Pembaca Blog Ini...

Saturday, March 14, 2009

Kenduri Ule…


Kami telah pergi meraikan majlis perkahwinan kawan suami saya..

Ini pengantin lelakinya, Encik Ule..

Nama penuh nya saya tak tahu sebab suami saya selalu panggil dia Ule.

Dukacita dimaklumkan bahawa, saya Cuma sempat ambil gambar ini sahaja dek kerana terlalu lah ramai tetamu yang datang..

Kalah anak menteri si Ule ni.

Berpusu-pusu orang yang datang sehingga kami tidak dapat makan pun..

Ahahahah..

Kami malas nak tunggu lama-lama. Duk tercogok kat situ, kerusi meja, khemah tak cukup. Dah tu hujan pula. Hajat di hati nak naik tengok pengantin bersanding, tapi leceh lah kang bukak selipar, kena pijak dek orang pula. Habislah kotor selipar.

Kami balik awal lepas bersalam-salam, Bagi hadiah dan tunjuk muka. Yelah, muka harus ditunjuk sebab Ule ni datang majlis kenduri kami dulu. Jadi, sebagai balasan lah kan..

Lalala.. kemudian, kami berdua mahu ke satu tempat yang istimewa untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama!!

No comments: