Pembaca Blog Ini...

Monday, September 14, 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Dah lama tak.update blog. Sawang penuh berhabuk sakan dah. Hahaha

Hari ni Ahad. Boring duduk rumah. Nak ajak cik abang pi jalan. Semalam ikut dia pi site sbb lepas dia habis kerja, nak pi Jusco.

Beli apa? Mula-mula tak mau beli apa apa. Sekali duit royalti buku 2014 dah masuk. Gilak ah! Hahahah.. Tak banyak dah amaun dia. Tak boleh buat bayar downpayment rumah dah. Tak boleh buat bayar yuran Master dah. Hehe.. Tapi, kira ok lah dari takde..

Belanja cik abang makan nasi ayam yang bukan sekadar nasi ayam..hahah.. Favourite satu masa dulu. Sekarang dah mcm takde nafsu nak makan kat luar. Hmmmm..betul lah kata orang. Nafsu tu perlu dididik. Kalau tak, ia akan terus hanyut....

Dulu sekali makan berdua baru RM30++ paling banyak pun tak sampai RM50. Sekarang, dua org dah RM50 lebeh. Takde side dish tu. Dengan service charge. GST. Hai..hai.. Makan pun takde lah rasa sedap sangat. Tak macam dulu. Mungkin faktor usia kot. Dah tua sikit (sikit je). Bila pegi shopping mall takde rasa seronok. Dulu takde duit pon seronok dpt tgk pun jadi lah.. Sekarang dah lain.. Ya, nafsu memang boleh dididik.

RM50 boleh beli lauk basah kat pasar dapat lah 3 hari punya lauk.. Berkira sangat. Hahahaha.. Memang lah! Duit kot.. Mana ada org sesuka hati nak derma derma kat kita kalau kita bukan Perdana Menteri. Opsssss... Hewhewhew..

Dulu boleh makan seminggu kot RM50. Sekarang, asal pecah je sekeping lima puluh. Sekejapan je dah habis duit ko. Ya Allah... Macamanalah org lain yang pendapatan tak sampai seribu. Nak tanggung anak bini. Takleh bayangkanlah...

Ok.. Sambung..

Pas makan, cari buku Math utk si kembar. Hahaha.. Anak sepupu pindah sini dah. So, kena ajar sikit sikit diorang belajar. Mak kata jangan asik main game aje. Kena belajar tulis, baca dan mengaji. Sikit-sikitlah. Bila dah kembar, semua benda kena beli dua. Baju, buku, pensil, pemadam, pensil warna, beg.. Hahaha .. Cute lah tapi sedikit pokailah mak pak. Takpe, anak-anak mesti ada rezki masing-masing. InsyaAllah. Mak pak perlu usaha lebih aje.

Aku akan usahakan sebaik mungkin ajar diorang baca tulis sikit sikit. Dah masuk darjah satu nanti senang tak ketinggalan. Malam pukul 8 nenek suruh mengaji. Lepas tu buat math. Kadang2 kalau datang siang, boleh ajar baca. Sehari dapat 5 minit pun ok sangat. Kadang2 tgh diaorg lari ke.sana sini, panggil sorang. Ajar sekejap. 5 minit aje. Lama lama kang boring kang. Tgk.muka aku pon mcm nak.muntah kang. Hahahaha

Hari ni, ajak cik abang pi beli pisang. Buat goreng pisang. Berbaloi lah dapat pisang goreng dua tapis hahahaha... Kalau beli siap, mana nak cukup makan. Jemaah ramai. Hehehe...

Cempedak ada juga. Sekilo RM6. Beli laaa sebijik, sekali dlm tu ada laaa 10 bijik. Hahahaha.. Jadi laaaa buat rasa rasa kat tekak. Bau je kuat sampai kena pi basuh kereta.

No comments: