Pembaca Blog Ini...

Wednesday, October 22, 2008

Kekayaan bukanlah segalanya..........



Semalam saya tak pergi kerja.. Saya tak de mood..
Hahah.. suka hati mak pak hang je ye tak nak pergi kerja ye..
sebenarnya saya sesaja je cuti laaaa.... ye lah, kerja kerja kuat ni kan tak bagus untuk kesihatan..


Mesti ada jugak masa cuti kan..

Bila saya fikir-fikir, kalau satu hari nanti saya menjadi kaya raya..
adakah saya dah boleh berhenti kerja?
adakah saya boleh duduk goyang kaki di rumah sambil menonton tv aje?
adakah saya boleh membeli apa saja yang terlintas di fikiran saya ini?

hmmm...

semalam jugak lah, saya menonton Astro channel 702 (kalau tak silap)~ alaaaa..yang ada cerita pasal celebriti hollywood tu.. THS ..

Semalam THS cover pasal Donald Trump..
Siapakah Donald TRump??
Hampir semua orang kenal dia ni..

Saya pula tahu tentang kewujudan dia ni masa rancangan The Apprentice musim pertama..

Hehe.. Saya dulu bukan lah seorang yang "kaki TV" ~saya juga ala ala katak bawah tempurung gitu........

Saya saksikan dalam THS, siapa kah Donald Trumph.. Berdasarkan profil nya dalam THS tu..

kejayaan..jatuh bangun nye dalam dunia perniagaan hartanah..risiko yang ditanggung semasa krisis ekonomi sekitar awal 1990-an.. tentang kekayaan nya kini...kehidupan peribadinya

Saya bayangkan dia memiliki segala-galanya yang dia mahukan..

keluarga (banyak kali kahwin..ada anak ramai .. hehhe)
kemasyhuran... (satu dunia kenal dia)
kebijaksanaan..
bernasib baik...
dan paling penting dia ada kekayaan..
kekayaan (aset beratus billion)

Tapi.. satu perkara.. dia masih bekerja 24 jam untuk memastikan kekayaan itu kekal miliknya... Maknanya..walaupun saya sah kaya nanti, saya mesti jugak bekerja untuk mengekalkan kekayaan itu?

Benarkah?

Walau apapun, bagi kita dari perspektif Islam..
Kekayaan bukan lah segalanya..
Kekayaan bukan lah menjamin ketenangan hati..
Kekayaan bukanlah sesuatu yaang boleh dibanggakan..
Kerana..segala yang ada di muka bumi ini..
Kekayaan..
Kebahagiaan..
malahan, nyawa kita ini pun adalah milik Allah..

Bila-bila masa, kalau DIA inginkan, dia berhak mengambilnya semula dari kita..

Aduh.. Insaf.. insaf..

Ok lah.. nak solat Asar ye...

Dah lewat dah ni..


Seruan Haji...




Suka hati bila dapat tahu abah boleh pergi haji tahun ni.


Berlepas 14November nanti..


dan InsyaAllah mengikut jadual akan tiba semula ke tanah air pada 28 Disember...


Tapi, susah hati bila ayah da masih lagi belum dapat apa-apa jawapan dari Tabung Haji.


Bukan apa, abah kan baru je menjalani pembedahan pintasan jantung..


jadi, abah tak berapa sihat untuk pergi seorang diri dan mengharapkan ada waris yang menemani..


Abah kata kalaupun ayah da tak dapat seruan haji lagi tahun ni, abah tetap nak pergi walaupun sendiri... Sebab, abah tak tau macamana pula kesihatan dan keadaan nya tahun hadapan..


Aku sangat sedih..


Wal hal abah hanya lah bapa mertua ku..

Tapi, abah di mata ku bukan lah hanya bapa mertua..

Malahan abah adalah pengganti ibu bapa ku bila aku berada jauh dari mereka..

Tiada abah, umpama tiada kedua ibu bapa ku..

Walaupun abah seorang yang bercakap banyak..

tetapi, itu lah aset yang ada pada diri orang lama2..


Kalau tiada mereka siapa laaaaa kita!!




Huhuhu..

melayan blues laaaa pula aku petang ni..

aku sedih laaaaaa...


Monday, October 20, 2008

Can't wait to announce the BIG NEWS..

Terjemahan dari tajuk di atas:

Tidak sabar untuk mengumumkan BERITA BESAR...

Hehehe.. berita besar??

Betul ke terjemah macam tu??

Thursday, October 16, 2008

Kene Tag lagi..

waaaaaaaaaaahhh..apa kene mengena gambar ini dengan entri blog saya kali ini??

ini bukan kepunyaan saya ye tuan puan.. saya cuma cilok dari internet search kat goggle.. bimbang juga, nanti karang ada pulak yang nak merompok saya kang..

Walaupun BZ tahap maksima, saya cuba juga lah ikut jejak langkah Puan Bibi, meng update walaupun sibuk dengan tugas harian..


ini haaa.. saya telah di tag lagi..

mari lah lihat siapa pula yang kena selepas ini!!!


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? -Suami & Famili

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?- beli bawang merah ngan bawang putih semalam.. hehehe

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?- saya nak nikah di masjid terapung yang kat kuala terengganu itu.. tapi, mustahil laaaa..saya dah nikah dah di rumah mak ayah saya di Serdang, Selangor.. Alhamdulillah

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?- Harapan saya, hingga hujung nyawa loooor!!!

5. Adakah anda di lamun cinta?- iye, saya sedang dilamun cinta..

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?- makan malam?? tak ingat..lama dah tak makan malam di restoran, biasanya masak sendiri di rumah..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?- buku??? Operations Management-Along the Supply Chain..masa nak mula semester 1 2008/2009 ni dalam bulan 6 gitu...

8. Apakah nama penuh kamu?- Noraini binti Ammran

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?- dulu dengan mak...tapi sekarang ayah pun dah ok jugak...

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?- Rasulullah SAW ...

11. Christina atau Britney?- Britney..seksi oooooooooo.. hehheh

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?- Masa belajar dulu laaa.. sekarang ni di rumah suami saya yang cuci pakaian kami.. ye lah, beliau kan ketua kebersihan.. hehhe

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?- Bali

14. Pelukan atau ciuman?- Kedua-duanya saling berkait...

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.- cute, sabar, penyayang.. bla bla..

16. 8 perkara yang amat saya gilai- beli barang barang, melayari internet, makan, masak, tidur... hehhe.. yang lain lain rahsia laaa...

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan- proceed, proceed..itu saja yang saya berjaya keal pasti.. heheheh

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.- Operation Management

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.- lagu indon yang jiwang miwang...

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu - tiada satu pekerjaan pun yang tak memberi tekanan..

apa yang membezakan nya adalah cara kita memandang tekanan itu, samada dari sudut yang negatif atau positif...

itu sahaja yang saya sempat fikir....

Gua nak tag siapa?.. simah, icah, kak vp, kak leeds, kak bb....

(kalau mereka perasan laaa saya tag mereka)

Monday, October 13, 2008

Kesibukan melanda

Sibuk ...sangat sibuk..

sehingga tidak sempat nak post entri yang baru

harapan saya, apabila saya sudah tak sibuk lagi, saya akan dapat menambah entri dalam blog saya ini..

sekarang, saya di KL..
menghadiri bengkel dan seminar kertas peperiksaan di UTM..
InsyaAllah... malam esok saya akan pulang semula ke Setiu...

Rindinyi pidi siimi siyi...
Rundunyu pudu suumu suyu..

hehheheh

Wednesday, October 1, 2008

Raya yang syiokkkkkk!!!!! @ Syoknya Raya

Dimulakan dengan .....


Kami.. berhari raya bersama-sama....
buat kali pertama..
Tahun ini, kami sepakat
untuk berhari raya bersama keluarga saya terlebih dahulu..

Kita beri duit raya pula laaaa... sikit punya panjang barisan itu tau!!

Entah apa entah...

Berjalan beriringan.. oh, bahagianya!!! :)

Di pagi raya, kanak-kanak cilik yang celik IT...

haaaaa..ini selipar raya kami tahun ini!!!


Sehari sebelum itu..................

Bersama-sama menyiapkan persiapan raya..

Mari membakar-bakar..
Gedik nye.. saya

Saya tengah cucuk satay

Tersenyum lebar suamiku bersama cawan..mulut merah kilat2 tu sebab tahan pedas baru pas baham rendang.. ahahhaa

Ini sahaja mampu saya update tentang hari raya saya tahun ini..
Harapan saya, agar saya masih punya peluang untuk menyambut hari raya dengan lebih bermakna pada tahun hadapan..

~esok, saya akan berangkat semula ke Terengganu untuk berhari raya bersama abah dan famili sebelah suamiku pula..

waaaaaaaahhh.. syioknya raya.... :)