Pembaca Blog Ini...

Friday, December 11, 2015

Bersara

Sebenarnya dah dekat setahun dah aku ni pencen. Bersara awal kata orang.. Mula-mula nak kerja, tapi tetiba cik abang macam tak kasi.

Orang lain cari kerja. Aku plak kerja dtg cari. Cik abang buat muka. Dia tak ckp directly takyah kerja. Tapi, kita bleh tau lah dari ayat ayat dia berkata-kata tu. Kita isteri kan. Apa y keluar dr mulut suami, kita tau apa yang tersirat tersurat.

Takpelah, aku pon rasa tak berapa rajin nak pi kerja. Saya anggap semua ini ada hikmahnya. Saya positif aje. Malas pk banyak. Nak sambung belajar lagi, tp nak buat apa kalau end up aku tak keje jugak. Perabih duit memening kepala. Baik duk diam-diam. Enjoy lah apa yang ada.

Memanglah ada pendapat orang yang lebih kepada nak judge keputusan kita. Memberi komen (macam juri prog realiti tv) yang macam teruk sgt lah kalau dah belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja. Sia-sia. Tapi yelaaaah mcm mana aku nak explain pun taktau. Kang kalau aku cakap, "Eh..biarlah! Laki aku banyak duit nak tanggung aku. Korang kena pi kerja sbb kena byr hutang PTPTN. Aku takyah sbb takde hutang belajar. Masa belajar dulu JPA tanggung aku!".... Kang korang kata aku riak plak kang.

Apa lagi aku nak jawab? Semua tak kena. Cer bgtau aku. Aku ni menadah duit korang ke sejak aku bersara ni? Tak de kan? Cik abang ahkak bagi ahkak elaun surirumah secukupnya. Ahkak bersyukur seadanya. Satu segi, takyah susah susah nak beli baju byk2 nak pi keje. Takyah susah bgn pagi bersiap siap.. Pas laki pi keje, boooooommm...tido balik. Tapi sbb duduk ngn emak, bgn lah awal juga. Kalau tak kang, booooommm mak yang meletop! Kuikuikui

Jalan hidup kita lain-lain. Tuah hidup orang tak sama. Kang kalau derhaka cakap laki, berdosa! Takuitttt....

Pastu, "Nanti jadi apa-apa kat laki susah kang takde back up sbb laki aje keje..."

So, aku kena ikut pendapat korang lah kena pi keje jugak apa apa pun terjadi?

Again.. Taknak cakap besar. Sebab kita tak tau apa akan jd pd hidup kita. Allah lebih tahu. Bukan aku sorang yg tak keje dlm dunia ni. Ramai lagi wanita yang suami kerja sorang. Kalau Allah takdirkan mcm ni, mcm ni lah.... Janganlah kau doakan laki orang jadi apa apa plak.

Aku ni pernah kena bash mcm mcm pasal aku belajar tinggi tp berhenti keje duk rumah jaga laki. "Apa kau nak buat kat rumah? Laki pi keje. Anak pon takde. Duk mengangkang aje dpn tv."

Suka hati kau lah makcik nak kata apa pun. Dengkilah tu dah tua tua pon kene kerja. Ada anak pon takleh harap sangat nk bg duit bulan-bulan. Takleh duk mengangkang je dpn tv mcm aku.

Hahahaha.. Kau ingat mulut kau je jahat? Mulut aku ko tak dengar lagi....

Cik abang kata... "Duduk rumah aje. Bukan semua org berjaya capai cita-cita.." hahahahaah.. Rupa-rupanya, dia masih ingat aku pernah cakap kat dia cita-cita aku nak jadi surirumah dan aku bukan nak jadi pensyarah sampai tua...

Ok, bai!

2 comments:

Nurhayati said...

salam Ain, lama tak singgah blog.. wah sudah jadi fulltime housewife. welcome to the club :) komen2 orang ni biasa la, bukan indah2 belaka, pasti ada ayat sarkastik. tapi takpe la kan, terima la sbg ujian.

Ida Puanstoberi said...

la...da bersara ke? huhu..memati akk igt Ain dok ngaja lagi.
Takpe lah.. akk pun suka ja kalo jd fulltime HW nih.
Tapi... tu lah.. tunggu lah nanti, cukup dah time utk pencen, boleh dah difikirkan ;)