Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

Turut merasai

Minggu lepas. Rabu. 3.00petang.

Saya tengah lipat kain baju. Tak banyak. Hanya sebakul.

Tiba-tiba dapat wassap dari Ikin, "Korang.. doakan adik aku Iqbal. 50-50 dah ni..."

Terderau darah. Tapi, rilek lagi. Siap reply.. "InsyaAllah, kin.. takde apa2. Iqbal akan ok ok aje..."

Terus lipat kain. 10 minit lepas tu..

"Dah byk kali buat CPR..."

Kali ni terkedu kejap. Mata terkebil2 pandang skrin hp. Jari duk scroll merata. Tak tau nak respon apa. Lastly...

"Dah habis..." -ikin

Dalam hati, "Ya Allah ikin oi... habis apa plak ni?"

Pastu blablablabla... sah! Iqbal dah takde...

Aku kenal ikin dari form 1. Umur 12 tahun. Sekarang dah 33 tahun. Kiralah sendiri berapa lama. Kitorang mmg rapat gila babun. Aku takde kawan lain serapat ni. Kitorang ada grup lah. Memang saling menjadi support system antara satu sama lain. Aku kenal family dia. Dia kenal family aku. Sebut je adik yang mana, kita kenal masing2..

Bila keluarga dia ditimpa musibah.. diuji Allah sebegini. Aku turut terasa. Tambahan lagi kehilangan yang tiba2. Aku sangat berharap agar ikin satu keluarga tabah hadapi ketiadaan Iqbal. Walaupun skrg tinggal Ikin dan Uyun aje, aku doakan makcik Sarah dan pakcik Termizi kuat menghadapinya.

Alfatihah untuk arwah Iqbal. Semoga Allah merahmatinya.
1985-2016

Thursday, May 28, 2015

Wassap Berasap

Sejak ada apps WhatApp ni sms memang jarang-jarang sangat dah. Apa apa hal suruh wassap. Nak tanya apa-apa, meh wassap.. Mak ayah tuk nenek semua masuk wassap group. Oh, tetiba ada 10 group wassap. Pening bunyi treng treng treng. Nasib baik boleh off notification setahun. Hahahaha

Sambil wassap kawan2 sekolah, oh.. Bukan semua kawan sekolah. Geng masa sekolah dulu lah. Geng yang sama sama duk ngelat masa prep. Dalam kelas sama sama sibuk tidur sambil salin nota. Geng yang sama sama.kalah main netball. Geng sama sama panjat pagar asrama nak beli kerang bakar.. Hahaha.. Tulis byk pun tak guna sebabnya hal sekolah ni geng geng sekolah je yg faham bila kita buat throwback..

Sambung cite.. Masa saya duk sesaja teringat geng geng masa kat UiTM Shah Alam (2004-2006). Kitorang sewa rumah flat 'lawa gila' kat Seksyen 6 area balai polis. Hahahaaaa..

Geng yg study sama-sama. Pastu lapar memalam, pi goreng cekodok. Ahaha.. Lepas kelas pi pasar beli lauk,sampai rumah terus masak sbb dah kelaparan. Kalau balik waktu lunch, beli nasi campur kat kedai belakang pasar. Hari hari aku makan ikan keli. Hahaha.. Takde lauk lain ke?

Terkenanglah tunggu bas mini warna pink (takde dah kot skrg) nak pi kelas kalau takde bas UiTM atau bas UiTM tu lambat. Tengah tunggu bas, boleh plak terserempak dengan Wan Maimunah yang pelakon tu.

Hah? Apa lagi? Masa tunggu bas, mata melilau duk tgk mamat emsem tah mana-mana dtg aku pon tak tau. Hahahaha.. Jalan kaki dari kolej lelaki (dah lupa nama) naik bukit tonggek habis sampai fakulti. Lecak abis ketiak tp still steady dan bersemangat waja. Skrg kalau kena jalan kaki pi depan rumah pon dah ngamok!

Kenangan kat UiTM Shah Alam banyak yg dah lupa. Kenangan percintaan suam kuku malu tapi mahu. Bod*h bo**h ajelah. Hahahah.. Malu nak ingat balik. Tapi, takpelaaaa dah berlalu.

Tetiba? Hoi! Apesal tak create grup wassap.ni? Kenapa boleh tak terfikir nak create grup wassap! Kenapa? Kenapa? Ya Allah... Yang sebenarnya, dalam hati sangat rindukan geng rumah sewa seksyen enam.

Ya Allah... Rindu sangat! Tapi, pendam ajelah. Boleh tgk perkembangan kat FB. Bila jarang-jarang update kat FB rasa macam lost. Ye aaaa kan. Beratus ratus kawan kat FB. So, mcm berkecamuk je otak nak keep track. Pastu tak berapa.pandai plak nak ber FB. Banyak msg tak terbaca lah apa lah..

Padahal no hp ada je selama ni. Mustahil lah diorg dah tukar no sbb kenal sangatlah bukan spesis gitu. Saya pun baru dua kali tukar no sbb masalah sim card. Itu pun dah bg no br pada kawan2 yang minta melalui FB.

Terus create grup dan...... Ya Allah! It's work.. Semua pun dah lama tak jumpa. Kenduri kawin diorang pun aku tak sempat pergi. Perkembangan diri selain perkembangan fizikal (kalau ada), pun dah banyak. Semua keenam enam gadis jelita sudah bersuami. Alhamdulillah.. Ada sudah punya anak dan anak-anak. Kalau buat gathering oh alangkah seronoknya!

Nampak macam susah sikit nak direalisasi sebab masing2 ada komitmen keluarga, kerjaya... Kita pun faham kan bukan sikit-sikit komitmen tambah lagi jika ada anak kecik. Susah juga nak expect boleh travel jauh-jauh. Tapi, mesti boleh dilaksanakan... Memandangkan masing2 ada di Selangor, Melaka dan Johor mungkin boleh plan satu percutian ringkas atau kunjungan di hari raya..

Semoga Allah permudahkan dan jalinan ukhuwah ini diberkatiNya. AMIN...

Wednesday, August 14, 2013

20 Tahun Tak Jumpa!


Kawan sekolah rendah.

Rindu!

Cerita lanjut di sini..

Sunday, August 11, 2013

Ena Bebelog Datang Raya

Hari raya  pertama dalam kol 2 petang, saya tengok hp.
Ada miss call dari Ena.
Alamak!!!! Tak sempat angkat. Call balik tapi tak angkat.


Ena call lagi!
Yeay! Ena nak datang raya.


Nasib baiklah jumpa rumah. 
Tapi, tak  jauh dah dari rumah sedara Ena tu.


Ena datang satu keluarga!
Memang dah agak dah sebab mestilah emak Ena ada sebab nak jumpa sedara kat Melaka.


Emak Ena ramah sangat.
Tak sempat saya nak borak ngan Ena, emak emak dah havok borak.
Hahahah
Nasib baiklah! I kan pemalu...
Nerves pu  ada gak sebab ramai orang!



Gambar. Naim! Kenapa buat muka?


 Jejaka dari family Ena.
Hubby Ena dah kurus, kan Ena?


Sekejap sangat Ena datang. Tapi, takpe..
Saya faham. Raya kan.. Memang banyak rumah nak kena singgah... 
Perut pun penuh memasing. ahah


Saya ni tak ramai kawan baik. BFF memang takde. 
Saya kan femalu! Nak borak pun tak pandai sangat. 
Tapi, secara jujur saya sayang Ena sebab dia kawan yang baik. 
Walaupun kenal kat blog je, tapi sanggup datang masa pesta buku bagai. 
Saya sangat appreciate effort Ena dan suami!

Nampak tak Umairah. 
Petah bercakap. Bila tanya, cepat je jawab. 
Hahahah.. Masuk je rumah tanya, "Acik, takde bunga api ke?"
Terus keluar main bunga api tah siapa punya. 


Ena, datang lagi tau!!


Wednesday, July 24, 2013

Semoga Allah Merahmati ....

Semalam (pagi) lebih kurang pukul 9 pagi dapat berita rakan sekerja terlibat dalam kemalangan jalanraya on the way nak pi kerja. Kemudian, rakan-rakan dua tiga buah kereta pergi menziarahi jenazah. Saya tidak dapat turut serta sebab kelas penuh sampai tengahari. 




Terkedu.


Kasihan anak kecil yang ditinggalkan ibunya. Menjadi yatim di usia saya ni pun sudah cukup merobek hati. Inikan pula anak yang masih bayi. Semoga ahli keluarganya kuat, tabah dan pasrah dengan ketentuan ujian dari Allah. Kehilangan yang tersayang adalah perkara paling sedih pernah berlaku dalam hidup saya dan saya memahami rasa itu. 


Giliran kita akan tiba jua nanti. Cuma, kita belum tahu bila.


Semoga Allah merahmati roh kedua-dua mereka dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang soleh. 


Al-Fatihah.


~Ya Allah, tolong ambil nyawaku ketika aku sedang mengingatiMu....

Saturday, February 16, 2013

Gelak Gathering Group GGG


















































Gathering dengan kawan-kawan sekolah Form 1 - Form 4
Sangat happy! 



11/2/2013 -->12/2/2013


Jumpa lagi next gathering!!

Monday, November 19, 2012

Rakan Blogger

Saya ni pemalu orangnya. Tak ramai kawan. Kawan-kawan sekolah pun dah makin lama makin hilang tah ke mana. Kawan se opis ada lah sorang dua yang rapat. Tapi, sekarang dah takde BFF dah. Ada BFF pun dah melukai hatiku ini. So, no need laaa nak ber BFF bagai. Kawan masa senang berlambak. Kawan susah payah gila kot nak cari.. Eh, apa aku merepek plak ni? hehhe


Tapi, saya masih ada kawan lah. Hari tu pi berjimba (sangat) kat rumah kawan blog. Cik abang kata, jumpa baru dua tiga kali tapi mesranya macam dah kenal lama... Entah! Hanya yang berblog sahaja yang faham kenapa kemesraan tu sangat mudah berlaku... =)


Khamis (15/11/2012) ~ Taman Jasa. Rumah Ayu Blog. 

Perjumpaan dirancang oleh Ena. 
Dia SMS Rabu ajak jumpa Ayu sekali. 
Nak jumpa kat luar macam malas.
Kalau kat rumah ni best sikit. 
Bebas dan selesa, kan.... 


Saya yang memang dah lama tak terjah rumah Ayu terus kasi cadangan kat Ena. 
"Kita serang rumah Ayu.."


Ayu cuak sebab suami dia tak de kat rumah. 
Siap ugut nak angkat air je takde kuih. 
Eh! Mana aci... So, tukar plan. Esok (Khamis) baru kita serang. 


Tetiba Ena suggest buat potluck
Saya ok aje walaupun sebenarnya cuak. 
Saya mana reti masak. 

Saya cakap kat emak. 
Loyang besar semua dah angkut ke Melaka. 
Ingatkan nak buat kuih kukus-kukus...


Emak kata, "Meh mak buatkan kuah pengat durian. 
Kalau ko rajin, ko menjala lah. Emak tak koser nak menjala.."


Jeng .. jeng.. 
Inilah roti jala pengat durian air tangan emak saya. 
Kemain lawa dalam gambar. 
Maklumlah guna kamera harga ribu ribu (tema: mak tak mampu, nak!!)


Ena pulak bawa Manggo Crepe 
yang saya tak sempat nak baham dua sebab sibuk berborak. 
Bihun goreng sedap (takde dalam gambar)
Saya menambah 3 kali (mungkin tiada yang sedar)



Ayu masak nasi ayam.
Takkisahlah tak sama macam Nasi Ayam Gemas ke apa.
Yang penting, ayamnya adoi... lapar tetiba!
Ayu siap bekalkan lagi untuk makan malam. 
Malam kitorang belasah nasi ayam Ayu lagi kat hotel.
Terima kasih laaaaa! Jimat belanja makan malam. hahahaha


Ini peserta pada hari itu.. 
Hahaha 
Para suami duduk diam-diam sambil pasrah.
Ayu pulak pasrah sebab suaminya kena kerja last minit.
Takpe, cari rezeki halal...
Aqil dan Ara sombong!
Tak nak kawan...



Ini budak yang paling saya geram sekali.
Saya picit hidung dia, dia picit hidung saya balik!
Umar! Aummm....
Gigit kang!


Wednesday, September 19, 2012

EMBA lagi...

Sekarang dah masuk sem dua belajar. Ada lagi 2 sem lagi. InsyaAllah. Mohon doakan saya berjaya habiskan belajar. Kalau tidak, matilaaaaa kena bayar balik biasiswa KPT tu.. heheh


Sekarang, tengah belajar modul Economic Analysis denga Rektor UiTM Dungun. Orangnya sangat bersemangat semasa mengajar. Kagum! Kita pelajar pun rasa macam nak sedut semangat dia sikit buh dalam badan kita. Dia ajar senang nak faham. Kalau dia tanya soalan, saya selalau jawab yang bukan-bukan. Dia bantai gelak aje... Aduhlah.. malu!


Cuma, itulaaaa masalah EMBA kelas hujung minggu ni. Kelas straight sehari suntuk. Jadi, penumpuan makin kurang ditambah faktor masing-masing ada komitmen tersendiri selain study. Otak beku. Tapi, saya perhatikan classmate saya walaupun muka dah macam cuka getah dah bila kelas, diorang still diam dan layankan aje Prof. cakap apapun. Dengar ajelah. Kepala masing masing menerawang ke mana-mana.


Last week saya tak pi kelas sebab ayah meninggal dunia. Tak gamak nak tinggalkan emak yang tengah bersedih. Semalam, jumpa groupmate kat Kuala Terengganu. Discuss sket dan dia bagi buku teks. Alahai... Sekali tinggal kelas, memang blur laaaaa. Saya tanya, "Macamana kelas?" Dia boleh jawab, "Alaaaaa, kak! Boring as asual!" Cuba bayangkan student saya cakap gitu belakang saya. Hancur luluh laaaaa hati saya.. hehehe.. emosional! tetiba..


Saya rasa bukanlah boring sangat. Cuma, masa yang lama tu buat pelajar makin lama makin layu tu... Tapi, nak buat camno.. Nak cepat habis kan? Nak grad kan? Nak tak nak kenalah lebihkan usaha masing-masing. Lagipun belum ada orang mati sebab kena kasi tumpuan maksima. heh heh heh.. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..



Oleh sebab luar kelas banyak komitmen nak kena fikir, kena tumpuan yang maksima masa dalam kelas yang lama tu.. hahaha.. Masalah saya, saya mengantuk! Ada tak ubat hilangkan ngantuk? Bila dah kuar kelas je, tumpuan dan komitmen lain dah tunggu.. This week, exam.. Nak jawab ni pun tak tahu? Malam ni baru nak fikir.



Hari tu masa minggu pertama kelas, kitorang but barbeque kat tepi pantai Dungun tu. Seronoklah makan ramai-ramai. Borak-borak. Kerjasama.. Tapi, saya tak bakar pun ayam. Duduk sahaja. Biar gentlemans yang fikir. Saya bawa pinggan mangkuk cawan pakai buang aje. =) Lepas kelas Jumaat laa..


Oh, teringat kata-kata arwah ayah (macam tak percaya dah kena guna perkataan 'arwah' tu untuk ayah).. "Ayah dah sakit ni. Ayah harap ayah dapat tengok Along habis Master. Anep habis Sijil Tahap 4. Nak pergi konvo Icah. Imah habis SPM. Hmm.. Nak tunggu Naim habis belajar memanglah tak sempat." Kasihan, ayah! Tak sempat semuanya. Tapi apakan daya. Kita manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Emak kata, "Ayah kau kata dia puas hati sebab dapat tengok anak-anak semua sebelum dia pergi." Sekali lagi, kita hanya merancang, Allah jualah penentu segalanya. Ayah bukan bernasib malang. Ayah pergi kerna Allah lebih sayangkan dia.  Saya redho..


Saturday, September 1, 2012

Kunjungan Pertama

Di hari merdeka juga, kawan lama datang rumah. 
Ini kawan masa sekolah, memang rapat kalau jumpa gila tak leh berhenti nak borak. 
Memang kalau borak, tak tidooooo malam.. hahahah
Tapi, sejak dah kahwin masing-masingbawa haluan sendiri.
Jarang jumpa dah. Lumrah alam...


Dia dan sedara mara dari Pasir Mas singgah lah kat teratak comel kami berdua. 
Masa dia call nak mai tu, kitorang baru balik konvoi (eh, makan Pizza). 
Lepas dia call, terus masing-masing bangun laju-laju pi kemas apa yang patut.


Adoi la..
Bila saya kemas rumah sampai licin tak de habuik, mesti tak de orang nak datang. 
Kalau rumah tengah kelam kabut, habuk tebal lama tak mop.. 
tetiba abah nak datang laaaaa, nak tumpang solat laaaa.. hahahahhaha.. Psiko!


Apa-apapun, kedatangan tetamu adalah sangat dialu-alukan. 
Tetamu yang datang memebawa rezeki untuk tuan rumah, kan?
Maka, mari kita jamu tetamu dengan air tangan kita sendiri. 
Oh, peti ais dah kosong. Kedai adalah tutup hari Jumaat. 
Tetiba teringat spageti beli sebelum raya ada sepaket belum guna. 
Ada ayam cincang, sayur sawi dah sedih.. 
Hah.......... kita goreng aje spageti macam mee goreng!
Sirap? Hahahahhahbis jugak! 
Nasib baik dari sikit lagi dalam dua sudu. Ok, cukup!


Hahahhaha.. kelam kabut. 
Dengan tak de kuih raya nya. Mati laaaa orang datang nak angkat apa, kan?
"Belasah je apa yang ada," cik abang cakap.

Gambar: Cilok dari FB dia.. hehehe


Terima kasih kerana sudi singgah. 
Jangan serik! Lain kali sila datang lagi. 
Bawak cik abang pulak.
Kita borak sampai tak tido malam.
Berani?


lalalalala

Tuesday, May 29, 2012

Hadiah Pengantin

Kenduri kawin, kalau nak kasik duit boleh. Nak kasik hadiah pun boleh. Biasa kitorang kasik duit je. Biasa tak sempat nak beli hadiah...

Kalau hadiah biasa orang kasik apa ek?

Dulu, saya dapatlah beberapa jenis. Tapi, tak banyak sangat.

set gelas - 
saya dapat paling banyak masa kawin dulu. ada dapat dengan jug sekali. ada yang tengah  guna, ada yang simpan dalam stor, ada jugak yang dah pecah.. hehehhe


cofee maker -
tak guna lagi.

set pinggan mangkuk - 
ada set minum petang, sampai sekarang tak pakai lagi

water heater-
saya dapat 4. dah kasik adik-beradik nak masuk asrama.. heheh

jam dinding -
dah rosak.. dah buang..

dapur gas - 
saya selalu tengok orang kawin dapat hadiah ni

blender -
saya pakai blender hadiah kawin, sampai sekarang. Bos opis lama bagi. TQ, bos...

lesung batu - 
saya pun, emak yang belikan lesung batu. So, mmg perlu....

rice cooker - 
saya dapat dua. satu dah hilang kasi siapa tah pinjam. so, sekarang.. masih pakai rice cooker hadiah kawin.


lampu tidur -
saya dapat satu. tapi, suamiku tak leh tido terang. so, kasi emak..

lampu hiasan aromateraphy -
dah pecah masa pindah hari tu, buanglah... hehhe

tuala selamat pengantin baru-
selamat dah koyak rabak mana tah. hahha

cadar tilam -
Ada 4 jenis dari sedara mara.

Kain pasang & kain batik -
Ini orang kampung (belah abang)  yang kasi. Pakai sampai sekarang lah. Sebelum kawin, saya mana ada kain batik. Sekarang, ada 3 je. Selalu pakai seluar je kat rumah.


Itu yang saya dapatlah. Ada yang dah lupa sikit-skit..

Yang lain-lain, logik untuk hadiah pengantin baru:-

1) cerek biasa, bukan yang letrik tu
2) penapis air hai-o.. hahahahah (mahal)
3) tv LCD - kalau kumpul duit ramai-ramai seopis, takde laa beban sangat kan.
4) seterika baju
5) pengisar jus
6) periuk vision (arghhhhhhhhhhhhhhhhhh! idaman hati)
7) oven @ microwave oven
8) gambar @ ayat Al-Quran hiasan dinding
9) kipas meja
10)baju tidur pelik-pelik.. hiks...

Semua tu ikut kesesuaian laa, kan.


Semoga korang dapat idea sedikit sebanyak lepas ni...



Wednesday, May 16, 2012

Membaca Jambatan Ilmu

Saya ada beberapa buah buku complimentary untuk penulis. Setiap kali kalau ada buku baru, PTS akan kasi 10 buah untuk penulis. Saya selalu kan bahagi dua ngan imah. Imah amik 5 saya amik 5. Saya akan ambil satu untuk simpanan saya. So, ada lagi 4. Kadang-kadang, Imah amik sikit je. Dua. Lapan lagi dia kasi ke saya.


Saya tak tahu nak kasi siapa. Ada yang saya kasi kawan-kawan blog. Ada yang saya berikan pada rakan sekerja cik abang yang ada anak anak yang dah sekolah dan pandai baca. Dah bagi-bagi tu, eh... tetiba PTS buat Edisi Kemaskini pulak dah. So, dapat lagi 10 buah complimentary. Imah dah ambil sikit. Naim pun siap kasi hadiah buku kat kawan dia sempena hari lahir kawan dia tu. Naim cakap kawan dia suka dapat hadiah buku. Buku cerita tu elok-elok lagi. Masih baru tersimpan dalam plastik pos Nationwide sebab PTS pos pakai Nationwide.


Satu hari, saya terbaca (mmg baca selalu) blog Kak Filla fasal anak perempuannya yang suka baca buku cerita. Apa lagi! Saya pun terus nak kasi Kasih Aleeya buku-buku cerita yang masih ada. Ada jugak pekdahnya kasi adik ni buku. Dah rezeki dia, kan....



Saya rasa gembira bila Kasih Aleeya suka buku cerita yang saya berikan buat dia. Kalaupun dia tidak berapa faham membacanya sekarang (mungkin sebab tebal sikit buku tu), mungkin setahun dua lagi dia akan faham laaa... =) 


 Kan, Acik kan?

Sunday, April 8, 2012

Bowling Mesra

Lepas final OB dan presentation project paper hari Jumaat, 
classmate gerak pi main bowling kat Mesra Mall. 

Prof. pun sporting
Dah lah menang! Hehehe. 
Tapi, awal-awal dia dah cakap,
"No extra marks  for the game, ya.." hahahaha..
Sebenarnya saja nak legakan tekanan lepas 5 minggu yang kritikal...
 



Tengah kira point ke apa tu? 

Ahaaaa... Modul OB selesai dengan jayanya. 
Test 2 markah lebih baik dari Test 1.
Syukurlah.
 Soalan final pun boleh jawab dengan bergaya.
Semoga lulus pun dengan bergaya lah, kan!


Next week, 2nd modul.  
Marketing Management.
Semoga semuanya berjalan lancar.

Sunday, February 19, 2012

Cyst 12cm

Hari Jumaat baru ni saya pergi melawat ex-roomate saya (kat office) yang menjalani pembedahan kecemasan akibat cyst. Sangat mengejutkan.Pagi Selasa, saya baca FB. Then, semua orang dah heboh. Saya pun call roomate baru dia. Barulah dapat tahu cerita sebenar.


Dia sendiri tak sangka dia ada sakit tu. Selama ni, memang dia selalu sakit perut. Doktor kata gastrik. Dia memang sangat selalu kena gastrik. Nak jadikan cerita, malam Isnin tu dia sakit perut beno. Roomate dia (dia duk asrama) bawa pi hospital berhampiran. Kena tahan 4 jam kat wad. Sakit still tak kurang. Macam ubat yang dimasuk dalam badan tu, bukan ubat untuk sakit dia tu. 


So, bawalah ke Hospital Kuala Terengganu. Doktor diagnos dia ada cyst sebesar 12cm. Ya Allah! Terkejut.. Sangat besar dan hampir pecah. Jadi, doktor decide kena buat emergency operation. Ye lah. mesti dah teruk sebab tulah doktor suh buang segera. Kalau tidak, biasanya kat hospital kerajaan kena tunggu giliran kan kalau tak kronik.




Masa saya pi lawat dia tu, dia dah semakin sembuh. Cuma, biasalah. Pembedahan macam orang bersalin tu. Makan masa nak sembuh. Doktor kasi cuti 2 bulan. Segala aktiviti lasak macam bersukan takleh dah seumur hidup. Habislah dia. Dahlah dia suka main badminton. Emak dia kata, mujur sangat tak melibatkan peranakan. "Alhamdulillah. Allah nak tolong lagi," kata emak dia. 


Apa-apapun, sekarang ni macam-macam jenis penyakit ada kan. Yang tak disangka-sangka. So, kita kalau ada rasa tak kena pada badan kita atau mengalami apa-apa sakit yang berterusan bawa-bawalah jumpa doktor pakar. Mencegah lebih baik dari mengubati, kan? 


Dia cakap, "Belum kahwin lagi, tapi dah rasa sakit macam bersalin bedah." Haaa.. kesian kan?
Tapi, kalau betul-betul bersalin bedah (kesian jugaklah). Tak kesian sangat sebab itu sakit kan buatan sendiri... hehehehe... peace!


[Ada jugak gambar cyst yang saya google, tapi macam ngeri je nak letak kat sini. 
Korang google aaaa sendiri ek kalau tak tahu dan nak tahu ape bendanya cyst tu]

Thursday, February 2, 2012

Berat mata memandang............

Ehem ehem...

Apa nak cerita hari ni?
Dah berminggu-minggu tak update blog.
Tak ada idea campur malas.
Ketegaran sebagai blogger dah semakin terhakis. =)
Tambah, rasa nyampah dengan blog-blog yang asyik update 
tah apa-apa semata-mata nak naikkan traffic.
Ada yang guna tajuk luc*h untuk tarik perhatian. 
Ah... tak suka blog-blog plastic macam tu!
Nak baca pun tak seronok sebab tak menulis dari hati..


Lepas balik cuti raya cina tu, terus macam tak berapa sihat badanku ini.
Demam on off, lepas tu batuk kokol-kokol.
Sampai terkentut-kentut..Gelak laaa korang! Gelak! Tak kelakar, ok!

Nak pi jumpa doktor, doktor asyik tak de.
Geram betul. Nak MC tapi, dah doktor takde.
Menjawab dengan bos sebab amik EL 2 hari. lalalalala.
Selamba. Dah memang tak sihat.
Kalau datang kerja pun, tak leh buat kelas sebab batuk.
Lepas tu, econ sejuk pulak. Makin teruklah batuk.....
Demam dua minggu, kecut sikit badan sebab rasa macam baju longgar. hahaha...
Lepas ni, takde mana nya nak longgar sebab selera makan dah seperti biasa, kan?
keh keh keh


Oklah.. cukup cerita pasal sakit. Macam ko sorang je yang sakit. 


Cakap fasal sakit, ni nak minta tolong!
Ada tak kawan-kawan tahu mcm mana nak ubat anak kecil kena eczema.
Ini anak kawan baik saya. Nama baby ni Faris Aqlan.
Kesian sangat kat dia sebab skrg admit kat spital akibat eczema yang teruk.




Tak sampai hati kan tengok budak kecik sakit.
Rasa macam anak sendiri yang sakit. Walaupuuuuuunnn, kan! =)
Kita orang tua ni, kalau sakit pun rasa dah azabnya Ya Allah.
Ini kan pulak budak kecik baby macam ni.
Kalau saya jadi emak dia, memang dah menangis dah tengok anak sakit macam ni..
(Waaaaaaaaaaah, sangat keibuan aku kan? hah hah)


Korang ada pengalaman tak anak gini?


Sangat kasihan.........


Tuesday, December 27, 2011

Selamat Kahwin, Mak Mash....

Mak Mash (Mashitah) kawan baik saya masa di UiTM.
Kira geng geng laaaa..
Sebab apa panggil Mak Mash?
Sebab anak sedara dia panggil dia Mak Mash.
Kitorang pun ikutkan je.. haha


Macam-macam cerita kita kongsi sama-sama.
Kisah bakal doktor (mungkin dah doktor sekarang)..
Kisah orang Sendeng...
Kisah class rep masa kat UiTM Shah Alam..


blablabla...


Akhirnya...
Mak Mash telah mengakhiri zaman solonya dengan jejaka bertuah ini.
Tahniah, beb!
Really happy for you!
{Foto ini dicilok dari FB Mashitah}


Semoga rumahtangga yang dibina dirahmati dengan curahan berkat Allah.
Bajai cinta dengan tolak ansur dan kasih sayang senantiasa.
Semoga bahagia milik kalian!


Ini saya dan Mak Mash pada tahun Jun 2004.

Tuesday, November 29, 2011

Tahniah, kawanku!


Ekin, kawan baik saya sejak saya tingkatan satu.
Sejak lebih kurang 15 tahun yang lepas.
Macam-macam benda yang kami dah kongsi bersama.
Banyak dah kerja merepek aku buat dengan si ekin ni.
ahahahha


Selalunya, kalau saya balik Serdang,
Ekin akan pick up saya kat rumah, lepas tu kita kuar jalan-jalan.
Malam je boleh keluar, sebab siang ekin sibuk uruskan restoran keluarganya.
Saya pulak sebelum pukul 12 malam kena balik (syarat cik abang).
Saya pulak, buta jalan.
Nak drive sendiri memang tetiba akan sesat ke Selatan Thailand laaa gamaknya.


Selamat pengantin baru, ekinku sayang!
Semoga dikurniakan kebahagiaan
dan kerahmatan dalam rumahtangga yang dibina.

[dengan ucapan: Amboi, busy ya pengantin baru!
Hari ni, aku call pun ko tak angkat. hahah]


Lepas ni, harap-harap En. Rostam (suami ekin)
dapatlah izinkan ekin kuar merepek
sekejap barang sejam dua macam selalu.



Saya tak dapat balik di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Rasa macam terkilan sangat.
Sampai tengok gambar kawin ekin, macam nak nangis.


Cik abang kata, "Sudahlah tu. Jangan nak touching-touching!" huh....


Beberapa entri tentang ekin di blog saya.
Ekin bertunang
Girl's day out
Reunion
Ala-ala anak dara
Cuba Teka


Haaaa.. Nama pun kawan baik, kan?
Haruslah entri fasal dia pun banyak kat blog ni.
Tapi, saya tak pasti adakah dia tahu tentang kewujudan blog ni?


Hehehe

(Gambar: cilok dari FB Ekin)

Thursday, September 8, 2011

Serdang vs Kajang

Raya ke ..... (tak ingat) saya dan cik abang, beraya ke Kajang.
Rumah kawan lama.... Lama gila tak jumpa.
Dari diorang belum kahwin, sampai laaaa dia orang dah beranak dua.
Padahal bukan jauh sangat pun Kajang dengan Serdang tu, kan?

(Gambar: Saya bersama Faris Aqlan, anak kedua mereka)


Semoga boleh jumpa lagi.
Jangan sampai dah beranak 10 baru nak berkunjung-kunjungan.
Tak baik macam tu, kan?


=)

Thursday, July 7, 2011

Girl's Day Out

Raya ketiga, duduk lepak-lepak je kat Melaka.


Hari Jumaat balik Serdang.
Sabtu.......


Makan Johny's kat Alamanda bersama rakan subahat:
Ekin (tukang bawa), FarahBee (tukang belanja) dan Uyun (adik ekin)makan.... gelak... makan... gelak...makan...gelak...makan..gelak....
HAHAHAHA


Ini geng dari kecik sampai besar.
Sejak semua masih kurus langsing, muda belia
sampailaaaaaa masing-masing gemuk!


FarahBee kata, saya macam cupcake menjadi.
Gebu!!! wahahahampeh


Well, Dato' Siti Nurhaliza pun naik berat badan kan?


=)


Sunday, June 12, 2011

Selamat Kahwin, Yanti.....

Setelah mengharungi pelbagai ranjau berliku dan onak berduri (ewah)
akhirnya impian mereka menjadi nyata.
Yanti, salah seorang sahabat baik saya telah berkahwin minggu lepas.


Teringat saya masa mula-mula Yanti nak mengurat
(eh ke Yati diurati?) jejaka itu.
heheheheh
Tapi, kalau saya terus bercerita kat sini, kang kalau Yanti baca kang.
Habis laaa dia marah.
So, baik saya diam-diam sahaja.


Apa-apapun,
Selamat pengantin baru, Yanti dan suami.
Semoga Allah mengurniakan keberkatan dan
kebahagiaan yang mencurah-curah
dalam rumahtangga kalian berdua!


Amin..




Thursday, April 14, 2011

Jauh

Saya suka menetap di perkampungan.
Saya suka kampung.
Mungkin kerana saya dibesarkan di bandar, jadi saya sukakan kampung.
Orang yang berasal di kampung, selalu suka ke bandar!
Sama seperti orang kampung sukakan Chipsmore, dan orang bandar sukakan biskut jagung!
hehe


Walaupun kadangkala ada rasa sedikit bosan, tapi selalunya kampung adalah tenang.
Saya seakan sudah serik dengan hiruk pikuk keadaan kota.


Namun, satu-satunya sebab
saya tidak suka tinggal di kejauhan ini adalah...


Saya tidak dapat menghadiri
majlis pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan baik saya!


Dek kerana kekangan waktu
dan kesibukan kerja kami berdua (salah seorang)
terpaksa melihat dari jauh sahaja...


Gambar cilok dari FB Farah (tudung hitam).
Farah kawin je saya sempat pi.



Selamat bertunang, Qien!
Semoga cepat-cepat bulan November....

=)