Pembaca Blog Ini...

Monday, April 13, 2009

Suami saya suka tengok kereta...


p/s..
Kadang2 saya sendiri tak faham,
Kenapa lah suami saya sangat berminat dengan kereta?
Kalau diikutkan saya yang berpendapatan sederhana ini,
kereta itu hanya lah sebagai alat untuk pengangkutan..
Selagi kereta itu masih elok..
masih boleh bawa kita berjalan..
tidak ada cacat celanya,
selagi itu lah kereta itu menjalankan fungsinya..
Kereta itu sudah cukup memuaskan hati..
(Kalau beli kereta baru, sudah tentulah elok dan tak mati-mati tengah jalan kan?)

Apa lah rasionalnya, kalau baru saja beli kereta..
tapi, sibuk nak ganti sportrim laaaa....
ganti half cut laaaa..
itu laaa...
ini laaa..

Aduhai... suamiku, sayang!!!
Dinda harap kanda akan lebih berhemah di lain kali..
Terima kasih dan tahniah di atas keputusan yang bijak itu..
Percayalah... ianya akan memberikan kebaikan kepada kita berdua nanti..
Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran..

Kalau sudah minat.. macam-macam boleh jadi..
Walau apapun,

saya tetap sayang suami saya....

2 comments:

zh-ena said...

tukar brg kat keta lg ker..biasa la bila lelaki dh minat something mmg susah nak ubah..

hubby ena obses tul ngan bola..pening kepala

norainiammran said...

ena.. Kalau dia ada duit lebih sikit, itulah aje yang dia duk fikir.. kereta..kereta..kereta.. tukar ganti sana, tukar ganti sini.. Kalau nak dikira, beribu2 dah duit habis..

Bila kita cakap habis banyak dah duit ke perkara tak da faedah.. tahu dia cakap ape??

"Nasib baik abang habiskan kat kereta. Kalau habiskan kat pompuan lain??""

~Haduh.. Sabar je laaa...