Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 23, 2008

KUiz Mee Udang....



Mak saya memang "otai" dalam masakan..
Beliau pandai memasak pelbagai juadah, lauk pauk dan kuih muih..
Sebelum kehidupan kami sedikit senang seperti sekarang, mak pernah mengambil tempahan membuat juadah dan lauk pauk untuk yang berminat..

Macam-macam mak masak..

KUih donut la...
karipap laaa..
kaswi laaaa..
putu ayu laaa..
masak lemak cili api
kari ayam
daging.. bla bla bla..

Pendek kata. pelbagai lah..

Hari ni, mak memasak mee udang ala ala Kuala Sepetang.. (~ dari entri blog ayah....)
Saya "membelasah" mee udang itu bersama timbunan-timbunan udang yang banyak..

Maka terjadilah dialog di bawah:

Sang Suami: ewaa..ewah.. sakan ye makan udang..!!!
Isteri @ Gegirl: mana ada.. sikit aje laa
Sang Suami: Malam karang tergaru-garu macam *****..
Isteri @ Gegirl: ....... (Senyum simpul sambil menambah lagi kuah mee udang, serta menjengah ke dalam mangkuk untuk mencari udang yang enak-enak.. Serentak dengan itu, isteri sudah mula menggaru-garu hidung dan terkebil-kebil mata kerana gatal)

(Sang suami cuma menggeleng sambil mengambil hampir semua udang yang tinggal.. Di dalam hatinya, dia berdialog "Mengapalah mak mertua aku ni masak Mee Udang sedap?? dan Mengapalah isteriku tak pernah masak Mee Udang sesedap ini, malahan tidak pernah langsung masak Mee Udang?)

Jawapan pilihan:
a) Isteri tak boleh makan udang
b) Isteri bukan orang Penang. waaa...betul2 hoa liau!!!
c) Isteri tak kenal apa itu udang
d) Suami tak pernah minta isteri masak kan Mee Udang..
Lain-lain (Nyatakan):..............................................................

** Sila lah teka manakah yang betul???!!!!
hihihihi

3 comments:

.imah. said...

jwpnnye C..
hahahahaha!

haiyark!

c(X

Bibi Intan Suraya said...

jawapannya D

suami x tau air tangan isteri dgn mak mertua sama sedapnya. maka sbb itulah dia x mintak buat. :D

OK? hehehe

~ain said...

cik imah~~ tak mencabar langsung pilihan jawapan anda..

Cik Tulip~~ memang suamiku tidak pernah pun minta saya buatkan mee udang kerana sejak kawin dia kene pantang makan seafood sebab kene gatal-gatal. Sekarang baru laaa dia ok dan dah ada idea untuk cari resepi makanan laut yang sedap2..