Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 23, 2009

Ya, itu dia...

"Abang, boleh tak abang hantar owang hari ni. Owang malas laaa nak bawa kereta,"
~ ya, itu dia ayat mengada dah keluar.

"Pergi sendiri laaaa,"
~ya, itu dia ayat malas bangun pagi dah keluar.

"Alaaa.. hantar laaa! Malas laaa nak drive..."
~ya, itu dia ayat mengada disusun lagi untuk mencapai apa yang dihajati.

"Abang takut nanti lambat balik petang karang,"
~ya, itu dia ayat memberi alasan yang sedang cuba diatur dengan teragak-agak.

Tetiba ada seorang perempuan muda bermuncung panjang bangun dari tempat tidur terus masuk mandi. Tanpa sebarang kata..

"Yang, nak abang hantar ke?"
~ya, itu dia ayat memujuk dah mula kedengaran.

"Tak yah.. Kang nanti lambat pulak!"
~ya, itu dia ayat merajuk @ mengado sudah terucap.

"Nak abang hantar ke?"
~ya, itu dia sekali lagi ayat cuba memujuk berkumandang.

Perempuan muda bermuncung panjang tadi terus bersiap,
mengambil kunci kereta kecilnya dan terus bertolak sendirian ke pejabat..

Cits... merajuk laaa konon!!
Padahal dalam hati rasa menyesal sebab tak dapat ciuman sebelum pergi kerja tadi..
huhuu..

Abang, cepat laaaa call owang..
Owang rindu..
~ya, itu dia ayat tak boleh blah sudah berlegar-legar dalam hati perempuan bermuncung panjang tadi..

Pssss....Kalau anda rasa nak muntah membaca entri ini,
sila lah baca entri yang lain!!!

7 comments:

mslvoe said...

heheh sha pnh majok gn hubby.. trus p keje drive sdiri.. petang tu rasa nyesal sbb jem almost 1hr.. uwaaaaaaaaaa..

next time jgn buat lagi tau. majok camner pun biar hubby kita anto hehehe

~ain said...

haha.. ain kalau datang ain mengada nya gitu laaa jadinya..

zh-ena said...

heheheheh sekali sekala merajuk ngan hubby syorkkk gak..ialah nak gak di pujuk2..

~ain said...

ena.. kalu dipujuk mujur laaa.. kalau tak.. ahahah ahahhampeh laaa jawab nya!!

Anonymous said...

hmm..kalu hb cuti n kt KL..mmg has x kan drive..dia bg la apa2 alasan..x antar, x g opis..hahhaah

azimask said...

hihihihihi
dah dah rugi tak kena cium!!!!

hihihihhihi

~ain said...

has.. itulah..sesekali nak bermanja.. hari2 bawa kereta ni muak jugak. bosan!!

mimie.. rugi kan? nyesal pun ada gak.. mengada je merajuk. sendiri yang rugi..