Pembaca Blog Ini...

Monday, July 20, 2009

ABC dan ABJ

Sangat asing bagi saya bila tengok signage ini.
Kita sedia tahu yang....
ABC = Air Batu Campur

dan saya baru tahu rupa-rupanya..
ABJ = Air Batu Janda Jagung

Jangan kelip-kelipkan mata anda apabila melihat
"RM1.50" di situ.
Itu adalah benar!

Tapi, yang paling penting yang saya nak bagitau kat sini ialah....
Nasi air yang sangat sedap sampai saya rasa nak order dua kali.
(Tapi, tak order sebab malu..hahahha)
Kalau sesiapa datang ke Bukit Keluang daerah Besut,
boleh lah cuba nasi air ni.
Di deretan warung di hadapan
Maktab Perguruan Sultan Mizan Zainal Abidin, Besut.....
Pasti anda tidak akan kecewa!

~eceh...
dah macam rancangan
'Jalan-Jalan Cari Makan' pula..
Hahahha..
tetiba rasa macam sesuai
sebab saya pun dah mok mok comei
macam Maria Tengku Sabri tu. :-)

3 comments:

honeylanz said...

ini kedai mmg has biasa singgah ni. kalu ckp x tau kt mn..mau kecik hati hb has.. nama aja kawin dgn org besut..heheheh.. situ nasik ayam pun sodappp...

Zura said...

ala² nasi ladna je...

~ain said...

has.. oo hubby has orang besut? kampung mana? suami ain jaga site kat pantai buit keluang.. nasi ayam situ pun sedap.. hubby ain pernah bungkus bawa balik..

zura, nasi ladna ye? tak tahu pulak ain...