Selalunya saya akan rindu mak saya, tapi sebab mak saya datang dah kan..
saya rindu pada mereka ini.....
Mereka ialah anak murid saya semasa saya mengajar di tadika..
Sebelum saya mendapat kerja yang sesuai selepas habis belajar dulu, saya pernah kerja sebagai guru tadika..
Lama juga saya jadi guru tadika..
Walaupun, bayarannya tidaklah sebanyak mana ..namun , saya rasa sangat puas dan sememangnya sesuai dengan jiwa saya.
Sejak dari itulah saya sedar yang saya memang dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik.. Ramai yang 'memandang sebelah mata' ketika saya yang grad u ini kerja sebagai guru tadika.. Tapi, sejujurnya sehingga kini, masih tiada kerja yang pernah saya buat seseronok dan sehebat ini..
Saya rindukan telatah mereka..
Saya sangat -sangat rindu....
Alangkah indahnya...
kalau setiap pagi, saya masih dapat melihat mereka berlari-lari mendapatkan saya di depan pintu pagar tadika.. mereka akan salam dam cium tangan saya..
Kalau lah saya masih dapat mendengar mereka berkata-kata, "wah, kete merah cikgu Ain pakai enjin turbo!!"
lucu dan menghiburkan walaupun kete saya bukanlah enjin turbo sebenarnya!!..
ini gambar si kembar... tapi tak seiras.. geram saya!!! belakang tu lah "kereta saya yang dikatakan enjin turbo" .. hehehe
Seandainya saya masih dapat membimbing mereka mengambil wuduk sebelum mula waktu pembelajaran..
Mereka akan baca doa ambil wudu' dan ada yang basah2 baju kene air.. sangat comel..
Jika saya masih dapat menghafal beberapa lagu kana-kanak sepanjang saya mengajar di sana.."gajah..gajah.. gajah...leher panjang...!!"
Masih dapat melayan mereka di hari sukan tadika...
Saya masih rindu untuk ajar mereka mengira, ada yang mengira.. sebelas, dua belas.......... lapan belas, sembilan belas.... SEPULUH BELAS... Aahahhahaha.. Sepuluh belas instead of dua puluh.. sangat kelakar dan menghiburkan...
Saya masih sayang mereka..
Walaupun masa sudah berlalu, saya masih sayangkan mereka...
Perlakuan mereka adalah sesuatu yang sangat ikhlas dan mereka sememangnya tidak akan ada niat lain amat saya rindukan..
Sesungguhnya, mereka tidak pernah menyakiti hati saya.. kanak-kanak adalah ibarat kain yang putih dan bersih, kan?
Pada masa ini, mungkin mereka ada yang dah darjah 4 ... seingat saya lah.. sekarang di tadika itu, sudah tiada lagi anak murid saya sebab semuanya dah masuk sekolah rendah..Kepuasan yang amat sangat dapat dirasai apabila mereka pandai membaca dan menulis sebelum meninggalkan tadika... Alhamdulillah.. berbaloi apa yang saya lakukan untuk mereka..
Tetapi, kalau saya bertembung dengan mereka di pasar malam, di giant atau di mana-mana2, masih ada yang ingatkan saya...
"eh mama..., itu cikgu Ain!!"
Saya sangat terharu, walaupun mama mereka dah tak ingat saya dah..!!
Cukuplah sekadar mereka mengingati saya sebagai "Cikgu Ain"
No comments:
Post a Comment