Pembaca Blog Ini...

Thursday, November 27, 2008

Akhirnya khatam juga....

Malam semalam, perkhidmatan Astro di rumah saya telah dipotong..

Hampeh.. Astro kata kami tak bayar 3 bulan dah bil perkhidmatan. Padahal, kami sudah menjelaskan segenap bil yang ada hatta bil air yang RM4 sahaja itu pun kami telah bereskan...

Saya dan suami tak tau nak buat apa di rumah kerana kebiasaannya kami hanya menghabiskan masa menonton TV pada malam hari sambil-sambil cuci baju apabila baju kotor dah "membukit" di dalam bakul..

Oleh kerana Astro tak boleh nak tengok, (di kawasan tempat tinggal saya, jika Astro tidak dilanggan, semua siaran TV tidak jelas liputannya)....saya memcari bahan bacaan laaa... Majalah minggu ni belum dibeli.. Majalah kereta kegemaran suami ada laaa... Tapi, saya tak minat nak baca.

Saya teringatkan tentang buku hasil karya ayah saya "MEREDAH SAMUDERA".

Saya sudah membacanya sehingga mukasurat 15 beberapa bulan yang lalu.. (Harap ayah tidak berkecil hati apabila membaca hakikat ini)..

Oleh kerana saya tidak ada sebarang aktiviti menonton TV, saya pun ambil laaa buku novel kerjaya itu dan membacanya "dalam terpaksa"

Tetapi... apabila saya baca dan baca dan baca.. saya terleka dan ralit membaca sehingga lah saya "khatam" hingga ke muka surat akhir. Saya sendiri tak percaya saya mampu menghabiskannya. Saya juga bertambah kagum dengan kebolehan dan bakat ayah menulis sehingga beratus-ratus muka.. (Rugi saya tidak membacanya sejak dulu)

Menarik juga kisah Yaakob yang berminat untuk menjadi pelaut dan berjaya akhirnya menjadi pelaut yang berpangkat besar. Kisah rakannya Jusoh yang terkandas di tengah jalan.. Samad, Mak Bedah, Haji Ahmad, Hajjah Sapiah dan ramai lagi watak rekaan ayah.. Kisah pengorbanan pelaut yang hanya difahami oleh yang merasainya (Yat ekhram... awak sangat sesuai membaca novel ini.. Boleh menjadi pengubat rindu apabila suami " ke laut" nanti)

Sehingga suami saya berkata "Waaah..kusyuknya!! Lepas ni minta laaa ayah satu naskhah "Di Bawah Payung Aishah". Abang nak baca pula. Mesti lebih menarik!!"

Oh.... tidak!!! heheh


Nota kaki: Saya juga sudah ada idea untuk menulis tentang "sesuatu". Harap ayah boleh lah mengemailkan kepada saya cara bagaimana hendak memulakannya... Saya minat gaya tulisan "Chick Lit". Secara jujurnya, saya mengaku bahasanya saya juga meminati bidang penulisan ini.

3 comments:

Nurhayati said...

wah bestnye ada ayah seorang novelis.. mmg slalu la baca dan semestinya mintak free hihihi

Bibi Intan Suraya said...

haaaaa baru baca buku ayah..kecik ati ayah nnati :D
tp ayah mesti berbangga bila anaknya benar2 kagum ttg hasil usahanya..

~ain said...

Nurhayati.. memang best. Bulan saja dapat free buku tulisan ayah. Tapi, dapat beli novel keluaran syarikat yang sama dengan potongan harga istimewa.

Cik Tulip.. baru baca kerana tiada masa dan waktu terluang.. asyik TV saja. Harap ayah benar-benar berbangga ada anak yang suka hasil karyanya..