Pembaca Blog Ini...

Thursday, March 26, 2009

Ikea oh Ikea

Lama dah saya tak ke Ikea.. Kali terakhir sebelum kawin dulu. Sudah lebih setahun. Pagi tadi, suami saya ajak ke Ikea. Sebelum itu, beliau sudah berpesan,

"Tengok-tengok saja ye. Tak boleh beli apa-apa,"

"Ok,"

Sebabnya, kami belum bergaji lagi. Jadi, budgetnya terhad laaa kan... Saya akur lah.. Lagipun, saya bosanlah duk rumah. Bengkel peperiksaan habis awal pula.

Tetiba, dapat idea nak ajak mak. Mak kan tak pernah ke Ikea sebab tiada sesiapa yang nak ajak mak. Mak bodek-bodek ayah.... Jadi, selepas ambil adik bongsu saya dari sekolah agama petang, kami pun berangkatlah.

Eceh.. macam mahu pergi jauh pula.

Jalan-jalan saja.

Tapi, tiba-tiba terbeli 3 benda. Penyangkut tudung, cermin muka yang untuk bubuh atas meja dan acuan buat aiskrim itu (tiada dalam gambar, sebab dah duk dalam peti ais)..
Jumlah yang perlu dibayar adalah kurang dari RM50/=.. Hehe.. sangat terhemah kan?? Ahakssss.....

Namun, setelah itu, saya tersangat berkenan dengan beberapa item untuk rumah kami seperti

sofa 2 seater yang sangat simple dan sesuai dengan dekorasi rumah kami,

dan

sebuah coffee table yang sangat classy..

dan

cermin yang macam dalam bilik icah
(saya beli masa anak dara dulu, sekarang takkan lah nak angkut semula bawa balik rumah saya, kan),

dan

carpet yang macam bulu lembu tu,

dan bla.. bla.. bla.. (banyak pula dan..dan..dan..)
Macam-macam lah mahunya, kan??

Kami bincang-bincang, suami saya kata,

"Ok, sebab hari ni belum gaji lagi dan kereta tak muat, esok kita datang lagi. Kita beli lah apa yang sayang nak. Kalau tak, nanti kempunan pula! Tapi..."

"Alaaa.. ada tapi nya juga?"

"Mesti muat kereta untuk dibawa balik ke Terengganu!"

"Ooo..." sambil sengih-sengih saya menjawab.

"Mesti tak sabar nak tunggu esok, kan..?"

5 comments:

Bibi Intan Suraya said...

love IKEA too...;)

mslvoe said...

esok leh shoppin lagi. yeahhhh

dear, sha beli buku tu arini. xsabar nk baca. thanks for sharing yea

zh-ena said...

lam tul dh tak g IKEA..

~ain said...

Tulip.. Best kan kat Ikea. Bila dah masuk situ, rasa tak mau balik!!! hik hik hik..

Sha.. dah shopping dah. Puas hati la, walaupun ada beberapa ite yang terpaksa tidak dibeli 'due to the budget and space constraint' hihi.. Terlepas tengok SPA Q episod akhir!!!

~ain said...

ena.. best kan shopping di Ikea.. Sementara takde anak ni lah dok penuhkan barang rumah, bila dah ada anak, perbelanjaan akan tertumpu secara automatiknya kepada keperluan anak kan??