Pembaca Blog Ini...

Thursday, August 20, 2015

Sarapan

Sejak pindah duduk rumah mak, saya selalu buat sarapan kat rumah untuk cik abang. Dulu masa duk sendiri, sarapan je kat luar sebelum pi keje. Dulu saka malas mmg melepek kat muka. Skrg, saka malas tak duk sekali. Ia duk dlm gua. Sesekali je dtg bertandang. Kahkahkah

Kdg2 bila saka malas dtg, lepas solat subuh bukbuk tido balik... Hahaha.. Kesian tgk cik abg kalau saka malas tu dtg. Kalau ia dtg, mmg terkulat kulat laki mak hencik pi keje makan sorang2 roti sapu kaya dengan si Naim..

Tapi, dah meningkat usia ni tak manis laaaa duk malas malas aje. Kena lawan saka malas tu. Not good! Not good! Rajin bukan utk sapa, utk suami sendiri juga. Pastu kang mak nampak anak dia malas nau, mampos kena bebel... Hahahahhahaha

Kalau rajin, mlm2 dah prepare nak masak apa esok pagi. Sebab lemau lah nak buat keje meleceh pepagi macam kupas udang ke, potong ayam ke, siang sayur ke... Kena buat malam, baru pagi ada semangat nak masak.. Campak campak aje semua...

Menu biasa yang senang senang dan cepat disediakan. Mee goreng, bihun goreng, kuew tiaw goreng, nasi goreng... Antara menu beratlah.. Kalau dah jemu, kita buat sandwich sardin aje.. Takpun tuna mayonis. Kadang-kadang spagetti meatball. Kalau ada kari atau sambal lebih dinner, kita bancuh tepung sikit buat lempeng .. Cekodok tak buat sbb leceh weh nak menunggu pepagi! Kang ada tido tepi tong gas kang..

Cik abang lebih suka sarapan melayu. Nasi lemak pun dia suka. Tapi, dek kerana meleceh sikit nak masak sambal pepagi, maka jaranglah buat nasi lemak hari kerja. Hari minggu boleh lah sebab banyak masa sikit. Saya tak suka masak sambal malam sebab mengada-ngada takmau makan sambal yg diperhangatkan pagi tu. Padahal apa laaa salahnya, kan?

Kalau Naim, dia suka sarapan ala ala western. Dia suka sosej, omelette cheese, fries... Kalau cik abang, bila kita buat ala ala western, dia macam slow sikit nak makan. Pernah sekali nak tukar angin.. Buatkan ala ala big breakfast kat dia. Ada roti bakar, kacang panggang, fries, sosej, cheese, omelette.... Dia tercangak-cangak tak tau nak makan mana dulu.. Hehe.. Comel aje! Laki mak hencik org kampung....

Kalau dah boring dan malas gila, kita buatkan dia telur separuh masak 2 biji pun dah ok. Senang aje nak layan perut dia. Memang tak cerewet. Bedal aje apa dihidang. Cuma, kalau dia tak berapa suka tu nanti tgh makan dia akan termenung-menung. Hahahahaahaha.. Pun comel! (yelaaaa kan..siapa lagi nak memuji)

Alhamdulillah... Bila kita tgk org makan masakan kita dan dia happy, kita rasa puas. Penat pun hilang sekelip mata.

Ada betulnya kata orang lama... Memikat suami, pikat dari perutnya. Itu kalau suami kuat makan lah.. Habahabahabbaahahaha...

2 comments:

zarena heeney said...

ena pun kalau malas
kesian laki den
pegi kerja minum air jea
lagi haremmmmmmmmm

hehehehe

hamizah che mat said...

Okay la tu dia X komen. Redha je apa dihidangkan. Hehe Jom follow blog Saya