Tahun kedua berpuasa sbg org Melaka. Haha poyo je nak bersemangat kenegerian bagai..
Puasa thn ni mcm biasa aje. Ada penambahan ahli 3 org. Ahli tetaplah. Ahli yang balik hujung mggu tak kira lah. Kena masak lah mcm selalu. Kuih2 ada masa rajin buatlah. Ada masa malas beli lah. Biasanya malas. Beli aje. Dua tiga hengget.
Hari ni dah hujung2 ramadhan dah ni baru nk update blog. Blog pun mcm dah takde ertinya lagi. Hahaha tp sayang lah blog dah 8 tahun takkan nak habis mcm tu aje kan. Tulislah sikit sikit. Mana tau boleh sambung tulis dengan rancak mcm dulu wpun tak tau lah bila. Hehe
Lagi seminggu nak raya ni persiapan raya dah settle. Alah .. berdua je. Baju beli sepasang sorang. Syukur ada saiz lagi. Boleh beli ready made. Hahaha ayat org malas pk kuruskan badan. Baju mak pun dh beli. Tudung mak.. mak beli dah sendiri. Hahahaha tak sabar lah tu dia tu. Kuih raya dah beli. Dah selamat satu balang kuih dahlia aku kena sebat. Sedap nau tak sedar habis sebalang.
Turn raya thn ni? Terengganu. Tapi jujurlah. Tak de beza nya dah. Dah bertahun2 kawin takde dah ko nak melalak pagi raya ingatkan mak ko. Hahahah jangan nak mengade sangat. Sama je. Baru2 kawin dulu ada org nak layan kau. Skrg no more ok! Rumah sana pun meriah juga. Keluarga sana pun keluarga ko juga. Hahahahhaha cakap pada diri sendiri.)
Apa lagi? Haaaa... ahad nanti 3/7/16 awal pagi gerak balik Terengganu. Harap jalan clear lah. Tak mau sangkut2 jem ke apa. Tapi kalau jem jugak, hadap ajela. Kita stand by roti byk2 lah ye.
Ok uols.. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahit batin. Semoga bahagia selalu..
Bai..
No comments:
Post a Comment