Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 24, 2009

Esok nak pergi klinik


Tengahari tadi pergi Besut.
Ada kawan bertunang.

Tapi, malangnya tak jumpa cari rumah.
Bila call, tuan empunya badan tak angkat.
Maklumlah, sibuk melayan tetamu.
Akhirnya, kami berdua ambil keputusan untuk balik saja.

Singgah di Jabi makan satay.
Murah je satay kat sini.
Dua orang makan RM10.50 saja termasuk
air suam untuk suami saya dan barli sejuk menyegarkan untuk saya.
Kelapa jelly = RM1.
Kenyang...

Lepas maghrib suami saya dah kecoh nak makan nasi goreng ayam.
Halaaaaa.. malas betul nak masak.

Akhirnya, saya rajinkan diri untuk masak nasi goreng
selepas suami saya masam-masam muka sebab lapar...
ahahahaha...


Oh yaaa....

Due to my "bleeding rose" itu, saya akan ke klinik esok pagi.
Setelah bertangguh dua hari.
Doakan saya, agar tidak ada apa-apa yang rumit untuk diselesaikan..

Tapi, hari ini my "rose" ok aje.
No bleeding at all.

Namun, atas nasihat ramai...
Saya rasa ada baiknya pergi mendapatkan kepastian, kan?

No comments: