Semalam, 1 April.. saya cuti. Bukan cuti sempena April Fool (Entah apa-apa la orang yang duk buat April Fool tu).
Saya cuti rehat la. Lagipun, sekarang sejak dua menjak ini, saya dilanda sindrom mengantuk sokmo..
Saya rasa mengantuk aje.. Pantang baring sekejap, peh.. saya tertidur.. Tengok TV pun sampai tertidur.. Sedang menaip projek Ikan Tawar pun saya tertidur juga!!! Teruk kan?? Entah apa nak jadi. Jadi, suami saya suruh saya cuti dan tidur lah sepuas-puas hati...(Kononnya nak tidur lah kan.. Hape?? Pukul 9 pagi, saya dah bangun.. Kemudian, dah tak leh nak tidur semula)
Saya ambil cuti sehari dan dengan ini cuti tahunan saya masih berbaki 29 1/2 hari.. Banyak kan??
Tengahari itu, suami saya ajak ke Kuala Terengganu. Kad ATM Affin Bank dia rosak.. Tak boleh keluarkan duit. Sejak di KL lagi kad dia tu dah buat hal.. Tapi, bertangguh-tangguh nak ambil tindakan. Nasib baik lah, saya ada duit sendiri kan. Boleh juga nak buat back up!!
Apa yang saya nak cakapkan di sini ialah:
-tak elok sungguh laaa kad ATM tu, baru je 3 bulan suami saya buat, dah rosak..
-dah lah jauh nak g Kuala Terengganu nak buat kad baru..
-orang kat bank tu pulak, penat je suami saya tanya kenapa kad tu rosak. apa faktor yang buat kad tu rosak?? hape?? langsung dia buat dono je!! kesian suami saya..
-bos suami saya pun satu hal, apesal laaa duk bank in gaji dalam Affin Bank?? Pelik sungguh laaa.. Dah laa kat Bandar Permaisuri ni takde Affin Bank.. Nama je bandar!! hehehhe
No comments:
Post a Comment