Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label wish list. Show all posts
Showing posts with label wish list. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

English Style....

Dah nak pukul 4 dah ni. Baru siap jaga exam. Jaga exam kat blok lain. Kena bawa kereta. Boleh je nak jalan kaki tapi hari ni malas. Sem lepas memang kalau kena pi blok lain akan bawa kereta. Sem ni je start jalan kaki sikit-sikit sambil kembang-kembang idung! hahaha.. Senaman lah sikit-sikit. Badan pun makin segar takde lemau2. Ditambah makan vitamin Shaklee dengan izin Allah jua. Walaupun tak kurus2 gamaknya aku ni tapi, rasalah badan ada improvement. Dan cik abang pun tak payah disuruh dah. Dia pandai lah makan sendiri vitamin2 semua walaupun ada kala dia membebel, "Abang ni sedawa dah rasa vitamin dah, yang..!" Apa-apa ajelah abang oi... hahahah

Banyak pulak membebelnya, kan. Apa nak cerita ek petang ni? 

Hmm.. hari ni nak cerita pasal cadar pengantin. Saya kirim kat emak. Emak beli kat Jusco. Ini harga dia tulis RM799.00. Ada less 30%. Bolehlah nak beli. Kalau harga RM799 tu memang tah bila lah aku mampu nak membelinya. Kalau banyak duit pun belum tentu beli. Mahal sangat. Ini emak siap beli dengan sarung bantal merah lagi. Alaaaa.. emak kan! Perangai saya yang suka membeli ni ikut emak laaa... Suka membeli.. Hahahahaha...



Sebab nak pakai kat bilik pengantin, kan? Maka, belilah yang ala-ala mcm cantik sikit. Cadangnya nanti nak hias ala-ala English Style gitew.. Sekarang ni macam dah gila ke English Style pulak. Cik abang kata, dia tak suka sebab semak bunga-bunga pink pink. Pompuan sangat. eh, bang.. takkan lah abang kawin dengan lelaki pulak. Hahahhahah.. Takdelah.. Cik abang suka konsep moden. Takde bunga-bunga. Lebih kepada plain. Kalau corak-corak pun mungkin minimal aje. Apa-apa lah. Asalkan kau bahagia, bang... 

Saya bukanlah nak tranform rumah jadi english style. Kau nak kena jeling sama cik abang? Saya cuma cakap saya suka aje.. Pastu tengok kat website IKEA ada katil kerawang... oh my! oh my! Ko tengok laaaa.. Lawa kan? Tapi, ragu2 juga. Boleh ke tahan? Tengok dia punya besi ala-ala kecik benoooo.. Risau aku! Yang nak tido ni jentera berat ooooo... Katil besi ni tak bunyi2 kalau gerak gerak? Ganggu pulak org sebelah nak tido kalau bunyi2 kan....


Tapi, ada juga rasa nak amik gergaji dan potong katil kayu yang ada dalam bilik sekarang sebab adalah alasan nak beli katil kerawang kat IKEA tu. Hahahahhaha .. Takpe.. Ini cerita aje ye. Bukan nak beli... Cik abang ku itu tau lah mcm mana nak psiko bini dia ni supaya jangan membazir. Yeaaa.. nak beli katil kayu yang ada sekarang ni makan tahun juga. Dah dekat 2 tahun kawin kot baru ada duit nak beli katil. Sebelum ni tido atas tilam duk atas lantai aje. Ada sekali pak mertua datang (rumah sewa), dia cakap.. "Oh, tilam ni tak naik atas katil lagi?" Oh hoooo....

Beli katil ni sekali dengan almari. Bukan beli set sebab tak suka. Dalam almari baju tu ada satu ruang untuk letak mendalah alat belek muka semua. Siap cermin besar bagai. Tak perlu set yang ada almari solek bagai. Bilik kecik, tak muat. 


Kayu katil ni sangat kukuh tau. Tapi, pernah juga roboh dua tiga kali. ahahaha oi.. bukan ganas ye. Bukan sebab struktur. Tapi sebab kayu yang susun bawah dia tu tak kuat.  Cik abang dah beli kayu banyak-banyak kasi lapik bawah. Ada kesilapan teknikal jadi macam tikus baiki labu. ahhahaha Jahat gila kutuk suami sendiri. Taklah.. Abang silap ukur sikit je. Kayu nya tak sampai ke hujung so, kalau gerak2 lebih sikit, jatuh laaa.. Sampai sekarang tak baiki tapi masih boleh guna dan dah lama tak roboh. Takde alasan nak ganti baru! Kalau roboh lagi, memang kena paksa pi beli kayu kena ukur molek laaaaa. Kalau taknak, .... jom pi IKEA.. (ugut)
 
Eh.. Ini cerita pasal English Style ke pasal katil dalam bilik kau? hahahaha

Ok, bai!

Tuesday, November 26, 2013

Basikal Korea

Cik abang kan beli basikal yang harga dia ribu-ribu. Berpinar mata aku tengok basikal mahal. Tapi, yang cik abang beli tu tak mahal lagi. Ada yang belas-belas ribu pun ada.. Mak ai.. itu untuk atlet lah kan. Yang tak berapa atlet ni tak yah merepek lah. heheh

Masa cik abang beli tu, dia offer saya sekali sebab dia kata nanti bolehlah pi cycling bersama-sama. Hahahha.. tak mengapalah, abang! Saya nak basikal yang murah-murah sahaja yang ada bakul depan dia. Yang macam dalam drama Korea Full House tu. Yang hero dia yang comel dan mata sepet tu ajar heroin yang lawa jelita menunggang basikal. Lepas tu, heroin tu tak pandai-pandai dia naik angin sepak sepak basikal itu. hahaha


Pengaruh drama!

Sejak itu, saya terus cari drama Full House tu kat Internet. Saya suh Imah download kan. Tapi, Imah kata Internet rumah Melaka adalah lembab. Imah ajar saya download macamana. Nanti kat rumah download sendiri... Tapi, lemah! Tak reti juga. Cari kat Youtube. Ada.. Siap Malay translation lagi! wahahahahaha

Layan lagi! Dulu masa belajar kat U pernah layan drama ni. Tapi, takde lah hadap sangat. Tumpang2 tengok je housemate suka tengok. Sekarang ni, layan bebetul! Comel je Rain tu. Bila dia senyum, cair hati mak, nak! hahaha.. Pening laki aku kalau dia baca ni. Biasalah... Jap jap kang suka pelakon lain pulak. Tertakluk pada drama yang tengah menjadi kegilaan. =)

Saya layan drama Korea ni aje. Hahah.. mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu. Yang terkini skrg ni tak pun......

Dan dan tu nak pi Korea!!!! Baca kat blog orang yang pernah melawat rumah Full House tempat shoot drama ni, rasa nak sangat pi sana. Tapi, laki den buat tak tahu je. Dia kata, sekarang tengah gila tengok drama tu, nak pi Korea. Kang bila tengah suka drama lain, nak pi tempat lain pula.



Sekarang tak boleh pergi lagi. 
Tengah winter sekarang. 
Camne nak cycling berdua macam gambar atas tu? 
Camne nak posing macam gambar ni?

 

hahahahaha Padahal tak cukup duit. Kena gigih menabung supaya bila balik Korea nanti idaklah kita makan telur aje, kan? Sekarang, berangan je dulu. Tak kena bayar.

Dah tu buat passport tu kenapa?
Hm... rahsia!

Ok, bai...

Friday, December 16, 2011

htc_flyer?

Akhirnya....



Saturday, October 15, 2011

Belek Beri


Terima kasih, abang!


[Nota: Samsung Galaxy SII tu, abang beli sendiri lah...
Abang nak mendalah mahal-mahal.
Saya tak dok pitih laaaaa.]


Monday, October 3, 2011

Fike ye, Aim! Fike.. =)


Tidurku tak lena kerana kamu....


Bukan kerana jam tu laaaaa!!



Tapi... kerana mendalah ni..


*



*





*





*




*

Meroyan tetiba!
Dulu tak mau laaa benda ni..
Tak best laa.
Dah ada laptop la..
Tetiba teeeeeeer angau pulak dah.


Nangis, beb!
Tak mau yang 10.1 tu.
Yang 7' ni buat ayo mato meleleh....



Apesal laaa roadtax WUH mati bulan ni?
Apesal tak mati empat lima tahun lagi ke?
Aku belasah kang!
hahahaha


Takpelah, next budget laaa kot.
Takpun, lupakanlah saja kerana
ada perkara yang LEBIH penting perlu diselesaikan terlebih dahulu.


Naim pun pandai kasi nasihat kat Along dia ni ...


dalah along lainkali kalau belitu fike la dulu!
[Baca: Sudahlah, Along! Lain kali kalau nak beli tu, fikirlah dulu!]


Yelah, Aim..
Along fike (fikir) lagi laaaaa..


=)

(huh.. lama dah tak de entri fasal Wish List)

Thursday, May 26, 2011

Idaman

Haaaaaaaaaaa..


Meh nak cerita!


Saya ni bukan seorang yang obses
dengan handbag yang ratus-ratus ribu riban ni.
Jenis tak tergamak (sayang duit).
Tapi, sayang sayang duit pun tak de jugak duitnya..
wakakakaka


Pernah saya aim satu benda tu, bila duit dah ada... tak beli pun sebab,
"Eh.. mahal laaa!"
"Tak penting lah.."
"Yang murah pun ada jugak!"
"Yang lama elok lagi laaaa"
Lepas tu, duit tu tah ke mana.
Beli apa tah yang bukan bukan jugak pun.


Handbag paling mahal pernah saya beli
berharga satu ratus lima puluh hengget sahaja.
Itupun, pakai setahun ko..
hahahaha


Tapi, sejak dulu saya memang berkenan tengok handbag yang ini.




Baiklah, saya kumpul duit seratus sebulan.
Rapat setahun baru boleh beli kot!


Takpun, royalti dah nak dapat tak lama lagi, kan?
[Tetiba sayang duit lak kang, tak dapek laaaa nak nolong!]


Tuesday, May 24, 2011

Nak Satu!

Cuba korang tengok tudung yang Tiz Zaqya ni pakai....
Lawa nya mak aiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!


Hmm.. orang lawa, kan?
Pakai apa pun lawa.
(Ayat low self confident!)


wakakaka


[Abang, raya nanti nak pakai baju tema warna apa?]

Wednesday, April 27, 2011

WW: Idaman Kalbu

Tuesday, February 8, 2011

Sihat Sebelum Sakit

Korang....
Huhuhu..

Saya nak ngadu domba ni..


Ops.. bagi salam dulu!

Assalamualaikum..


Korang, saya baru balik dari klinik ni.
Apa kes? Alaaaa.... kes batuk selsema tu lah...


Sejak sakit telinga hari tu,
batuk selsema memang tak leh blah aaaa...
Tak baik-baik..
Sampai dah berjangkit-jangkit kat cik abang.
Lepas cik abang baik, saya je yang tak baik-baik.
Lepas tu bergilir-gilir....


Dah malu pi klinik yang selalu pergi tu.
Haha.. Tebal dah muka ni.
Laki bini duk terpacul muka kat klinik.
Nanti orang kata kaki MC pulak.
ahaha.. Saya bulan 2 ni belum MC lagi tau.
Tadi, pi klinik pun tak minta MC tau.
Dan doktor tu pun tak offer nak kasi MC.


Kos perubatan sekarang ni macam makin meningkat lah.
Selalu kalau pi klinik untuk sakit-sakit ringan, paling mahal pun belas-belas ringgit je.
Itu paling mahal aaa tu (rate sini~ kalau KL mahu sekali pi klinik dekat RM50++ kot)
Sekarang, dah jadi dua tiga puluh.
Hmm... Kita pun pahamlah kan.
Sejak PM sarankan kita ubah cara hidup ni kan, memang semua kos hidup meningkat.


Tapi, dukacita sangat sebab terpaksa batal lecture 4 jam hari ni.
4 jam ok! 4 jam!
Masaklah saya nak menggantikannya nanti.
Takleh buat apa dah. Sebab suara memang hilang.
Jadi macam ala-ala nak bunyi tak mau bunyi tu.
Macam mana nak lecture kan?


Satu perkara lagi: [lari dari topik sket]
Just nak catatkan di sini..
Salah satu hutang lapuk kami, sudah settle hari ini.


Oklah..
Saya sambung buat kerja dulu...
Alhamdulillah......

Friday, December 31, 2010

Resolusi 2011

Tak nak list down macam-macam tapi tak daya nak capai.
Sepanjang 2011 ini, saya mahu:



1) Menambah bilangan judul dalam berkarya



2) Bebas hutang (kecuali hutang rumah dan kereta.)


3) More savings!



Lebih materialistik gamaknya tahun 2011 ni..


Semoga kita menjadi insan lebih baik dari tahun 2010


Sila kongsikan azam 2011 korang!
Satu je pun jadi lah..........
Ok... sekian sahaja!


~Selamat menyambut tahun 2011~

Monday, December 20, 2010

Cincin Berlian

Malam tadi kan...
saya kan..
mimpi kan...
abang kan...
kasi kan...


CINCIN BERLIAN!!


Yang ketiga dari bawah tu

Tapi, sebenarnya saya dah ada yang ala-ala.
Abang kasi masa tunang (yang bawah sekali) masa nikah (yang dalam mimpi tu)
Yang emas kuning laaaa! Tak de lah berlian tulen ni.
Belum mampu =D


Apesal lak tetiba ahkak mimpi cincin berlian ni?
Alahai.....

Wednesday, December 1, 2010

Semoga dipermudahkan urusan kami

Petang tadi, kami pergi tengok ini...


Tak mau canang-canang teruk sangat.
Sikit-sikit dulu sebab terlalu awal lagi.
Maksud saya, sedang fikir lagi dan tak tahu jadi ke tidak.
Boleh ke tidak....
Maklum sahaja, kami bukan kerja gomen!
~kuang kuang kuang~


Harap doakan urusan kami suami isteri dipermudahkan!

Sunday, October 17, 2010

WUH, Adik (tetapi BESAR) kepada TAU...





Kami berjaya memilikinya, dengan berkat usaha dan doa.
Hasil titik peluh kami sendiri.
(HAHAHA.. ada macam iklan MLM tak?)


Dapat yang ini pun dah kira besar tuah dah bagi kami.
Syukur...


Alhamdulillah.

Tuesday, October 12, 2010

WUH harus bertukar warna!

Assalamualaikum, semua!


Apa khabar? Semoga korang semua sihat sejahtera dan di bawah lindungan Allah senantiasa..


Hari ini 12 Oktober 2010.
Puan blog baru baik demam.
Sekarang pun, masih ada saki baki ke demam man..
Tapi, boleh lagi bertahan.
Tekak yang sakit bertambah sakit.
Nak telan tak boleh.
Takpelaaa.. Itu ujian dan dugaan dari Allah kan?
Maka nya, kita sebagai hamba Nya haruslah bersabar di atas semua ujian tersebut.


Baru hari Selasa kan hari ni?
Hari Khamis nanti nak balik Serdang.
Amik WUH.. Tah ke hape pesen salesman tu, ahkak pun tak tahu laaa..
Kejap minggu ni, minggu depan, minggu satu lagi..
Nasib baik ko tak cakap, 14 ke 15 tahun lagi ke....


Orang lain dah WUK WUK dah.
Silap-silap dah WUL WUL.
Mana tak nya, sebelum raya lagi dah gigih beli WUH.
Sampai bermasam-masam muka bagai kan.
Biasalaaaa orang-orang ni kan, pendapat kita tidak boleh digunapakai sebab....
(Aku rasa orang-orang tu pun tak de reason kenapa takleh pakai pendapat aku)
Ah, sudahlaaaa... Benda dah jadi kan. Banyak cakap pun tak guna!
PEACEEEEEEEEEEEE!!!!


Kalau nak diikutkan, memang tak boleh nak balik minggu ni.
Maklum sahajalah, duit bukan air kan?
Ditambah dengan beberapa insiden yang menghabiskan duit laki ahkak secara tak sengaja...
Maka nya, ahkak juga tidak ada ongkos untuk diderma kilatkan..
Duduk diam diam kami laki isteri menahan keterujaan mengambil WUH.
Hahaha.. Sabar.. Sabar...


Tiba-tiba Allah turunkan malaikat membawa rezeki kepada kami,
sehingga kami boleh juga balik ambil WUH minggu ini.
Alhamdulillah.........
Syukur nikmat!
Tak de laaa laki ahkak duk termenung je di penjuru memikirkan kereta nya
yang tak boleh diambil.. hehehhe


Bila boleh amik WUH?
Jumaat mungkin!
Kalau tak jadi jugak, memang nak kena sembur laaaa salesman tu.
Minggu lepas dapat call, kalau nak cepat kena tukar warna.
Warna yang kita nak tu, lambat dan tak tau bila..
(memang sah laaa kalau tunggu pun 15 tahun lagi pun belum tentu dapat)


Fikir punya fikir, ok je laaa..
Lagipun, mula-mula dulu memang ada fikir nak warna tu.


Belasah je laa..
Saya pun dah tak larat nak tunggu tunggu cik abang ambil saya kat opis tetiap petang.
Cik abang pun tak yah terkejar-kejar nak ambil saya abis kerja kan?


Haaaaaaaa.. orang Melayu! Biasa kalau kita cerita beli rumah ke, beli kereta ke, pi shopping ke, mesti ada anon duk mengomen,


"Macam dia saja yang boleh beli kereta, rumah.. bla bla bla bla...."


ATAU


"Alahai, kalau setakat shopping menda itu pun nak masuk cite dalam blog. Orang lain beli barang lagi mahal tau. Tak de duk jaja kat blog macam awak.."


ATAU


"Setakat kereta murah, sibuk duk canang sana sini..."


ATAU


"Duit laki ko belambak, boleh laaa ko nak minta macam-macam. Nak harap kan duit ko?"


Ini kisah benar tau!
Pergi tanya mana-mana blogger.
Majoriti memang pernah dapat komen Anon yang jelik macam ni ...


Hello.. Ini blogger tegar ok!
Tidak takut, tidak gentar dengan cakap-cakap orang.
Apa yang kita alami, susah senang kita untuk mendapatkan sesuatu, perit jerih kita nak memiliki sesuatu tu, hanya kita sahaja yang faham.
Biar laaa benda tu tak semahal mana (bagi sesetengah orang), tapi, itu hasil usaha kita.


Yang tak tahu hujung pangkal tak yah banyak cakap laaa...
Sia-sia je semua tu.
Sebab ini blog saya!


Tuesday, September 21, 2010

WUH = Minggu depan


Ahaaaaaaaaa..


Tak sabar nak tunggu minggu depan..
Kena balik Serdang naik bas laaaa!


Kalau tak de jugak, memang nak kena fire laaaaa orang tu!


Ok, hari ni ada jamuan hari raya.
Saya kena set up meja.


Ok... tata!


Sunday, August 1, 2010

Terkejut Badak




Oh......... terima kasih, sayangku!
Walaupun ini bukan hp idaman saya,
walaupun hp ini tak semahal hp korang....
Tapi kejutan itu sangat manis.
Saya rasa di hargai... Sangat-sangat..



Saya tersenyum-senyum hingga ke hari ini.

Saturday, June 26, 2010

Reward yourself!

Saya berniat, bila dapat royalti tahun ini,
saya mahu belikan sesuatu untuk cik abang.


Terima kasih abang kerana menjadi penyokong saya!


Kata orang,
kalau kita dapat hasil dari apa yang kita kerjakan selama ini...
Kita harus memberi 'hadiah' kepada diri sendiri.


Tahun ini...
Walaupun tidak semahal mana (saya belum mampu kalau mahal-mahal),
saya sudah memberi 'hadiah' kepada diri saya.
'Hadiah' itu adalah kegembiraan cik abang
apabila mendapat hadiah dari saya.




Semoga Allah kuatkan azam dan semangat saya untuk terus maju di masa depan!

Friday, June 11, 2010

Novel PELIT yang PELIK tapi MENARIK!

Hahahaha..
Saya kalau tengah bengang memang suka luah kat blog.
(seperti entri sebelum ini)


Tapi sekarang tak boleh lagi.
Tak boleh nak cakap secara bebas kat blog.
Sebab ahhh.. malas laaa nak cakap.
Nak berhenti blog, macam tak boleh.
Sebab saya ketagih dah wei..
(Kena pi Pusat Serenti untuk penagih blog dah ni...)


Kang tetiba rasa nak private kan blog kang.
(Mati laaa kena perli dek Icah pulak)
HAHAHAH


Teringin nak buat sebuah blog yang
menjadi tempat luahan perasaan dalam Bahasa Melayu Tinggi.


Kemudian dikompilasikan dijadikan novel
seperti ini.....

dan ini.........


(terus memikirkan plot dan jalan cerita)

Wednesday, June 9, 2010

My Water Moments: Akan lebih indah jika dengan Sony TX5 yang baru!

Saya menulis entri setiap hari, memang akan cari gambar untuk hiasan. Memang fungsi gambar untuk blog adalah sangat penting. Kalau entri blog tak ada gambar, macam makan nasi tak ada gula garam gitu. Hahaha.. Tapi, ada juga entri saya yang tak ada gambar. (Itu maknanya saya sengaja nak kurangkan garam gula dalam kehidupan laaaa. kurangkan risiko penyakit kronik


Eh, tapi, saya memang suka ambil gambar. Sebelum ada blog ni pun, dah beribu keping saya amik gambar. Tapi, semua duk terperuk kat laptop. Pastu laptop @ pc kena reformat terus hilang. So, sejak ada blog ni.. terpelihara juga laaa gambar (walaupun kena tonton dek seluruh dunia). ~setiap yang baik, tentu ada buruknya!


Nak cerita sikitlah pasal sejarah saya gunakan digital camera. Masa tu masih belajar di UiTM Segamat. Saya nak sangat digital camera sebab saya memang suka ambil gambar. Ketika itu, saya belum ada blog. (berapa kali mau bagitau daaa) Hahah.. Apekebenda blog pun saya tak tahu. Saya ambil gambar sebab suka. Emak kata, emak boleh belikan saya kamera yang saya nak dengan satu syarat. Syaratnya, kena jadi orang gaji emak selama cuti semester. Masa tu macam;

Pagi-pagi bekerja berat
Menjadi orang gaji sangat memenatkan
Oh, emak... kalau itulah syarat
Kerana digital camera, daku turutkan...
(Ewaaaaahh.... baca macam orang tengah berdondang sayang tau)


Kemudian, emak belikan kamera jenama BenQ. Sekali dengan memory card. Tak sampai 1GB pun masa tu. Harga lebih kurang RM700++ laaaa.. 3.2mpixel je masa tu. Tak boleh kena air lak tu.. Masa tu, RM700 tu memang besar gila laaa (sekarang pun besar gak nilainya) Sayangnya saya kepada kamera itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ke mana-mana sahaja bawa kamera. Kawan nak pinjam, buat2 alasan tak mau kasi. Well, bukan senang nak dapat, beb! Jadi orang gaji 3 bulan tau! Kembang-kembang idung duk pikir nak cari alasan. Masa tu, memang bangga ! Semua orang belum ada lagi, saya dah ada. Padahal berhempas pulas menjadi orang gaji.


Akhirnya, kamera itu rosak jua. Sedih tau. Entah kenapa laaaa tak boleh nak on. Masuk air ke apa. Sedihnya! Hantar baiki, sebab under warannty lagi. Tapi, lepas tu, rosak semula. Saya macam... Oh, no! Sedih sedih.. Asyik teringat kamera je. Akhirnya.. kamera itu tersadai je dalam bilik.


Kemudian, ayah nak pi kerja di Sudan. Mak belikan digital camera yang baru. Tapi, untuk ayah bawa pi Sudan. Lepas ayah balik Sudan, saya dengan tidak malunya saya buat kamera tu jadi macam kamera saya. Hahahah.. Seswai tak? Saya pedulik apa. Janji saya ada kamera.. (Jangan tiru gelagat ini). Alaaaa.. lagipun ayah dah ada kamera baru masa tu. Dia tak kesah pun saya amik kamera dia.. hehehhe


Satu hari, saya bersama keluarga baru (masa tu baru kahwin) ..
Gambar pun romantikus (romantik dengan tikus) lagi..
hahaha
Pergi berkelah ramai-ramai kat Pantai Penarik.
Tiba-tiba kamera yang ayah saya punya tu tak boleh on.
Sedih lagi.. Mungkin kamera itu masuk air laut tak?
Huhuhu..
Tak boleh baiki dah sebab dah habis warannty.


Semenjak itu, sepilah hidup saya tanpa digital camera.
Sehinggalah pada suatu hari...
Cik abang membelikan saya sebuah kamera putih.
Kasih sayang dan cinta saya kepada suami semakin bertambah..
Taklah, setiap hari pun cinta kasih sayang ini
sentiasa bertambah walaupun dia tak belikan saya apa-apa... =)
Tapi, digital camera yang sekarang ni macam payah
sebab asyik terlupa charge bateri je.
Bateri plak pakai AA, sepasang je tinggal.
Lepas tu sedikit tebal.. hahahaha.
(Sila bersyukur ye, Ain!)~baiklah...


Saya memang ada merancang nak beli sebuah lagi.
Tapi belum ada kesempatan.
Maklumlah... (sambung sendiri ayat ini)


Saya sangat teruja bila tahu ada kamera Sony TX5 yang baru ini.
Tapi, kalau dapat free lagilah bagus kan.

Saya terbaca tentang Sony TX5.
Hahahah..
Malam tadi, iklan kat tepi blog saya atas bawah
duk tayang iklan digital camera yang ini.
Saya sangat teruja untuk memilikinya.
Mahu saya pi jalan-jalan kat sungai setiap hari
sebab nak ambil gambar.
Hahahah


Sebab apa saya nak sangat kamera ini?


Alaaa.. kan saya dah cerita panjang kat atas tu.
Dua buah digital camera saya rosak mungkin sebab masuk air.
Tak boleh nak on. Sony TX5 ni kalis air tau.
Boleh masuk dalam air sedalam 3 meter.
Dengan izin-Nya, insyaAllah laaaa takkan ada lagi
kamera masuk air dan rosak dalam hidup saya.


Lagi..... Sony TX5 ni tahan panas.
Tahan habuk
.
Fuyyyyyyyyyyooooo!


Shock-proof..
Kalau jatuh 1.5m tu tak de menda pun. Insya Allah laaa..

Tapi, jangan laaaa ko pi jemur dalam kereta bertahun-tahun kan..
Pastu pi baling sesuka hati.
Kesian wei..
Kamera ni dah lah canggih..
Haruslah mahal..
Bagi saya RM1,499 adalah mahal ok!
Sebab tu saya akan bahagia sangat
kalau dapat kamera ini secara percuma..
huahuahauhuahua


Hahaha..
(Korang jangan pelik laa, saya tengah teruja..
sebab tu asyik ter hahahahah hahahahah je dari tadi..)


Lagipun, saya dan suami memang selalu pi tempat-tempat berair ni.
Selalu ke sungai (saya suka mandi sungai).
Tengok! Siap berenang kuak rentang segala..

Kemudian ke laut..........
sangat indah!
Nanti mak ayah saya nak pindah duk tepi pantai tau!
Sesuai laaa kalau nak amik gambar batu karang dalam laut.
Tentu syok ambil gambar budak-budak ni
tengah duk splash splash air dari jarak dekat!
Hahahah over tak..
Icah.. cilok gambar!
Takpe, kita kan adik beradik!


Tak payah lagi amik gambar di gigi air macam ni.
Boleh berendam terus kan?
Haaa.. pantai timur selalu banjir kan!
Nanti boleh ambil gambar masa banjir dari jarak yang lebih dekat.
Tidak perlu risau akan air terkena kepada kamera

Memang lah sesuai saya bersama
Sony TX5 World’s Slimmest Water-proof Camera, ni.
Bagai pinang dibelah dua.
Diulangi..
bagai pinang dibelah dua..


Kalau ada Sony TX5 ni lagi laaa best!
Tak payah ambil gambar jauh-jauh lagi masa mandi sungai macam gambar kat bawah ni.
Bersuka ria bersama keluarga sambil simbah-simbah air!
(rindu betul!)
Kalau ada Sony TX5 ni
Tak payah dah nak bising,
"Weiiii, icah! Weiiii, imah....
kamera aku tu ko pegang elok-elok..
Jangan kang jatuh pul
ak kang"
hahahahha


Rekabentuknya yang nipis halus mulus
semakin membuatkan saya teruja.
Boleh simpan dalam poket je, beb!


Selain itu, Sony TX5 World’s Slimmest Water-proof Camera ini
juga sangat hebat dari segi function yang lain.


Saya pernah guna BenQ, Sony dan Samsung punya digital camera.
Tapi, kalau tanya pendapat peribadi
jenama Sony Cybershot memang hebat antara tiga tu.
Ambil gambar lebih cantik walaupun 3.2mpixel sahaja.
Cara pengendalian pun sangat mudah.
Kalau nak setting apa-apapun senang je tak yah baca manual.
User friendly laaa..


Tapi Sony TX5 ni adalah 10.2mpixel oi...
Gilek tak gilek..
Kalau 3.2 pun dah elok, 10.2 apatah lagi kan..
Ini yang buat saya makin termimpi-mimpi ni.


Lain-lain tentang digital camera ini:


Handheld Twilight:
kebolehan untuk mengambil gambar yang tajam (sharp) dan bersih (clean)
walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang walaupun tanpa flash!
Ini memang superb laaa wei!

25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens:
lens yang ini memang bagus!
Saya kalau dengar Carl Zeiss ini, uiii punya teruja!
Sila check kat wikipedia laa ape makanya eh..


Takes 10 photos in 1 second:
Laju-laju dia amik gambar kita.
Makna kata adik kakok (ehhhh.. tiba2 ubah slang)
kalau duk melompat tu, masa tengah dok melayang kat udara tu,
boleh capture laaa..
Tak blur!



Lain-lain hal, boleh click kat gambar bawah


untuk basic features:

main features:
dan user interface:
Takpun click kat link saya dah bagi siap-siap ni...


Huii..
Sangat hebat!
(Sambil kesat air liur)
Merah, Pink, Silver, Hitam, Hijau!!
Apa? Hijau??
Mana? Mana?


Oh...... malam ni mesti dok mimpi ni!
Saya mahu! Saya mahu! Saya mahu!.
Sesuai sungguh dengan warna kereta saya.
(Berangan: Kalau saya dapat nanti, saya akan posing bersama kamera dan kereta)


Nak match kan dengan ini..
Gilek aaaaah..
Meleleh wei tengok mendalah ni...

Korang pulak nak warna apa?

Jom berangan sambil click sini jom!


heheheh