Pembaca Blog Ini...

Sunday, July 12, 2009

Bedah, Limah dan ....

Eceh.. wat suspen (gaya Sarimah Ibrahim) je tajuk entri ini...
Saya nak kongsi cerita ni..
Sharing is caring kan...

Pasal online shopping la..
Sekarang ni trend dunia di hujung jari kan..
Kadang-kadang sampai tak terkawal kita dibuatnya..

Adik saya ada cerita pada saya. Kisah benar ni tau.
Berdasarkan pengalaman kawan-kawan dia.

Kisahnya begini, Bedah (bukan nama sebenar) telah berhutang dengan Limah (juga bukan nama sebenar) sebanyak RM1.5k.

Kemudian, Bedah ni tak ada duit nak bayar.

Bedah kemudiannya buka sebuah laman web untuk online shopping ~ jual barang-barang apa tak pasti pula saya..

Dalam bisness blog si Bedah ni meminta sesiapa yang nak beli apa-apa dari blog dia, masukkan duit dalam sebuah akaun..

Ok..
Bila semua pembelian melalui online itu telah mencapai hasil jualan RM1.5k, Bedah menutup online bisness nya. Kemudian tak lama lepas tu blog nya juga dilupuskan...

Isu yang saya nak ketengahkan di sini ialah:

Pelanggan yang membeli barangan dari blog Bedah itu, tidak menerima barang-barang yang Bedah janji akan hantar selepas buat pembayaran.

Tapi, mengapa??

Rupa-rupanya number akaun yang tertera di bisness blog si Bedah itu, adalah akaun Limah. (Ingat tak Limah? bukan Limah Jongang ye! tapi si Pemiutang yang Bedah tak de duit nak bayar). Bedah tipu pelanggan dia, duit pembelian tu di bank in terus ke dalam akaun Limah. Jadi, hutang Bedah telah settle laaa dengan Limah..

U got the point?
Bagaimana liciknya si Bedah menipu semata-mata untuk membayar hutang kepada Limah?

The best part is... Bedah tutup bisness blog dia, sebelum itu... dia membuat entri terakhir yang meminta maaf kepada pelanggan bisness blog nya itu di atas semua penipuan yang telah dilakukan. Dia memberitahu bahawa dia benar-benar terdesak dan sebenarnya barang-barang dalam bisness blog nya itu tidak wujud sama sekali!! Dia copy paste dari blog orang lain je..
Apeke gila si Bedah ni? Macam-macam jenis orang ada di dunia ni!!!

Ending cerita ni, biarlah saya rahsia kan..
Ek ehhh... siap nak main rahsia-rahsia....
Tak pe, yang penting sekarang ialah moral of the story nya....

Jadi..
saya mengharapkan agar kawan-kawan semua
berhati-hati bila nak beli apa-apa secara online ni.
Saya tahu, bukan semua yang tidak jujur macam Bedah.
Ada ramai juga yang beretika, kan.
Kita pun tahu hakikat itu.

Cuma nya, sebagai peringatan untuk kawan-kawan semua, juga untuk diri saya sendiri...
Berhati-hati lah kalau nak berurusan dengan orang yang kita tak kenal.

Semoga kita tidak menjadi seperti pelanggan Bedah itu.
Semoga kita dijauhkan dari penjenayah cyber seperti ini..

9 comments:

chika said...

mmm. interesting.
i tak pernah buat online shopping lagi sebab dulu emak selalu tak kasi. ehehe/

abang said...

eh eh macam tau jek cite ni

honeylanz said...

tu yg risau if beli2 online. has biasa beli online tp COD. @ yg amount nye x besar sgt < rm100 ke..tp setakat ni blom terkena lg.. ;)

nurulzia said...

eeee..ain..ade ke kes mcm ni?takutnye..

~Eila @ Along~ said...

ek ehh ade ke gini..takutnya..eila selalu beli brg online..macam beg tu lebih dr RM 2K kan...insya allah setakat ni dptle brg yg dibeli tu...isk..macam2 org amik kesempatan dlm dunia on9 skang ye

~ain said...

chika... hmm.. interesting as u laaa chika.. hahahah~ tetiba..

abang.. icah cerita masa dalam kereta hari tu kan. mestilah bang tau..

has.. ye lah... cuma kena beringat laa sikit. selidik-selidik sikit sebelum beli..

nurul.. kawan adik ain dah mengalami nya. ini cerita betul nurul.. harap-harap tak kena pada kita kan!!

kak eila..alhadulillah laaa kalau gitu kak .. yang bimbang nye kalau kes-kes gini kita memang tak menyangka... sebab tak nampak langsung niat dia nak menipu.. namapun hidden agendaaa kan..

Mrs LVoe said...

ya ALLAH bahaya yea.. sib baik sha beli kat seller yg sha pcaya je.

zh-ena said...

ooooo peringatan nie..

tapi ena tak tergolong dlm kumpulan tu..jgn takut nak beli online brg ena :D

~ain said...

sha.. haaa. itu lah pasal.. hmm..mmg kena hati-hati.. jangan main surf pastu beli gitu gitu jek..

ena..ye, peringatan... ain tau laaa ena bukan ahli kumpulan Bedah tu!! hihih