My bos (EI) baru saja col saya dan bagitau tentang jawatan **********
EI: Noreni, kawe dah bince d mesyuarak satni,namo demo naik jadi ******
Me: What is it?
EI: Program Diploma yang akan ditawarkan oleh bla bla bla... ni program dalaman aje bukan usahasama.
Me: Do you really think that I can do it?
EI: Kawe yakin dengan demo. Nanti gaji tu ada laaa kenaikan dan elaun-elaun tambahan.
Me: It's not really about allowance or what not.. I just worried about the responsibility.. I already have 4 papers to cover next semester...
EI: Oh, dok sah bimbe la.. Kalu ada gapo gapo demo buleh refer ke kawe laaa..
Me: So, when it will start?
EI: Program mulo bule 6 tapi, documentation nok g anto kat Kementerian dan LAN bule 2 belako. Contoh ado dah. Demo kene wak proposal sket la Noreni (easy to him to called me Noreni rather than Noraini). Proposal hok mudoh-mudoh jah...Nanti kawe mitok HR buat surat laaa...
Me: dalam hati....((oleh kerana, EI sudah susah payah dan saya memahami kepayahan nya saya pun terima aje la jawatan itu. Tapi, ia bukanlah berkenaan dengan jawatan, gelaran atau pun kenaikan gaji, elaun dan sebagainya... Ianya lebih berkaitan dengan tanggungjawab yang akan saya galas nanti))
EI: Hello, Noreni....
Me: Yup...
EI: So perkaro lagi, kawe nok mitok demo amik so lagi paper ECO untuk program Sijil... Notes dan rujukan ada ngan Afzan belako. Demo amik nge dio la.. Tapi, Sijil ni start bule 3.
Me: Ok.. but, do you think that "operation management person" like me really good for teach economic even for the basic one?
EI: Dak apo.. Demo tra loh..
Me: What tra??
EI: Cubo laaa..
Me: Oooo..try??
EI: ho lahhh..
Me: Ok EI..
EI: terimo kaseh ye Noreni..
Me: Sama-sama...
Semakin bertambah beban kerja semakin sibuk lah kerja saya. Sekaligus ia memaksa saya ada di pejabat lebih lama dari biasa walaupun masa dan waktu kerja saya adalah fleksibel..
1 comment:
Molek lah tuh!
Pandanglah pertambahan kerja dan tanggung-jawab itu sebagai suatu peluang untuk:
(1) Belajar dan menambah pengetahuan demi meningkatkan syaksiah diri serta meningkatkan peluang kejayaan
(2) Menonjolkan diri sebagai pensyarah yang lebih dinamik dan cemerlang.
Peluang belajar ini akan menambah peluang untuk maju dalam profesionalisme, dan kemahiran itu akan membolehkan kita meningkat dalam kerjaya. (Nota: Dan tidak semestinya kerjaya di tempat yang sama nanti...)
Post a Comment