Pembaca Blog Ini...

Thursday, December 17, 2015

Johor

Adik saya (ayah Maman) baru pindah rumah. Dulu duk Pasir Gudang. Skrg duk Pagoh. Lebih dekat la dgn Melaka.

Maka, jomlah kita pi rumah Maman. Habiskan beras Maman. Hahahahaha..

Lama dah nak pergi. Tp cik abang bz memanjang. Kebetulan mggu tu dia nak habiskan cuti tahunan yang berlambak. Takleh di forward2. Takde plak yang akan diganti dengan bayaran. Takde plak istilah kumpul2 cuti macam sektor kerajaan.

Rugilah .. Mggu tu cuti Jumaat Sabtu Ahad Isnin. Gerak p rumah Maman Khamis lepas Asar. Perjalanan sejam lebih sikit aje. Sampai dah Maghrib. Maman menjerit tidak percaya sebab MakLong, nenek, Usu, Atam datang rumah dia. Hahahaha..

Makan malam Ibu Maman masak. Nyum nyum.. Pastu layan movie sampai pagi.

Jumaat hujan. So, duk rumah aje. Tengok movie lagi.

Sabtu je pi jalan jalan dan makan makan di bandar Muar.

Lega lah kepala otak dapat jalan-jalan. Next week kalau cik abang bleh cuti lagi (sbb cuti tahun ada lagi 9 hari), nak ajak pi shopping plak. Hahahaha.. Gaya hidup mcm duit tak habis aje aku ni. Ala-ala bini PM gitew....

Tak! Window shopping ajelah.

Kalau cik abang tak cuti, melanguk ajelah kat rumah. Zaman zaman gawat ni kena beringat!

#salahsiapa

No comments: