Pembaca Blog Ini...

Saturday, November 22, 2008

Abah sudah berangkat...."Minah Air Mata" kini kembali..


Hari ini, 22November 2008, abah..ayah da..dan makcik fatimah dapat juga berangkat ke tanah suci Mekah setelah melalui pelbagai halangan dan dugaan..

Abah, ayah da dan makcik fatimah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 3 Januari 2009..
Walaupun abah sudah berpesan kepada saya agar tidak sedih sedih apabila beliau berangkat nanti, saya tetap berasa sedih tetapi saya tetap telah tersedih.. Entah apa-apa entah..

Saya memang begini

Maklumlaaaa saya kan "minah air mata"..Mesti nak sok sek sok sek kalau kene berpisah dengan orang yang saya sayang.. Masa masih belajar dulu pun begitu..Apabila mak ayah saya menghantar saya pulang ke asrama @ universiti, saya mesti sedih dan nangis.. Walhal, minggu selepasnya saya akan balik juga ke rumah.. Ahli keluarga saya sudah lali dengan tabiat saya itu.. dan sekarang suami saya juga sudah memulai memahami nya pula.. hehehe...

Malahan, kalau saya tidak nangis, dia akan pelik dan tanya pada saya, "Sayang tak nak sedih ke?" atau "Kenapa sayang tak sedih?".. ahaks....

Tahun ini, saya ber sok sek sok sek kerana abah berangkat ke sana..
Tahun hadapan atau bila tiba masa nya nanti, saya akan ber sok sek sok sek kerana ayah dan mak saya pula ke sana..

Saya berharap agar abah dapat menjalani ibadat dengan baik dan dikurniakan haji mabrur..

1 comment:

Nurhayati said...

alhamdulillahhhh.... =)