Untuk pengetahuan, saya bukanlah seorang yang pandai masak sangat.. tapi, boleh lah, setakat goreng2 dan yang mudah mudah..dan, saya pun bukanlah seorang yang rajin sangat nak masak..Tapi, untuk minggu ini "angin rajin" saya sudah datang...dan saya bercadang untuk balik kerja awal sedikit dari biasa dan beeeeeertekaaaaaad untuk masak khas buat suami saya yang tercinta sepanjang minggu ini..Kesian pula kat dia, dah lama tak tambah nasik.. ahahahha.
"Semoga angin rajin ini akan kekal buat selamanya!" mungkin inilah doa suami saya setiap kali dia habis solat kan kan kan..hehhe
Jadi, semalam..saya masak laaaaa....
Saya masak ikan bakar..
(selalunya, resipi saya tanya pada mak saya, maklumlah saya mana pandai masak sangat. Kalau tak pun, saya rujuk pada fotopages kak hanieliza. banyak resepi terutama dari pantai timur. Suami saya gemar kan masakan pantai timur.. yelah, dia kan asal pantai timur..)
gambar ini pun saya amik dari fotopages kak liza.. terima kasih lah kak liza sebab memudahkan kerja saya.. heheh
Tapi, tak bakar sangat laaa sebab daun pisang tak dok..tak ingat nak ambil kat rumah abah.. kertas warna perak tu pun, mana ada kat rumah saya.. (maklumlah saya kan "raaaaaaajiiiinnn" masak) jadi saya buh alam kuali dengan minyak yang minima laaa..nasib baik jadi..hikhik..
dan sayur lemak..
Walaupun masakan saya mungkin tidak sesedap masakan emak, dan tak secantik seperti yang digambarkan dalam fotopages kak hanieliza...
Namun...
Suami saya tetap makan dengan penuh selera...(dia memang sentiasa selera pun)
Mujur suamiku tidak cerewet bab makan..
Apa saja yang saya masak, dia bedal..
Sedap pun dia kata sedap.. Tak sedap pun dia kata sedap..
hehehhe..
4 comments:
sedap ke tak sedap,yg penting air tgn isteri kann? ;)
mesti suami suka sgt2 tuu..cuma malu nk cakap hehehe...
hehe..
dia malu nak cakap sebab sedap sangat ke atau malu nak cakap sebab tak sedap..
atau dia tak sampai hati???
apa2pun, kalau dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang yang tak sedap pun akan jadi "sedap" di hatinya...hehhe
Untuk menjadi seorang yang serba lengkap (wholesome person, kata orang Inggeris) kita kena handal dalam banyak bidang, terutama sekali:
1) sosial - interaksi dengan segala lapisan masyarakat (tua, muda, lelaki, wanita, kanak-kanak, orang besar, orang kecil...)
2)kerjaya - sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas
3)belajar dari ayunan sampai ke liang lahad - jadikan amalan sentiasa menpelajari perkara baru setiap hari--baca buku, internet, dengar radio atau menonton filem dokumentari (kalau menonton cerita - belajar buat plot cerita..)
4) rumah-tangga -- memasak, menjahit, mengemas rumah, dan sebagainya
5) politik dan siasah - tempatan dan global --- analisa ringkas berita
..oh ya..satu lagi:
(6) Menulis --- kalau orang OKU yang cacat penglihatan pun boleh menulis takkan kita yang sempurna fizikal dan akal fikiran ini mempunyai alasan lagi>> sila baca link ini:
http://annyss.blogspot.com/2009/01/pengarang-dua-dunia-pulang-ke.html
Post a Comment