Emak memang suka masak. Dia happy kalau dia masak. Kitorang adik beradik kuat makan. Mewarisi ayah. Ayah suka makan. Tapi tak gemok. Hihi.. kitorang plak suka makan tapi gemok..
Bila ayah dah takde, mak jarang masak. Macam separuh jiwaku pergi.... dia tak happy dah nak masak2. Ada sekali mak cakap ayah pergi bawa semua resepi sekali. Sounds sad but true.
Sejak balik pindah sini, aku jadi tukang masak amatur. Setakat masak untuk makan keluarga bolehlah. Simple simple asal kenyang lah. Emak? Dia banyak bersosial. Bersosial gaya emak emak lah. Idoklah ke kelab dangdut ke apa. Just mingle mingle dgn kawan2 lah. Kita org adik beradik pun dah besar. Takyah sibuk nak kena masak sana sini. So takpela.. asalkan mak happy.
Lama2 emak dan 2 org kawan lagi decide nak berniaga. Sebelum ni pun mak ada sebut nak berniaga lah apa lah. Tp kitorg tak bg sebab kang dia penat. Dia ni memang jenis duduk rumah sesaja nanti kaki dia lenguh. Kepala dia pening. Mata dia sakit. Hahahahahha..
Tiba2 skill memasak dia timbul balik. Mungkin kesedihan sebab ayah pergi tu dah berkurangan. So dia kembali suka masak2. Dia memang enjoy bila tengok orang makan apa dia masak. Oklah emak.. teruskanlah minat emak. Asalkan mak happy.
Aku macam... emak? Betul ke ni? Tak nak try jual bungkus2 dulu ke. Tak penat sangat mcm buka gerai a.k.a warung ni. Mak bersungguh-sungguh. So... terpulanglah.
Emak buka kedai makan kecik2 depan rumah. Takde hal sebab laman luas. Pelanggan nak parking pun senang. Buka hari isnin hingga sabtu. Sarapan dan lunch. Tapi, kalau mak n friends tetiba malas... no lunch just breakfast.
Menu sarapan: Nasi lemak hijau. Ada orang BN tak mau makan nasi lemak hijau. Eh... aku cakap kat mak. Pi suh dia makan nasi kerabu. Warna biru. Hahahahahaha.. macam macam.
Satay goreng. Resepi keluarga mak. Ini makan ngan kuah kacang dan nasi impit. Dah macam pagi raya. Tapi hari hari sold out ni.
Menu lain: ikut sedap hati mak nak masak apa. Syaratnya masak kuantiti sedikit sedikit biar terasa ala masakan emak emak di rumah. Kalau masak sekawah tak jadi masakan rumah dah. Hehehe.. Masakan panas goreng goreng pun ada. Tapi terhad lah. Tak macam kedai tomyam. Inikan gerai ala masakan di rumah. Itulah X factor gerai emak.
Jual murah murah aje. Sarapan nasi impit kuah kacang air teh o eh... RM2. Pelik mak aku ni? Dia jawab.. ala.. bukan kena bayar tapak pun. Laman rumah aku je. Bukan berniaga nak kaya. Saja suka suka hilang bosan. Boleh?
Dua tiga hari sekali pi membeli barang niaga. Dari dua meja dah ada lima meja. Mungkin akan tambah satu dua meja lagi. InsyaAllah. Pelanggan datang makan takde meja. Huhu..
Setakat hari ni, dah sebulan lebih dah. Ke dua bulan ek kedai tu beroperasi. Aku tengok mak nampak sihat wpun dia penat. Hahahahahaha.. biasalah. Kalau kita buat apa kita suka dan minat kita takkan rasa penat tu sangat. Penat tu tak ganggu pun kita dari duk teruskan kerja tu.
Aku lagilah senang hidup. Makan kat kedai hari2. Tapau lauk dari kedai. Kalau cepat nau habis tak sempatlah tapau. Kenalah masak jugak. Tapi ok lah. Bila selalu takyah masak rindu lak nak masak. Hahaha macam macam.
Sampai bila nak berniaga? Tak taulah emak tu. Selagi dia laratlah. Masa ayah ada lagi pun ayah selali sebut nanti pencen nak buka kedai makan sbb emak memang boleh masak sedap. Pandai buat kuih. Tapi ayah awal2 nak chop jadi cashier aje.
Kenangan semua tu ngan ayah. Aku tak tau tapi jauh di sudut hati aku harap ayah tau mak dah tunaikan angan2 ayah nak buka kedai makan wpun hanya gerai kecil hujung kampung aje.
No comments:
Post a Comment