Pembaca Blog Ini...

Saturday, January 31, 2015

Skincare

Hari ni nak cerita pasal skincare. Haaaa.. Benda yang tak dpt tidak. Kebanyakan wanita ada amalkan rutin penjagaan wajah. Sikit ke banyak ke mesti ada. Bezanya rajin ke idok je nak menepek ke muka, kan?

Saya mmg terus terang leee.. Malas. Bila dtg musim rajin, pakai laa.. Gigih laaa tenyeh krim sblm pi keje. Tapi lepas solat kat opis tghari,mmg takde nak tepek2 balik dah. Bila keluar opis, muka dah mcm hantu Kak Limah. Bak kata opismate, hantu Kak Lima pun takut tgk muka. Hahahahah..

Itu kalau rajin, bila dtg kemalasan... Takde makna! Cuci muka aje laa masa nak mandi. Setakat ni, paling lama saya pakai jenama SafiRaniaGold lah. Pencuci muka dia sampai 5-6 kali beli jenama sama. Pastu, serum dia beli dua kali. Tp, krim malam krim siang dia..sekali beli je. Tak habis pakai. Last sekali, tong sampah yang pakai sebab expired. Toner sampai skrg tak habis tapi, guna laa sekali sekala utk sental daki di kaki.

Hahahahaha.. Kang cik abg tau, dia.bebel lah tu sbb membazir. Maaf!

Sekarang, pakai skincare jenama Flawless Skinwhite keluaran Shery As Beauty. Jenama apa ni? Memang tak de masuk tv pun. Takde duta Che Ta ke Nora Danish ke Ziana Zain ke. Jenama kampung je. Murah.

Cerita mcmana kenal dgn produk ni? Mula-mula, mak yang syorkan... Mak pakai dulu set dia. Masa mak beli nasi ayam kat pekan, penjual.nasi ayam tu tanya mak pakai skincare apa..

"Tak pakai apa-apa. Alah.. Malaslah. Dah takde org nak tgk. Laki dah meninggal..." -mak biasa laaa kan ayat sempoi dia tu.

"Eh, tak boleh kak.... Kena laaa jaga. Akak try guna ni..." -penjual nasi ayam tu masuk jarumlah. Mak pun setuju lah. Mak beli dgn harga yang agak mahal lah.

Dua set mak pakai. Memanglah nampak perubahan ketara. Jeragat hilang katakooooo.. Serius tak tipu. Mmg cerahlah mak skrg. Mmg serasi ngan mak. Mana mana pergi.org duk tanya mak.pakai apa. Mak diam aje sebab dia kata dia malu pakai produk tak glemer. Hahahah.. Kelakarlah mak ni..

Pastu mak pun syor kat anak anak.pompuan dia. Kitorang diam ajelaaaa sbb mahal oooo.. Saya bukanlah kedekut sgt tp dek kerana sejarah lepas, bukan rajin nau kan nak tepek muka dgn krim bagai. So, taknak membazir. Byk kali mak promote. Tapi, semua tak layan. Hahaha

Sampailah satu hari, sepupu yg rumahnya depan rumah kitorang dtg memalam buto tunjuk kertas dia print website yg jual produk yg sama. Tapi, dgn harga borong. Maka, kitorang pun pakat lah beli 10 set. Dpt harga yang murah dan mampu milik. Kalau malas pakai pun, nak bg tong sampah pakai pun tak terasa sgt. Hahaha

Mak pun gembiralah sebab semua anak perempuan dia pakai skincare yg dia promote tu. Sama-sama dapat kebaikannya. Saya ni baru pakai lebih kurang sebulan lebih. Tapi, rasa laaa perubahan positif.

Set Flawless Skinwhite ni ada tiga benda dalam dia. Ada sabun 30gram, krim siang 20gram dan krim malam 30gram. Harga mmg murahlah. Tp takleh lah bgtau kat sini. Korang pepandailah tanya pakcik google. Heeee...

Skincare ni boleh menyelesaikan boleh kata hampir semua masalah kulit. Lelaki pun boleh guna.  Cik abang saya pun guna.. InsyaAllah.. Mengikut kesesuaianlah.

Produk berasakan rumpai laut dan  kolagen asli Sabah. Tiada bahan kimia. Boleh mencerah, merawat jerawat, menghilangkan jeragat dan parut lama, mengurangkan kedutan dan mengecilkan pori. Kulit akan jadi licin dan lembut. Takde fasa pengelupasan samada pengelupasan tu lembut atau kasar.

Flawless sgt tu idoklah kan sbb takkan lah mcm patung plak kulit takde cela langsung. Sikit2 tu oklah kan. Putih tu lebih kepada menjadikan warna kulit sekata. Kalau dah putih, takkan jadi putih lagi mcm kapas kot. Pelik nau laaa tu kang. Hahahaa..

Asalkan rajinlah.. Kalau malas, mmg tak dapek laa nak nolong.. Kena pakai hari hari. Pastu beri peluang laaa utk ia menampakkan kesan.
Pakai hari ni, mggu depan dah nak cantik? No.. No.. No.. Sabooo ye..

Satu tips utk nak tukar skincare. Nak elak alergik. Hahahha nampak nau suka tukar skincare. Kita rehatkan kulit seminggu dr guna sebarang krim. Cuma guna sabun cuci muka sahaja. Kalau ok, barulah proceed satu satu.. Sbb taknak kulit kita pening nak absorb bahan berlainan dlm skincare tu..

Waah...

Penerangan kau dah macam Dato' Vida plak, kan? Hehehe.. Bolehlaaa dari takde.. Testimoni? Korang google je..

Saya rasa puas hati dan bersemangat waja nak teruskan dgn skincare ni. Saya ada beli stok dan jual sikit. Nak kongsi kebaikan produk dgn keluarga terdekat dan kawan rapat. Heeee... Kalau.dorang.nak, dtg je rumah. Takyah nak order online. Takyah nak tggu 10 org utk dpt harga borong. Dijamin murah tapi original!

Kalau korang berminat nak try, email saya.. Takpun, wassap.01136383882... Harga dia mmg mampu milik. Cuma, korang kena sedia duit postage laa RM6.

Tapi kualiti dia.... Uiiii!

Nak cuba?

No comments: