Pembaca Blog Ini...

Sunday, February 1, 2009

Hidung Tersumbat di Hari Minggu

Saya mengalami batuk, selesema, hidung tersumbat..terbersin berjuta kali...

Dan saya telah menghabiskan sekotak tisu di rumah saya...

Semalam, saya bangun pagi aje (tak pagi sangat laaa)..

saya pening satu badan (eceh, pening boleh satu badan ke?),

saya kuar bilik tidur,


saya tengok suami saya dah tersengih2 tengok saya (pasal apa dia sengih2?.. hikhik tak leh bagitau, rahsia!!!)

Kemudian, saya akan tanya kat dia "abang, kenapa abang tak kejut orang?"

Dia akan jawab "buat apa nak kejut, bukan nak pergi mana-mana pun"

Saya pun tolak2 sikit suami saya, then saya baring sebelah dia (padahal sikit punya luas ruang tamu tu, masih nak tolak2 jugak...ntahapahapa)

Itulah kebiasaan kami di hari cuti...kalau tak de perancangan apa-apa memang kami akan lepak2 saja di rumah...

Saya kan pening dan tersumbat hidung, jadi suami saya tanya "nak maggi sup? abang buat?" (eceh, sudah terbalik kod dah ni)

"Nak, nak, nak... taruk bawang, taruk sosej sikit, taruk telur dan taruk sayur sikit, boleh?"

"Boleh...."

Wah, kalau macamni selalu kan best!!! Boleh lah saya duduk rilek.. Dah lah bangun lambat, duduk terbongkang sampai tertidur semula...

2 comments:

ZH - Ena said...

pening ada makne kot

norainiammran said...

pening taktau lah ada makna ke tak da makna.. ahahhahahaks...