Saya memang terfikir hendak memiliki polisi insuran yang bersesuaian untuk diri saya. Akhir tahun 2007, saya ada membeli polisi insuran dari seorang agent. Tapi, oleh kerana kesilapan teknikal yang tidak mahu saya war-warkan di sini, polisi itu telah dibatalkan..
Sejak itu, saya memikirkan yang saya ingin membeli sebuah polisi insuran lagi. Sejak berkahwin, kami suami isteri telah berbincang dan merancang untuk memiliki polisi insuran masing-masing.
Kami merancang apabila kami ada anak nanti, kami akan melengkapkannya dengan polisi yang bersesuaian.
Cumanya itu lah kan manusia. Kami hanya berbincang bincang dan terus berbincang.. Tanpa ada tindakan.. Hampeh kan?
Namun, selepas kes disengat lebah tempoh hari, kami insaf lah sekejap.. Insaf betapa kita manusia tak kan tahu bila kemalangan akan menimpa hidup kita.. Takkan kereta je nak kita bayar insuran beribu-ribu, tuan kereta kalau kemalangan takde apa-apa ke kan? Tak logik lah sayang kereta, tapi tak sayang diri sendiri kan? (tetiba.....)
Jadi, suami saya ada bertanya dengan jiran kami yang merupakan agent insuran juga. Tapi, bila diselidik polisi itu ada unsur-unsur riba'. Jadinya, untuk mengurangkan riba' dalam kehidupan kami, kami mengambil keputusan untuk menangguhkan hasrat itu sementara mencari @ survey-survey polisi insuran yang lebih sesuai..
Sudah lama bertangguh hasrat ini, sejak malam pertama pernikahan kami lagi kami dah berbincang tentang hal ini tau... ada ke orang bincang hal ini di malam pertama? malam pertama tarffic light merah ok..!! heheh.
Kebetulan pula, dalam pencarian kami itu, ada sepupu saya yang baru dapat anak kembar tu pulang ke Melaka tempoh hari, merupakan agent EtiQa Takaful.. Punya lah lambat lembab kami mencari (cari-cari ayam je sebenarnya)
Akhirnya, terus kami ambil keputusan untuk beli lah polisi ini.. Bagus tau.. Tanpa riba' (entah-entah semua orang dah tahu, kami je belum tahu lagi)
Sekembalinya saya ke laman blog, saya lihat cik tulip sudah update. Rindunya saya hendak mendengar berita dari beliau. Saya membaca entry terbarunya.. Baru saya sedar akan kepentingan kami bertindak cepat untuk memiliki polisi insuran sekaligus medical card ini memandangkan kita tidak akan tahu bila kita nak sakit dan masuk hospital kan..
Lagi seperkara, kalau kes penyakit kronik di rujuk ke pakar kerajaan, mungkin makan masa yang lama untuk diambil tindakan. Kena tunggu giliran la kan... Tapi, kalau kita ada medical card ni, kita bleh cepat dapatkan rawatan dan bayaran di hospital swasta telah dibiayai oleh pihak insuran..
tiada unsur riba'
cara menyimpan wang yang berkesan
ada pelbagai jenis polisi..
siap dengan medical card..
sumbangan seminimum RM100 sebulan
untuk anak-anak belajar pun ada..
kalau anak-anak cemerlang dalam peperiksaan pun dapat ganjaran juga..
dan macam-macam lagi faedahnya..
Bagus tau..
Kalau sesiapa yang masih belum memiliki polisi ini, haruslah cepat-cepat bertindak sebelum terlambat..
Boleh hubungi sepupu saya:
Khairul di 012-3046234
atau.. boleh juga cari agent EtiQa Takaful yang lain.. Saya mahu menekankan di sini betapa pentingnya insuran itu sebenarnya..
Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah..
Wallahu a'lam..
Nota Kaki: Saya sudah mencapai 'wish list' saya yang satu lagi.. Alhamdulillah..
3 comments:
ena pun dh amik..baru jea bln lepas msk..kami 3 beranak amik..risau gak takut apa2 yg tjd nnti kita gak yg menyesal dikemudian hari kan..
sama la kita erk..
Ye ena..
Memang penting. Masa depan kita tak tahu macam mana.
Betul tu..medical card memang penting sangat..saya ambik PruBSNTakaful. Coverage RM750,000. Pampasan kematian 50K, Penyakit kritikal RM30K, Kemalangan RM100K, elaun hospital RM400/day. Hari tu claim pun senang. memang puas hati. Ni no.tepon kawan saya 013-4361805 kalo2 ada yang berminat.
Post a Comment