Pembaca Blog Ini...

Tuesday, May 26, 2015

Coway Abah

Setelah berbincang, kami suami isteri sudah mencapai kata sepakat membawa berkat. Haha.. (moga berkat sungguh. Amin!) Kita nak belikan mesin penapis air Coway untuk abah (bapa mertuaku).

Dah lama dah berniat nak pasang kat rumah dia. Dah lama fikir. Kualiti air pun penting utk kesihatan yang baik. Sebelum ni keadaan belum mengizinkan. Macam-macamlah kan. Sekarang, Alhamdulillah rezeki yang sedikit ini boleh dikongsi bersama. Nak beri benda mahal, belum mampu lagi setakat ni. Mana yang mampulah kita senangkan orang tua kita. 

Demi kesihatan dan kemudahan abah ni. Susah dan leceh nak masak air pastu kena sejukkan. Lagi pulak, ada isu pasal bekalan air minum blablabla.. Maka, ok... Coway mmg perlu. Setakat ni, jenama ni paling munasabah lah. Rumah sini pun pakai Coway. Ada variasi nak air suhu bilik, panas, sejuk..

Cik abang minta adiknya yg duk Tganu uruskan pemasangan semua. Lagi mudah sebab kalau apa apa senang dia tau lah apa nak buat kan. Misal kata rosak ke, problem apa ke kan. Untuk model terbaru Villaem ni, cik abang bayar sewa bulan-bulan RM125 kalau tak silap. Termasuk servis 2 bln sekali.

Siapa berminat, boleh contact lah mana agent Coway... Saya takde jual! Hahahah

3 comments:

Sidratul Muntaha said...

member aku agent
tpi aku tak pnh tnya kenapa dia stop pakai baru - baru ni

puanstoberi said...

Akak kt rumah pun pakai coway.. senang ja..takyah pikir nak masak air, nak buh air dalam peti ais seme. pastu 2bln skali ada orang servis... ngeee :D

Nurhayati said...

memang mudah ada water dispenser camni kan. senang keje..