Pembaca Blog Ini...

Monday, April 24, 2017

Pangkor with love

Balik kerja je cik abang ajak pi Gombak. Abah dia datang dari Terengganu. Tengok cucu. Alhamdulillah. Nampak sihat dan semakin bertenaga abah.

Lepas tu, cik abang terus... "Jom, Pangkor!" Haaaa? 

Saya dah ke Pangkor dua kali sepanjang hidup. Masa arwah ayah ada dulu. Dah lama sangat. Masa tu adik bongsu umur 4 tahun gitu. Sekarang dia dah 15 tahun.

Cik abang belum pernah sampai. So, moh lah kita. Cuti lama ni sampa Isnin.

Book hotel mana yang available kat booking.com.. Dapat Hotel Sfera kat pekan Sri Manjung. Alhamdulillah.. ok sangat walaupun pukul 10.30 malam baru kami sampai check in. Bilik luas bersih dan memang recomended lah. Rate RM150++ untuk deluxe room.

Naik bilik. Terus mandi dan tido...

Esoknya breakfast on the bed sebelum check out. 


Semalam book bilik without breakfast. Hmmm.. takpelah. Nak kena tambah RM50 untuk breakfast 2 pax. Ada makanan bekal roti buat kopi sikit. Kenyang. 

Jam 11 check out gerak ke Lumut. Dah book Ritz Inn untuk satu malam. Semua gamble je ni. Nasib baiklah ada bilik kosong wpun peak season orang cuti Isnin sempena pertabalan sultan.


Alhamdulillah. Dapat check in jam 12 pm. Naik bilik kejap. Letak barang. Terus ke jeti. Dari Ritz Hotel nak ke Jeti Pangkor tu dalam masa 10 minit jalan kaki. Parking depan hotel je tp beli parking kupon sehari RM3. 

Ritz Inn ni ok lah. Berbaloi dengan rate RM90 untuk basic room. Siap sarapan. Bilik kecik sikit tapi oklah nak tido je pun. Lagi pulak dekat dengan jeti. Jalan kaki aje dah sampai.

Makan dulu sesiap kat jeti. 


Jam 12.45 naik feri ke Pulau Pangkor. Sewa motor kapcai RM40 separuh hari. Nak sewa kereta macam tak berbaloi sebab berdua pastu nak pegi kejap je pusing-pusing pulau. So, merempitlah kita laki bini. Hahahha.. syiok lah. Nak bersnorkeling kitorang mmg tak minat. Lagipun berdua je tak seronok aktiviti gitu. 

Naik feri dalam 30 minit sampai Pulau Pangkor. Rempit pusing pulau. Makan laksa pangkor tepi laut yang sedap sangat sampai macam nak telan mangkuk. Hahahahaha... Alhamdulillah.


Lepas solat Zuhur Asar kat masjid apa tah lupa plak nama dia, kitorang dah tak tau apa nak buat dah. Habis santai dah ni. Jom ah balik. Kita pi shopping makanan laut kering ke baju ke kat pekan Lumut. Nak beli kat Pangkor malas nak pikul naik feri. Hehehe


Sampai Lumut jam 5. Shopping sikit-sikit. Beli apa yang patut. Makan siap2 kat Restoran Thai bawah Ritz Inn tu. Beli jajan2 sikit untuk malam tgk2 tv. Balik hotel. Lepak lah...



Layan Anugerah Meletop Era 2017. Tido.

Esoknya lepas sarapan kat cafe Ritz Inn, kita pi shopping sikit lagi. Hahahhahaha.. tak habis-habis. Sarapan Ritz Inn ok lah. Sesuai dengan harga lah. Tak perlu expect yang tinggi2 sbb harga pun tak sampai RM100 satu malam kan... 


Ok.. lepas tu gerak balik. Saya tidur sepanjang jalan. Letih. Sunburn muka wpun dah tenyeh sumblock. Adat lah kan bercuti di pulau. Hahaha

Thanks cik abang sbb bawa iols jalan-jalan makan angin. Kenyang makan angin ni. Hehehe. Thanks sebab belanja shopping wpun hanya beli ikan bilis, ikan masin, sotong kering, tshit2 tu tapi tetap seronok. I love you, darling...








No comments: