Saya nak cerita apa puncanya lebah durjana itu menyengat dengan garang sekali..
amboi2.. tersenyum simpul lebah ini ye!!! kaum kerabat kau telah sengat keluarga aku yang tidak bersalah tau!!!:)
Adik ipar dan abah cerita, mereka sedang jogging di kawasan itu..
Ada seekor helang terbanh rendah di atas kepala mereka..
Kemudian, ada tiga ke empat ekor lebah datang hinggap di muka mereka..tapi, belum sengat lagi.. bari hinggap saja..
Abah rasa geli laaa abah tepis dan jentik 3 ekor lebah itu..
Tiba-tiba mereka terbau seperti bau madu..manis aje.. Bau madu lebah..
Kemudian datang lah segerombolan lebah yang garang ,menyengat.. Abah saya suruh adik ipar saya pergi berlari mendapatkan pertolongan..
Abah kata, kemungkinan burung helang yang terbang rendah tadi telah mengganggu sarang lebah itu. Kebetulan pula, abah dan adik ipar saya berjalan di situ, maka mereka lah yang menjadi mangsa keadaan..
PAda ketika itu, suami saya baru sahaja meninggalkan saya di kereta dan mendapatkan abah yang sudah jauh ke hadapan.. (masa ini dia belum tahu lagi abah kena lebah) sebab saya dah tak larat dah nak round.. Menurut suami saya, dia melihat adiknya terguling-guling di jalan.. dia pelik, dan berlari mendapatkan adiknya..
Suami saya suruh adik ipar saya lari ke arah saya dan suruh saya bawa kereta ke arah mereka..
Kemudian, suami saya pergi berlari mendapatkan abahnya (masa ini suami saya belum kena lebah lagi)
Bila suami saya menghampiri abah, suami saya pula terkena sengatan.. Suami saya tak tahu nak buat apa.. Dia buka selipar dan menampar2 lebah itu dengan seliparnya.. Kata prang semakin ditampar, makin banyak lah kawan2 lebah itu datang.. tapi, ketika itu, banyak sangat dah lebah tak kan nak biar aje ia menyengatkan..
itu lah puncanya..
Puncanya, mungkin helang itu yang kacau sarang lebah untuk menghisap madu dan kebetulan pula, abah dan adik ipar saya lalu di kawasan itu. Maka, mereka lah mangsanya.. Suami saya pula, hanya ingin menyelamatkan abahnya sahaja.. Tapi, dia juga terbabit juga..
Suami saya sudah boleh keluar hospital tengahari semalam.. Malam tadi dia bercerita detik2 cemas itu dari awal hingga akhir.. Suami saya kata, dia sedih sangat masa tu sebab dia tak dapat nak buat apa-apa untuk selamatkan abah..
Syukur, saya tak larat masa tu nak sambung jogging.. Kalau tidak, entah macamana pula kan..
Syukur, abah sudah ok.. Tapi, abah kena duduk di hospital untuk 2 malam.. InsyaAllah tengahari ini sudah boleh keluar..
Alhamdulillah..
1 comment:
tu la nsb baik la ain tak larat nak lari kan..klu join sekali entah apa la jd kat ain..n saper la yg drive keta tuikan..
aik helang pun mkn madu erk :D
Post a Comment