Pembaca Blog Ini...

Thursday, October 8, 2015

KONGSI RESEPI: Bihun Sedap

Arghhhh... Kena bgn pagi masak sarapan! Lepas sembahyang Subuh takleh membongkang balik!

Hari ni masak bihun. 15 minit siap! Tapi, kena sediakan bahan malam ye. Saya ni lemban sket. Maka, kena cari jalan macamana nak kasi cepat.

Sebelum tido;
1) Rendam sepaket bihun.
2) Kupas bawang besar 1 biji, bawang putih 5 ulas.
3) Masukkan bawang, segenggam ikan bilis, segenggam cili kering ke dalam blender.
4) Keluarkan rencah spt daging, ayam atau apa apalah ikut kesediaan yang ada dlm peti ais.

Bangun tido;
1) Toskan bihun yg direndam.
2) Kisar bahan dlm blender.
3) Tumiskan bahan kisar sampai terbit minyak.
4) Potong rencah.
5) Masukkan bihun. Kacau. Potong bihun dengan gunting. Takdelaaa nnti panjang sgt payah nak ceduk masuk pinggan.
6) Tambah kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram, garam.
7) Bila bihun dah lembut, masukkan telur. Kacau kacau. Siap!

4 comments:

Ida Puanstoberi said...

sedap dan mudah. akk sker je goreng bihun :D

Has78 said...

rendam 1 mlm ye ain. has selalu guna air panas je. tp kena stay alert.

Sidratul Muntaha said...

aku selalu buat bihun singapore.
nak2 buh cili api ganti lada hitam.
pastu letak lobak merah hiris halus pnjang2..
manis..

~ain said...

Kalau buh carrot, laki aku laaaa aje makan. Org lain tak suka sayoooooo...

Tapi bihun putih tu best jugak. Kalau buh lada hitam....sayup sayup je panas dalam perut. Pastu berebut kentut..wakakaka