Pembaca Blog Ini...

Thursday, November 27, 2008

"Ingatkan dah jadi!!!." kata Encik Suami

Saya sedang berfikir..
Berfikir untuk memilih..
Asyik kene memilih saja..

Penat laaa saya..Pada sesiapa yang tahu tentang masalah saya sekarang, tentunya akan simpati.. heheh ~walaupun saya tidak pernah nak minta sesiapa simpati sebenarnya..

"Sayang, kalau kita ambil Satria Neo Sabri QS yang keje kat tempat keje abang...sayang rasa ok tak?"


"Entah laa, bang! Owg malas dah nak fikir pasal kereta ni"

"Kalau nak diikutkan, abang pun malas juga... tapi, kita memang perlu kan 2 kereta..."

"hmm..yelah owg tahu....." saya sebenarnya dah sangat putus asa bila fikir hal-hal ini..

"Cuba sayang fikir, nama sayang ni payah sangat nak lulus loan setakat Viva aje pun payah..kerja swasta, dengan keadaan ekonomi dunia sekarang, bank nye prosedur pun jadi payah...Kalau kita nak sambung bayar Neo Sabri ni, dia nak 2k saja. Installment dalam RM500++ saja.. Within our budget kan?. Kalau nak, ujung minggu ni kita pergi Kemaman, ambil kereta tu.. sabri kata dia akan buat surat perjanjian bla bla bla..mati setem..surat peguam..bla bla......"



"Hmm...Kenapa Sabri nak jual Neo dia.. Bukan ke dia baru pakai Neo tu dalam bulan 8 hari tu ke? Ntah-ntah dah rosak.. Tak elok ke.."

"Tak lah.. Dia kan dah tukar kerja.. Gaji dia tinggi dan masyuk.. Jadi, dia nak ambil Mitsubhi Lancer yang macam Nabil Raja Lawak tu pakai.. " ~~Pagi-pagi buta Ahmad Nabil Capang ni dah dijadikan contoh dalam perbualan suami isteri..

"Hmmmm..."

"Apa hmmmm ..hmmmm...?? Nak ke tidak? Kalau sayang nak abang bagitahu dia.. Abang tahu sayang pun dah putus asa pasal Viva ni.Abang pun tahu sayang tak suka beli kereta "second hand"..Tapi, tak dok aroh laaa sayang... Lagipun, Neo Sabri tu bukan lama sangat. Abang pun kenal Sabri tu lama dah.. Abang tahu dia jenis cermat pakai kereta macam ayah juga.. Kita memang perlukan 2 kereta.. Kesian sayang kene pergi kerja awal2 dan balik lewat nak tunggu abang ambil.."

"Hmmm..." saya hmm...hmmmm ini bukan hmm..hmmm kosong..Tapi, saya sedang berfikir.

"Hmmm .. hmmmm... jadi, macamana ni sayang?"

"Hmm....gini lah abang..owg memang suka Neo dari dulu lagi dan abang pun tahu kan.. Bulan-bulan pun ok.. Viva pun RM400++ dekat nak RM500 jugak.. Bayar 2K je, ada banyak duit lebih kita..Viva nak muka 4K jugak.."

"Jadi?"

"Abang rasa?"


"Abang tak kesah, sayang.. Ikut sayang la.. Sayang yang nak pakai kereta tu. Bukan abang.."

"Hm.. ok"

"Jadi?"

"Ok.. Tapi, nanti owg fikirkan lagi laaa ye bang?"


"Laaaa...ingatkan dah jadi!!!!" keluh Encik Suami..

Nota kaki:~~saya kene tengok dulu, sama ada saya mampu atau tidak tanggung belanja petrol apabila saya sudah pakai Neo itu nanti...

2 comments:

farrah said...

Just nak inform, Neo kuat minyak tau! Neo 1.6 manual pun, kuat sangat telan minyak. Tapi kalau 1.3 tak tau =)

Lagi satu, Neo ni sempit sket. Pastu pintu dia berat ya amat. Cuma bawak mmg syok la, rasa mcm nak masuk race pun ada kdg2 hikhikhik

~ain said...

Anonymous... nape anonymous.. buh laaa nama? heheh

Saya ada juga terdengar khabar angin yang proton ni memang suka sedut minyak.. hehe..

Neo memang laa sempit, kan ala-ala kereta sport gitu.. ala-ala saje laa.. pintu berat bagus laa berbanding dengan Viva yang pintu ala-ala tin biskut saja.

Tetapi, oleh kerana kepayahan dan kerumitan loan bank nak lulus saya terpaksa berfikir lagi dan lagi..

BTW.. thanks a lot ata info yang berguna itew.. sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan saya nanti..