu nanti...