Pembaca Blog Ini...

Monday, January 26, 2015

Dugaan

Hidup kita ni banyak asam garamnya. Rasa manis, masam, pahit kelat semua bercampur baur. Kejap kang rasa gembira. Kejap lagi rasa macam hiba lah sedih lah..

Macam hidup berumahtangga juga. Kdg2 rasa mudah. Kdg2 rasa senang je. Orang lain saya tak tahulah. Tapi, pada saya... Ada masa rasa mcm di awangan. Ada masa rasa kat tepi jalanraya yang panas bahang takde payung pokok teduh semua. Rasa membara dan rasa dah melahar je. Hahaha.. Itu namanya asam garam berumahtangga kan...

Kena lah byk sabar. Letakkan kasih sayang dan cinta Allah kat paling atas. InsyaAllah kita akan rasa cukup. Peringatan buat semua lah terutama diri sendiri. Cakap kat org tak baik ... Cakap diri sendiri lah..

Ustaz Kazim kata, kalau kita rasa nak marah sgt kat pasangan kita, kita kena padamkan rasa marah tu cepat2. Secepat mungkin. Marah tu syaitan, kan.. Kita ingat yg baik-baik aje. Kita gali yg sweet sweet dia pernah buat kat kita sebelum ni. Mustahil sangatlah kalau kata takde kan...

Kdg2 heran juga. Duk canang buruk pasangan sendiri kat org lain. Tetiba, eh...tambah anak lagi. Hehehe.. Maaf cakaplaaaa. Pastu korang sambung perang balik eh? Ke macamana ni? Serius tak paham.. Maaflah, kalau ada yg terasa. Tapi, menyebar buruk pasal org lain adalah tak baik. Inikan pulak pasangan kita. Teman susah senang kita. Hujung2 kau cari dia juga buat teman tido..

Yelah, ujian rumahtangga tak sama kan. Kena sabar byk2. Dalam masa bertahun-tahun bersama, takkan ada perkara baik, manis yg dia buat utk kita. Please.... Kesal kan kalau mahligai yg dibina hancur musnah begitu sahaja. Sedangkan kita boleh bawa bincang. Kalau dah tak boleh blah, nak buat macamana lah kan. Move on je laa..

Tapi, sangat tak adil lah. Kalau dulu masa tgh sayang, semua pun sweet. Semua pun comel. Kentut pun sanggup hidu. Wangi sampai ke tekak katanya. Bila dah kawin, Allah dah halalkan semua... Kita duk canang kat semua kata dia dah gemuk, tak btggjawab, dah boroi, kepala dah botak, blablabla... Kok ye pun betul, agak-agaklah... Semua tu boleh dibawa berbincang.

Taktaulah... Saya bukan nak judge sesiapa. Cuma, saya sedih bila tgk kisah percintaan zaman dulu yg skrg bila dah kawin ada masalah rumahtangga pulak. Sedih.. Kalau boleh, bawalah berbincang....

Sabarlah.... InsyaAllah ada ganjarannya...

1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

skang kn bnyk produk di pasaran utk ilangkn perut boroi. yg penting, sediakn ongkosnye. he3.. peace!