Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 4, 2009

Bukan duit kita....

Sayang, berapa tukang rumah amik untuk buat rumah kat kampung tu?

Katanya RM50 sekaki persegi..

Wah, mahalnya.. Kos nya RM50k saja ye, sayang?

Mengikut katanya, begitu lah.siap upah beli barang, upah pelan bla bla bla....

Kalau macamtu, kita kena "stand by" khemah lah, sayaaaaang.....

Untuk ape pulak, bang??

Suami saya memulakan hujahnya....

Kita nak buat tempat tidur anak cucu nanti..
"Dengan kos buruh dan keadaan harga barang sekarang ni yang, RM50k tak cukup untuk kita buat rumah yang akan kita duduki selepas kita bersara.. Rumah kita sekarang ni pun, berapa dah kosnya.. Ini pun kita dah rasa sangat sempit dah kan.. Ini rumah lama.. Dulu barang tak mahal...

Ini baru dua orang ni, yaaaang.. Nanti nanti bila kita dah beranak cucu, mestilah nak balik jenguk kita kan? Dah tu, cuba sayang fikir..dengan rumah satu atau dua bilik.... ruang tamu yang sangat kecil...cuba sayang fikir sendiri laaa... Nanti karang kalau diorang tak mau balik dengan alasan rumah papa sempit laaa.. mama tak buat bilik tidur lebih laa..apa kita nak jawab... time tu kita mana ada duit lagi nak tambah rumah.."

???? ~~ saya keliru.. siapa yang nak buat rumah ni sebenarnya..

Tapi, betul juga kan.. Masa depan selepas tidak bekerja lagi, anak cucu lah yang akan menjadi tempat kita berkongsi kasih sementara kan.. Apalah yang ada pada harta benda kalau anak cucu semua malas nak balik jenguk kita kan, bang???

Ini bukan rumah yang hendak dibina itu.. ini sekadar ilustrasi sahaja.. hehehhe


Suami saya menyambung hujahnya..
"Bagi abang lah kan, yang.. Kalau kita sekali buat, baik kita buat puas hati. Bukan nak bermegah2 buat rumah besar bagak.. Tapi, buat sekadar yang cukup dan selesa.Selesa ni bila kita dah beranak cucu ni bukan selesa pada kita aje.. Tapi, pada anak cucu kita juga.. Selama kita bekerja, kita tak rasa ketidak selesaan rumah kecil sangat sebab kita tak selalu di rumah. Bila bersara, kita banyak habis masa di rumah. Nanti mula lah nampak itu sempitlah, barang bersepah lah.. rumah tak berkemaslah.. padahal rumah kita tu memang sempit.. tak sesuai dengan kapasiti"

Entahlah, bang.... kita nak buat macamana.. Bukan duit kita..

No comments: