Pembaca Blog Ini...

Friday, February 17, 2017

LEGOLAND 2017

Cik abang ajak pi jalan-jalan. Hmm... mana? Terus teringat Legoland. Jom! Cik abang kata, ok.... Survey ini keje saya. Cik abang akan tanya aktiviti dan berapa budget sahaja.

Nak pergi berdua adalah boring. Bawa si kembar. Ajak Naim dan Naimah. Ok.. 6 orang satu kereta je lah.

Gerak tengahari ke Nusajaya. Dah booked bilik siap siap. Hotel Nusa CT. Boleh google kat mana. 2 bilik dalam RM300++ including breakfast 4 pax. Tka ingat sangat tapi menu breakfast ikut standard hotel yang rate mcm tu. Memuaskan.

Sampai hotel check in. Rilek. Malam turun makan kat kedai mamak.

Esok pepagi kita gerak ke Legoland. Dari hotel tu ke Legoland dalam 15 minit je. Buka jam 9. Kitorang awal gila parking kosong lagi. Orang pun takde. Kaunter tiket tutup lagi.

Hari Isnin memang tak ramai orang. Beli tiket kanak2 RM109. Dewasa RM120 kot. Alaaaa mak lupa. Tapi lepas tolak diskaun 35% sebab gunting pembungkus biskut Julies. Hehe... banyak juga dapat jimat. Yelaa.. kalau ada jalan nak berjimat kan mesti nak. Tak de nya laaa nak bayar lebih.

Enjoy lah ... sepuas2 nya. Budak2 seronok lah. Kita org dewasa tumpang happy tengok budakw seronok. Kitorg tak makan dalam Legoland sebab mahal.

Kitorg ada bawa bekal sandwich. Tapi kena tinggal kat luar. Sewa locker RM20 satu hari. Cekik tercekik.. tapi takkan nak buang plak makanan kan.. Sewa ajelah.

Bawa bekal air mineral banyak2. Alhamdulillah cukup air. Pastu alas perut beli aiskrim je dalam tu.

Budak2 dah syiok sgt bermain tak ingat perut lapar. Dh puas main semua keluar mkn kfc dpn Legoland. Hahahaha..









No comments: