Kesian aku tengok si haikal ni..Asyik laaaa demam aje kerjanya.. Dalam masa 2 minggu mesti ada dia demam panas..
muka pun sedih aje budak ni..
Kali ni sampai biru biru kaki tangan mulut nya.. sebab terlampau panas.. Kesian dia.. Dah la kecil saja..
Menurut ibunya (adik ipar suami saya, merangkap biras saya), Haikal ada masalah paru-paru.. Mungkin paru-parunya berair dan ada banyak lendir mukus.. Ibunya terpaksa cuti tergempar sebab anaknya sakit..
Menurut abah pula, ibu dan ayah Haikal terlalu ikutkan sangat Haikal yang menangis bila kepanasan.. Bila Haikal panas, ibu ayahnya bawa masuk kereta hatta pada malam buta pun untuk menikmati kesejukan penyaman udara.. Abah kata lagi, Haikal masih kecil lagi dan tak boleh tahan udara sejuk.. Ayah nya juga sering bawa Haikal berjalan-jalan walaupun di tengah malam.. ~seperti biasa, abah kaya dengan hujah...
Menurut suami saya, Haikal memang lemah antibodi kerana menurut pemerhatian suami saya..Haikal sering demam.. Alaaaa.. tak banyak hujah la pendapat suami saya ini..
Menurut saya... heheh.. saya rasa Haikal masih kecil, antibodi nya masih belum kuat untuk melawan virus jangkitan pada setiap organ dalaman dan luaran nya..Tambahan juga sekarang ini musim tengkujuh di pantai timur.. Jadi, adalah lebih baik agar Haikal tidak diberikan "aircond" dan "dicutikan" seketika dari berjalan malam.. ~eceh, bagaikan doktor pula saya berhujah..
Apa-apapun.... walau apa pun konflik dalaman dan luaran antara saya dan sesiapa juga... Saya tetap mendoakan agar Haikal cepat sembuh...
Petang ni suami saya memberitahu, kami akan pergi tengok Haikal di rumah nya..
"Tunggu Mak Lang ye, Haikal!!" heheh
Hampeh betul ayah Haikal ni..
Ada ke budak lelaki perkasa dipakaikan tudung.. Kesian aku tengok!!! AHAHAHAHAHA (kata kesian, kenapa pula saya ketawa.?)
2 comments:
taktau pasai apa lah time bukak blog ni,asyik dok appear entry2 lama...rupa-2nya dah banyak yg dia update rupanyaaa....termisss :(
note: semoga haikal sembuh. dah la encemm..
Cik Tulip:~ Malam tadi saya dan suami ke rumah Haikal.. Dia tersenyum2 bila nampak mak lang ngan ayah lang nya datang.. tapi. dia sangat lemah dan tak bermaya!! Alhamdulillah Haikal sudah beransur sembuh dan badannya tak panas lagi..
Post a Comment