Pembaca Blog Ini...

Thursday, April 9, 2009

Suami saya teringin nak makan ketam...

Semalam kami ke pantai untuk beli lauk. Biasanya lauk di pantai adalah segar dan menyelerakan.. Lagipun, sudah sangat muak asyik makan ayam je kan.. Kelmarin kami makan telur saja sebab masing-masing malas nak pergi beli lauk..
Lebih kurang 15 minit perjalanan sampai lah kami ke tempat yang dituju.

"Kak, kembung ni berapa sekilo?"
"4 riya"
"Ok, bagi setengah kilo ye," ~
kami memang suka beli setengah-setengah
sebab nya bukan ramai pun nak makan.
Hanya kami berdua saja.
Kalau beli banyak-banyak karang jemu pula makan ikan yang sama aje berhari-hari
kan..kan..kan..?


Jalan lagi..

"Abang, nak udang boleh?"
"Boleh, kak.. udang ni berapa sekilo?"
"16 riya.. Udang laut ni.. segar..bla..bla..bla.."
"Ok, wi setengah kilo la," ~tengok!! masih setengah kilo..

Jalan lagi..

"Yang, sedap kan makan ketam masak pedas tu..?"
"Sedap jugak.."
"Kak, ketam ni berapa sekilo?"
"18 riya..."
"Boleh ke yang abang nak makan ketam?"
"Tak boleh lagi laaa, bang. Kang kalau gatal2 kaki kang susah pula,"


~suami saya adalah seorang yang alergik dengan makanan laut.. Sebenarnya, dia tak boleh makan ketam, udang, sotong ke..lala ke.. lili ke.. lulu ke..semua dia tak boleh makan. Haruslah berpantang kan... Saya dah bagi makan udang pun, kita bagus laa kan.. Kesian juga tengok dia asyik makan ikan ayam ikan ayam.. Padahal dia suka sangat makanan laut. Jadi, sikit-sikit ok laa kan..
Sepanjang perjalanan pulang, bising mulut suami saya bebel-bebelkan saya sebab saya tak kasi dia beli ketam tu. Macam-macam dia cakap.. dia kata:

dia dah lama tak makan ketam laa..
dah lebih 3 tahun tak makan ketam laa..
kaki dia dah baik gatal laa, dah boleh makan ketam sikit-sikit laa..
sedapnya kalau makan ketam masak pedas laa..
ketam masak lemak kuning pun sedap laa..
sweet sour pun sedap juga laaa...
dia nak tanya macamana nak siang ketam laa..
esok dia nak datang lagi untuk beli ketam laa..
sampai hati saya tak bagi dia makan ketam laa..

Haduh laaa haii...

~"ye lah.. ye lah.. esok kita belilah ketam.. kalau gatal nanti, jangan nak menyesal pula!!!" saya cakap dalam hati....

5 comments:

Mrs LVoe said...

best yea tgok.. fresh2 lak tu.. aduhhhh

~Eila @ Along~ said...

eila jarang beli lauk kat pasar..selalu pas keje singgah pasar segar je..kalo org nak dok umah br simpan lauk lam peti ais..kalo tak..takde la..hehe

norainiammran said...

sha.. best makanikan fresh.. kat pantai memang fresh. kadang-kadang boleh beli ikan yang masih panas lagi badannya.. menandakan ianya sangat segar!!

eila.. ain selalu je beli lauk untuk seminggu.. sebab jenis malas nak singgah memana pas kerja. masing-masing balik je terus..

zh-ena said...

bestnya dpt beli yg fresh2..kat sini mmg ssh la nak jumpa..

norainiammran said...

ena...hmm..kalau ke terengganu, memang banyak ikan segar.. murah pulak tu..