Pembaca Blog Ini...

Saturday, May 23, 2009

Rayuan untuk Makcik Restoran Ayu...


Saya pergi makan kat luar malam ni..
Tengah malam sebenarnya..
Saya makan-makan sebab bosan duk rumah.

Biasanya, Restoran Ayu adalah kegemaran saya..
Makanannya tip top.
Masakan Thailand.
Ada makcik tu masak sedap tau..
Tom Yam sedap, nasi goreng sedap, mee goreng sedap..
Semualah sedap..
Bagi saya terbaik di Setiu ni.
Dah lama tak makan kat kedai tu sebab kami kan sekarang selalu makan kat rumah.

Sebenarnya, semalam saya makan mee goreng kat sana, tapi dah tak sedap..

Malam ni, pergi lagi laa nak makan kuew tiau ladna..
Nak tebus rasa tak puas hati semalam katanya..

Kami melangkah masuk dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh harapan untuk menikmati kesedapan makanan di situ kan...
Keputusannya, tak sedap... masih tak sedap.. oooo.. amat tak sedap!!! Benci!!

Sedih saya tau bila makanannya dah tak macam dulu.
Tak sedap.
Mee goreng semalam masin gila, kuncup je mee dia..
Kuew Tiau Ladna tadi tawar, lebih minyak sangat, pekat gile.. terlebih tepung jagung laaa tu..

Benci..

Saya tengok bukan makcik tu yang masak tapi servis dah bertukar tangan kepada anaknya..

Halllllaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Saya nak makcik tu masak.. Makcik tu masak sedap..

Next time saya dah tekad, saya nak order macam ni,
"Dik, saya nak mee goreng tapi bukan kakak yang muda tu masak, saya nak makcik tu masak,"

Boleh?

~Alaaa... makcik..
Anak makcik ni belum boleh ambil alih restoran ini.
Tolong lah.. jadilah tukang masak semula.
Saya rindu masakan makcik!

4 comments:

honeylanz said...

mee grg basah x semua org masak sedapkan..susah nk cari yg btul2 sedapp

zh-ena said...

hehehehe request ajer ain..kita bayar kan

Mrs LVoe said...

org tua2 masak mmg sedap.. cam air tgn mak kita :-)

norainiammran said...

has.. memang!!

ena.. memang ain nak request gitu nanti

sha.. orang tua masak sedap sebab banyak pengalaman kot..