Pembaca Blog Ini...

Saturday, September 19, 2015

Homemade Pizza Roti

Bila petang rasa lapar, tapi belum rasa nak makan malam.. Dalam peti ais ada sosej dan mozarella. Sos spageti pun ada.

Jom kita buat pizza roti. Roti gardenia yg biasa tu je sebagai base. Nak menguli tepung bagai memanglah bukan kepakaran makhencik ni. Hehe.. Mudah saja..

Susun roti atas dulang pembakar. Saya susun atas jaring2 tu. Guna oven kecik aje. Malas nak buka oven dua gibu mak tu. Banyak pakai letrik. Hehe.. setakat nak guna 15 minit je.

Renjis air sikit supaya roti.masih rangup wpun dh sejuk. Petua lah ni. Tp tak tau jadi ke tak sbb belum sempat sejuk dah licin kena ngap.

Sapukan sos spageti seluruh permukaan roti. Susun sosej yang dipotong bulat2. Kalau ada tomato, bawang dicincang, jejari ketam, blablabla..ikut suka je topping dia.

Last sekali, tabur.mozarella cheese yang sudah diparut. Banyak banyak lagi best. Nanti makan bertali tali kejunya.. Kalau suka.boleh campur cheese parmesan bagai. Tapi, takde stok. Keju meju ni mahal harganya..

Lepas.tu bakar dlm.oven 15 minit 180 darjah atau sampai keju cair.. Lepas tu ngap lah! Sekejapan je habis roti kalau dah nak expired tu kan. Hehehe

Kalau pi makan pizza kat mall nun harganya mahal. Tak mampulah nak bawa satu keluarga makan sana. So, kita buat jelah kat rumah. Rasanya lebih kurang sama aje. Saya pula kalau pizza mmg suka yang base dia tak tebal. Kalau tebal, mmg cepat kenyang. Nak makan lagi tp.dah kenyang... Oh, menyedihkan! Heheh

Kalau nak bg cik abang makan buat alas perut lepas balik keje. Sementara nak makan malam pon boleh.. Sekejap je siap. Kalau cik abang korang jenis suka makan, bolehlah cuba...

No comments: