Pembaca Blog Ini...

Sunday, February 1, 2009

Kalau ikutkan hati, saya nak berhenti kerja.....

Tapi, kalau saya berhenti...

-sape nak bayar ansuran kereta saya? Suami saya duk sibuk ngan kete dia aje..

-sape nak layan keinginan saya terhadap perkara kegemaran saya?.. baju, kasut,
tudung? Suami saya boleh lah nak tanggung sikit-sikit.. Tapi, mana cukup?... hihihihi..harga barang mahal oooo sekarang...!!!!!

-sape nak isi akaun cimb saya dengan jumlah sama dengan yang saya dapat sekarang? silap-silap cimb saya akan tidak aktif nanti..!!!

-sape nak mencarum untuk saya dalam KWSP? suami saya?? huh....

-apa saya nak buat duk rumah pagi ke petang dan membawak ke malam? Semalam saya MC sehari pun, saya dah bosan tahap cipan kene strok... Haduh laaaa.... macamna pula kalau saya memang tidak bekerja? Saya akan keras kebosanan di rumah.

-sape nak tolong saya mengemas rumah, masak dan lain-lain.. Suami saya sekarang rajin menolong sebab saya pun bekerja membantu dia menambah pendapatan keluarga. Kalau saya tak kerja, saya rasa ada potensi beliau akan menyerahkan semua tanggungjawab di rumah kepada saya 100%, sebagaimana saya menyerahkan 100% urusan mencari pendapatan kepadanya sekiranya saya tidak bekerja..

-sape nak sponsor saya menunaikan fardhu haji sekiranya saya tidak ada wang simpanan KWSP? Saya berkira-kira saya akan menunaikan rukun Islam itu dengan menggunakan simpanan KWSP saya. Walaubagaimanapun, saya berdoa agar dimurahkan rezki supaya saya dapat pergi sebelum 50 tahun... ~Amin..

-Yang paling penting sekali, apa gunanya saya belajar penat-penat, habiskan duit mak ayah, perabis sumber kerajaan menaja biasiswa saya kalau saya duk melangok jadi surirumah kat rumah?? Bak kata kawan saya yang tidak bekerja, "aku gantung ijazah aku kat dapur aje laaaa, ain!!" Mungkin bagi kawan saya itu, dia bahagia dengan kehidupannya, tapi...saya tidak begitu...

Walau suami saya mampu mengadakan segala yang saya minta pada hari ini, saya TIDAK AKAN berhenti kerja kerana contoh sudah ada depan mata. Bagaimana kehidupan yang indah dan bahagia tidaklah selamanya kekal.. Masa depan nanti kita takkan tahu apa akan terjadi.

Walau saya letih, terpaksa bekerja dan membebel setiap hari di depan pelajar2 yang entah kah faham entahkan tidak apa yang saya bebelkan, saya tetap akan cekalkan hati...Wanita juga perlu ada kerjaya di zaman ini.. Kerja dapur bukan tugas mutlak wanita, tetapi, tugas mencari nafkah untuk keluarga adalah tugas mutlak lelaki.Wanita hanya sebagai pembantu..

Jangan dah terhantuk baru nak terngadah...

5 comments:

Imran Yusuf said...

Kalau nak berhenti juga, perlu tulis banyak buku, sehingga royalti yang diterima dalam setahun menyamai atau lebih daripada pendapatan tahunan dari kerjaya sekarang, DAN mesti secara berterusan, tahun demi tahun, sehingga umur bersara.

Selain menulis, boleh buat kursus mengajar penulis-penulis baru.

Lihat perkembangan projek 'Lego' - tenguk royalti dan potensi penulisan dan kemahuan untuk maju seperti Ain Maisarah, Kusyi Hirdan dan Puan Ainon.

Anonymous said...

Jangan sekali-kali berhenti bekerja. Tukar sahaja kerja. Tukar sumber pendapatan.

Tukar kerja bukan kerana kerja sekarang tidak menyeronokkan.

Tukar kerja sekarang dengan kerja-kewrja baru sebab kita mahu buat kerja-kerja yang lebih menyeronokkan!

~ain said...

Sekadar untuk memberi motivasi dan memujuk hati yang sedang dilanda kerja-kerja yang memenatkan... Tapi, memang tidak ada kerja yang tak penat!!

Tie HT said...

betol tu noraini..mane ade kerja yg tak penat.cuma beza pada tahap stress n komitmen..kerja sendiri lebih bagus..

zh-ena said...

betul betul betul

jgn la berhenti kerja..ena pun mungkin mati kekerasan kat umah klu tak bekerja..mmg penat skit tapi tu la tempat kita hilangka rasa tekanan yg kita alami di rumah..

lg satu dgn dptnya gaji kita blh buat suka2 hati ngan duit kita..klu tak bekerja tggu ajer la duit nafkah dr suami..

sokong wanita yg bekerja :D