Pembaca Blog Ini...

Monday, September 15, 2014

Sesat Barat

Dah 2 minggu duduk Melaka. IC pun dah tukar alamat Melaka oi.. Tak sabar-sabar. Tak de laaa, Icah adik perempuan saya akan bernikah. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Jadi, urusan nikah ni mcm borang ke apa ke senang lah kalau guna alamat terkini kan. Kitorg adik beradik IC semua alamat Serdang. Saya yang duk Terengganu 7 tahun pun alamat Serdang lagi.. Hahah.. Saya meneman Icah ajelah. Sambil-sambil berangan nak mengundi kat Melaka untuk PRU akan dtg. Kalau dipanjangkan usia...
Urusan dah bertangguh dua hari. Isnin sebab mengantuk. Selasa sebab malas. Hujan lebat. Mengantuk. Hari Rabu kalau kau bagi alasan mengantuk lagi memang kena libas dengan emak. Hahaha. Kitorang memang dah malas, tp emak dah keluarkan mukaddimah ilmu rimau. Hahaha baiklah, emak.. Kami pergi...
Sebab anak dara bersiap lambat, kol 8 lebih baru keluar dari rumah. Icah drive. Berpandukan Waze. Hahaha.. Sesat ke barat timur utara selatan. Tapi, alhamdulillah.. Sampai juga. Urusan sekejap sangat masa kat JPN tu. Tak sempat duduk, nombor dah kena panggil. Icah sampai tak sempat pi berak. Hahaha tak senonoh. Icah kaunter 5, saya kaunter 9.Tak sampai 10 minit. Siaplah... Lepas sejam pi kutip kat kaunter 3.
Kitorang g LHDN dulu. Buat urusan duti setem perjanjian sewa rumah. Bertangguh juga sampai dah ketengah bulan. Cik abang dah membebel dah sebab lama sgt tangguh. Sabarlah, abang. Masanya akan tiba juga. Nak cari bangunan LHDN sesat plak. Padahal sebelum jumpa JPN tu dah jumpa LHDN dah. Adoi... Pastu salahkan Waze.. "Waze ni tak update kot!" wakakakaka.. Icah susah ingat jalan. Yang aku ni, lagilah teruk kronik bebal taktau jalan.
Lepas uturn berkali-kali, pusing roundaboard dua tiga kali, sampai juga lah ke LHDN. Urusan LHDN pun sekejap. Tak sampai 10 minit. Awal pagi dan orang pun tak ramai.
Pastu, nak ke JPN semula plak nak collect IC. Hahahah sesat lagi tak jumpa JPN plak. Mak Andih betul lah kitorang dua beradik. Tapi, usahakan juga laaaa sampai jumpa. Jumpa laaa juga lepas pening dua tiga minit.
Sampai JPN, IC kita dah siap. Wo wo wo... Inilah muka sebenar. Yang alamat Serdang tu dah guna lebih 7 tahun. Dah terlalu berbeza. Gambar terkini lebih jelita hahahahahha.. Lantaklah nak perasan!
Haaaa! Lepas ke JPN nak ke Mydin MITC plak. Dekat dengan LHDN tadi tu. Hahaha... Nak cari motor Maman. Alaaaaa, mainan apa budak2 tu naik tu macam motor tayar empat tu. Tah kereta ke motor, tak taulah.. Sekali lagi, pening.... Lupa jalan! Hahahaha.. Kalau waze tu ada tangan memang ktorang dah kena tumbuk! Tapi, jumpa juga laaaa... Beli motor Maman, baju Annisa dan lunch sekali. Icah beli kasut kawin ke apa tak tau.
Rupa2nya, LHDN dgn JPN tu dekat aje. Kitorang dah sesat sampai ke Melaka Mall. Adoi!
Urusan rasmi sekejap aje. Yang lamanya adalah kesesatan yang dialami. Berhenti tepi jalan sebab nak reset waze, konon waze tu tak update. Padahal kita yang ngok! Pastu, isi petrol kasi banyak sebab kang sesat jauh takde hal nak patah balik. Hahaha
Lepas tu, singgah pejabat pos untuk pos perjanjian sewa rumah kepada penyewa. Pejabat pos kat pekan dekat nak sampai rumah. So, tak sesatlah. Kalau nak cari pjbt pos kat air keroh tu, memang sahlah akan sesat lagi dua tiga kali.
Huh...selesai jugalah urusan untuk hari itu. Boleh balik dengan senang hati. Emak pun tak marah dan boleh berlagak kat suami kita dah sampai air keroh sendiri tau.
Walaupun sesat..... Hahaha








No comments: