Pembaca Blog Ini...

Monday, November 17, 2008

Kesibukan itu



Beberapa minggu kebelakangan ini, saya memang lah tersangat sibuk.

Kesibukan teramat sangat sehinggakan saya tidak dapat mengarang entri baru.
Kesibukan yang membuatkan saya tak dapat nak memasak lauk istimewa buat suami saya..~mungkin lebih berupa "alasan"!!!

Kesibukan yang menuntut saya pergi ke pejabat walaupun pada hari minggu..

Kesibukan yang membuatkan saya sering termenung memikirkan kesibukan kesibukan tersebut..

Kesibukan yang kadangkala membuatkan saya sering tidur lewat dan bangun awal pagi..

Kesibukan yang kadangkala membuatkan saya tidur awal dan bangun lewat pula.. hehhe

Pendek kata, kesibukan yang melanda menyebabkan saya menjadi tak tentu hala...
Rumah bersepah-sepah tanpa pengurusan yang sepatutnya..(tak sempat kemas)

Dapur berminyak-minyak, belengas-lengas.. (tak sempat lap)

Baju berbakul-bakul tanpa disumbatkan ke mesin cuci.. (tak sempat)

Peti ais yang kosong tanpa sebarang lauk basah..(tak sempat pegi pasar)

huh.. mujur ada "Ketua Kebersihan" yang sudi turun padang membantu ahlinya.. Saya amat bersyukur kerana suami saya seorang yang ringan tulang dan rajin ke dapur.. hehhehe

hahahha

Sebenarnya bukanlah seteruk itu.. Sekadar ingin menambahkan unsur-unsur dramatik dalam entri kali ini..

Saya memang sibuk, maklumlah sekarang kan dah hujung semester.. Saya mesti menghabiskan silibus subjek saya.. saya kene buat "extra class" untuk memantapkan lagi kemahiran pelajar untuk subjek yang memerlukan latih tubi.. Itu yang saya mesti buat all out tu..

Sebenarnya juga, kalau saya update sedikit entri masih sempat lagi, cuma saya kekeringan idea nak dikongsikan bersama..

InsyaAllah.. untuk 2 atau 3 hari ini saya kembali lapang dan ada sedikit masa terluang untuk berfikir dan mencari idea..

No comments: